
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes.Oleh yang demikian, pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak ini.
Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.
Beliau berkata, dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.
“Kajian mengenai kesesuaian pokok ini telah dilakukan sejak tahun 2010. Maka, kita mencadangkan kepada pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menggalakkan tumbuhan jenis ini di kawasan perumahan,”jelasnya.
Beliau menghadiri program Gotong-Royong Bersepadu Perangi Aedes 2017 di Taman Saga, Mentakab hari in, yang turut disertai Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Sha’ari Ngadiman.
Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga.
“Rasanya tiada masalah untuk penduduk menanamnya di kawasan persekitaran rumah mereka. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.
Beliau berkata untuk tahun ini, kerjaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan serta agensi terlibat telah melaksanakan 146 aktiviti gotong-royong di seluruh negeri.
Beliau juga memaklumkan kes demam denggi di Pahang bagi empat bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan iaitu 703 kes berbanding 1,060 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Berhenti Kerja Demi Jaga Anak & Bekerja Dari Rumah. Wanita Ini Kongsi Apa Yang Dia Rasa!

Tidak dapat dinafikan, setiap wanita akan berdepan dengan delima untuk berhenti kerja demi menjaga anak dan menguruskan keluarga tercinta. Tambah-tambah lagi jika anak-anak masih kecil dan memerlukan lebih perhatian daripada ibunya sendiri. Bila ini berlaku, wanita yang punya jawatan penting di dalam sesebuah organisasi sekali pun akan berani mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Umumnya, keputusan yang diambil oleh seorang wanita tersebut pasti akan ada memberi kesan pada kehidupannya. Maklumlah, dahulu ada kerjaya tetap tapi kini bergelar suri rumah tangga. Oleh itu, kebiasaannya wanita yang ada pengalaman memegang ‘duit sendiri’ ini akan selesa untuk melakukan kerja daripada rumah untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria dan ikuti perkongsian perasaan dan pengalamannya setelah beberapa tahun berhenti kerja. Semoga ia akan dapat memberi info bermanfaat.
[su_highlight background=”#f9f2c0″ color=”#191ad4″]Ini Apa Yang Saya Rasa [/su_highlight]
- Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat dan stres daripada bekerja.
- Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yang ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit dan terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yang 24 jam duduk dengan mak ni manja dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpa dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.
- Jadi suri rumah, kadang-kadang akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yang sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang-kadang tak sempat makan. Nak pula kalau buat bisnes macam saya,terkejar-kejar antara kerja rumah dan bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak-anak pun dah tau, kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah
- Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dengan tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambil anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambil anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan-makan dengan ofismate kadang-kadang rasa jealous.
- Jadi suri rumah takda cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambil mc. Hantar anak kat taska dan rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tidur dengan tenang dan bahagia.
- Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambil cuti sehari, pergi jalan-jalan tengok wayang. Anak kat taska. Sekarang dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe… anak-anak dah sekolah nanti boleh repeat semula.
- Jadi suri rumah, orang akan pandang rendah kat kita. “Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je” “dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?” “Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal” “syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak”. Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu…. apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah…nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
- Jadi suri rumah, kadang-kadang syaitan akan datang dan bisik : kalau tak resign dulu… sekarang gaji mesti dah beribu bilion…bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.
“Sebab tu ada ustaz yang kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yang akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah!”
Sumber : Nurul Kasmadillawati Zakaria
Bersama Dengan Satu Sentuhan, Terbaik Dalam Fotografi & Kesalinghubungan. Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih HUAWEI P40 Pro+

Kalau dulu telefon hanya sekadar sms atau membuat panggilan, namun sejajar dengan perubahan teknologi kini hanya dengan satu peranti, macam-macam dah boleh buat. Main mobile game, tonton drama macam kat tv, video call, mobile photography dan macam-macam lagi.
Sementelah zaman kini semuanya di hujung jari, tak hairanlah smartphones kini bukan lagi kehendak, sebaliknya keperluan kepada orang ramai. Bila sebut HUAWEI, pasti semua tahu jenama ini tak asing di seluruh dunia.
Sejak rasmi melancarkan HUAWEI P40 di Malaysia, peranti unggulan yang hebat ini telah membuatkan ramai peminat HUAWEI teruja. Dilengkapi dengan sistem Ultra Vision Penta Camera yang menghasilkan fotografi terbaik, ia juga mempunyai sambungan terbaik bukan sahaja pemproses Kirin 990 5G terbaru HUAWEI dan juga perisian HUAWEI yang luar biasa, tetapi P40pro + kelihatan siap untuk mengalahkan dunia telefon pintar.
HUAWEI P40 juga siap untuk 5G bagi mereka yang ingin menjadi antara yang pertama mengalami kelajuan 5G yang paling tinggi.
Ini antara beberapa ciri menarik yang menanti anda apabila memiliki HUAWEI P40 PRO+.
- Sistem Ultra Vision Leica Penta Camera
– Jurugambar sebenarnya dapat menganggapnya sebagai alternatif yang kuat untuk kamera utama mereka, berkat pemasangan Kamera Penta belakang yang baru.
– Siri HUAWEI P40 PRO + mempunyai sistem kamera belakang lensa penta yang merangkumi sensor kedalaman waktu penerbangan dan menawarkan kesan bokeh yang lebih baik.
– Kamera penta di bahagian belakang P40 Pro + tentu saja merupakan bintang pertunjukan, dan ia akan menjadi ciri penjualan kunci Pro +.
– Anda mendapat 50MP primary dan ultrawide shooter 40MP, maka terdapat telefoto 8MP telephoto dengan zoom optik 3x dan 8MP telephoto dengan zoom maksimum 100x SuperZoom berkat lensa periskopik. Shooter kelima adalah ToF, khas untuk menolong autofokus, potret, dan beberapa mod video yang lebih canggih.
– Semua digabungkan dengan antara muka kamera pintar yang terdiri daripada manual sepenuhnya automatik hingga manual lengkap; Video 4K yang kelihatan lancar, dengan kadar bingkai sehingga 60fps, dan prestasi cahaya rendah yang memukul Pixel, dan tidak ada yang dapat menyentuh P40 Pro+ ketika datang ke pengimejan.
– Siri P40 PRO+ terbaru HUAWEI juga dilengkapi dengan AI Golden Snap HUAWEI yang membolehkan pengguna membuang imej yang tidak dikehendaki (Remove Passerby) , membuang pantulan atau bayangan dan mengambil gambar momen terbaik.
- Dengan Hanya Satu Sentuhan merentasi peranti melalui kemudahan AI yang lancar kepada pengguna
– Dengan sentuhan sederhana, HUAWEI P40 Pro + dan HUAWEI MateBook anda akan berubah menjadi ‘SATU’ peranti hebat berkat kolaborasi berbilang skrinnya. Anda boleh berfungsi dengan melancar pada 1 skrin. Anda juga boleh menyeret dan meletakkan fail (drag and drop), gambar antara dua peranti dengan mudah. Kerjasama pelbagai skrin juga berfungsi pada HUAWEI Matepad Pro 5G.
– Panel Kawalan Berbilang Peranti (Multi-Device Control Panel) menyediakan platform bersatu yang membolehkan pengguna melihat setiap peranti yang disambungkan dalam jarak dekat.
– Pusat Kawalan Pelbagai Peranti juga secara bijak mengesyorkan peranti berdekatan yang dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman pengguna semasa. Sebagai contoh, ketika pengguna mendengarkan muzik di HUAWEI Music dengan HUAWEI Sound X yang berdekatan, Panel Kawalan Berbilang Peranti akan menyarankan untuk menukar output audio ke pembesar suara pintar untuk mendapatkan kualiti suara yang lebih baik. anda juga boleh menyambungkan telefon pintar anda dengan HUAWEI Sound X hanya dengan satu sentuhan! betapa mudahnya itu
– HUAWEI MeeTime aplikasi panggilan video semua senario pertama di dunia, ia menyokong panggilan video HD penuh 1080p antara semua pengguna peranti HUAWEI. HUAWEI MeeTime memanfaatkan sepenuhnya integrasi antara perisian dan perkakasan HUAWEI untuk memberikan pengalaman panggilan video dengan kualiti tinggi.
- PETAL SEARCH WIDGET – Pintu Anda ke Sejuta Aplikasi
– HUAWEI sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya untuk pengalaman terbaik.
– HUAWEI P40 PRO + dilengkapi dengan Petal Search Widget – Find Apps widget carian baru yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan dengan lancar.
– Direka oleh HUAWEI, alat baru ini memberi pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang belum mereka miliki sebelum ini.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Terdapat tiga langkah mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget- Find Apps.
Langkah 1
Untuk menyokong anda dalam mendapatkan semua aplikasi yang anda perlukan pada peranti siri P40 anda, Petal Search Widget- Find Apps membantu anda melakukannya.
Setelah siap, klik pada bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama anda untuk memulakan
Langkah 2
Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan kepada anda aplikasi teratas yang mungkin ingin anda muat turun. Cukup ketik nama aplikasi yang anda cari di bar carian.
Langkah 3
Petal Search Widget – Find Apps akan memaparkan hasil yang paling relevan mengikut carian anda. Ini menyoroti apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, pasang melalui pautan rasmi, gunakan versi web, atau pasang dari kedai pihak ketiga yang lain.
Ini adalah 3 sebab utama mengapa HUAWEI P40 PRO+ adalah salah satu peranti pintar yang unggul. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah.
Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI TOGETHER 2020 Campaign, sila layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
“Beratap Nipah, Berdinding Plywood. Di Sini Dapur, Di Sinilah Ruang Tamu.” Keluarga Ni Mohon Bantuan RM7K!

Setiap ujian yang diterima seseorang pasti ada hikmahnya. Jika kita diuji, usah mengeluh pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya. Kita adalah insan terpilih yang mendapat perhatian Dia.
Demikian juga dengan keluarga ini yang hidup dalam kedaaan kekurangan. Namun kerajinan ketua keluarga wajar dipuji kerana biarpun serba kekurangan, namun masih tetap berusaha mencari rezeki buat mereka sekeluarga.
Inilah kisah hidup seorang penoreh getah dan keluarganya mendapat perhatian kerana memerlukan sumbangan sebanyak RM 7,000 untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai yang pernah dibinanya.
Kesusahan keluarga ini mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan dan banyak membantu mereka yang memerlukan.
Justeru, puan Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.
Kalau nak jumpa Mat tu .. kena mai musim hujan ! Kalau dak, jangan harap boleh jumpa dia .. motong tak berenti dia tu ! “
Itulah gambaran orang kampung tentang betapa rajinnya Hamba Allah ini. Dengan motosikal cabuknya, dia berulang-alik selama 40 minit sehari satu hala untuk menoreh di sebuah ladang getah.
Sungguhpun dia seorang yang rajin, tetapi buat masa ini … hasil tulang empat keratnya itu belum mampu untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya.
Dia hanya dibayar RM1 untuk sekilo getah yang dijual kepada pihak majikan. Tetapi apakan daya, itulah satu-satunya ikhtiar yang dia mampu untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan ketiga-tiga orang anaknya.
Tinggal nun jauh di pedalaman , rata- rata penghuni kampung itu tinggal di atas tanah yang bukan hak milik sendiri. Atas sebab itulah pihak berwajib tidak dapat menyalurkan bantuan.
Semua barangan di dalam pondok buruknya yang berbumbungkan atap nipah dan rimbunan pohon markisa itu, merupakan barangan terpakai sumbangan orang. Bahkan … pakaian mereka juga, terpakai belaka.
Empat tahun yang lalu … sebaik lahirnya anak sulung Mat, dia mula membina sebuah rumah yang seadanya untuk mereka sekeluarga dengan cara mengumpul wang sedikit demi sedikit.
Namun masa berlalu .. anak semakin bertambah, Mat sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul wang dan impian Mat untuk menyiapkan rumah itu sebagai tanda kasih kepada permaisuri hatinya pun terhenti di situ.
Alhamdulillah … bahan binaan utk ibu rumah, akan disumbangkan oleh seorang Hamba Allah manakala selebihnya, akan diselesaikan dengan sumbangan dari kita.
Yang menjadi tanggung jawab kita ialah menyiapkan dapur, bilik air , pendawaian elektrik dan menyediakan perabut asas seadanya utk keluarga ini.
Untuk kos upah pula .. Mat boleh bertukang cuma bahagian-bahagian tertentu saja yang akan diupah.
Sungguh pun Mat hanya seorang penoreh getah, namun keperluan anak-anak yang berusia 4 tahun, 2 tahun dan 5 bulan itu, tetap menjadi keutamaannya. Tidak pernah sekali-kali dia membiarkan insan di bawah tanggungannya kelaparan.
Jumaat yang barakah, kita niatkan Sedekah Jumaat ini untuk membantu saudara kita, Muhammad Shuid Bin Che Ahmad ( 36 tahun ) menyiapkan rumah barunya yang terbengkalai.
Semoga Allah murahkan rezeki keluarga ini dan hasil sedekah kita beramai-beramai sorang sedikit ini akan membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang lebih sempurna berbanding hari ini di rumah baru kelak.
Sesungguhnya, di saat kita nyenyak tidur diulit mimpi indah di atas tilam yang empuk di dalam bilik yang indah … ada saudara kita di luar sana yang tidurnya hanya berselimutkan dingin malam.
Satu kita beri , sepuluh Allah ganti InsyaAllah ! .
Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521 atau boleh berhubung terus dengan puan Natipah Abu menerusi laman facebooknya.