Khasiat bunga telang diketahui umum memang banyak. Sesuai dijadikan sebagai minuman berkhasiat dan menjadi bahan utama untuk menyediakan nasi kerabu agar berwarna ungu.
Menyedari banyak kegunaannya, pokok bunga telang ini juga ramai yang cuba untuk menanamnya. Bahkan tidak dinafikan bunga telang yang berwarna ungu itu juga begitu cantik bunganya. Boleh juga dijadikan tanaman penyeri laman.
Bila anda ingin menanam pokok bunga telang di dalam pasu, itu tiada halangannya walapun pokok bunga telang ini cirinya pokok menjalar.
Oleh itu, apa kata anda sediakan pasu yang boleh dibeli di sini secara online dan hasilkan sendiri sebagaimana yang dikongsikan oleh Syafiq Scelcedo untuk info bersama.
Assalammualaikum dan salam sejahtera… Boleh lah ni. Duk pusing sana ikat sini, belit sana.. Yang minat berkebun tapi tak ada tanah boleh cuba cara ni untuk cantikkan laman. Macam rumah saya tak ada tanah untuk bercucuk tanam. Jadi pasu lah harapan saya.
Ni modal tak sampai RM10 pun. Semua dekat Mr.DIY.. Pasu RM3, Tali RM2, Batang tengah tu RM3.
Saya buat untuk pokok yang jenis menjalar…
InshaaAllah tak lama lagi pokok bunga telang saya nak berpindah tempat…
Mohon doakan dia menjalar cantik dekat tempat baru ni lepas ni siapa nak bunga telang saya bagi free je.
Berkebun ni selain aktiviti yang menyihatkan badan dan minda, ianya juga memupuk sifat sabar dan bersyukur serta mampu jadikan kita pekebun yang kreatif.
Apa yang penting jangan takut untuk mencuba, kalau orang lain boleh kita pun mampu good luck!
Sumber : Syafiq Scelcedo via Berkebun Untuk Beginner