Peningkatan kes denggi cukup membimbangkan, malah penyakit ini juga mampu membawa kepada kematian terutamanya jika mengalami demam denggi berdarah.
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes.
Oleh yang demikian, pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak ini.Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.
Ads
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.
Beliau berkata, dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.
Ads
Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.
Ads
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nyata pesanan yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah memberi peringatan bahawa kita tidak harus lalai dalam kehidupan seharian kita.
Menarik dengan perkongsian ilmu wanita ini menerusi facebooknya, Haliza Hashim begitu inspirasi. Ia memberi kesedaran kepada kita mengenai sikap kita setiap hari. Malah tidak mustahil perkongsiannya mendapat 14k share!
Moga ia menjadi kita muhasabah diri untuk menjadi muslim yang lebih baik dari semalam.
“Dengar di Radio IKIM, Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda LALAI.”
Tanda-tanda LALAI antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
– Tidak fokus,
– Sering terlupa bilangan rakaat,
– Melewatkan solat,
– Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut:
_Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak’ kita dgn Al-Quran._
Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. ‘Bunuh’ kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-Sebab LALAI:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran ‘rosak’. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.
Cara-cara mengatasi LALAI:
1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Na’uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini
Perkongsian daripada ibu kepada 3 orang anak ini diharapkan dapat memberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana yang ingin menurunkan berat badan. Siapa sangka dengan amalkan pengambilan air yang banyak boleh membantu untuk dirinya kini tampil dengan berat badan ideal. Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.
Asalamualaikum korang. Ok sape nampak mak berbeza belanja mak satu emoji.Tag kan kawan korang yang diet ambik ubat entah apa-apa. Buat bazir je.
Mari baca sikit ilmu sebelum start diet
Permulaan diet mak selain tinggal kan air manis, mak banyak minum air kosong. Korang kena bersahabat dengan air kosong dan tandas, permulaan mak cuma minum 4 botol air mineral kecik tu berhenti pada pukul 9 malam.
Dan naikkan lagi ikut besar mana badan. Di komen ade rujukan kiraan die ye.Dan Selain bagus untuk penghadaman dan organ badan air kosong sangat bagus untuk kulit. Buah dan air kosong akan menjadikan kulit bersih sebab toksin dan kotoran keluar dari air kencing.ha gichewkan mudah tu tak yah beli barang pelik-pelik mudah nye nak cantik air kosong tu free je pun boleh je minum air sejuk dari peti cuma elak kan ais batu. Mak tinggalkan air batu lama dalam 5 bulan hasilnya perut flat dan tak boncet. Dan bagusnya perhatikan air kencing pada 3 hari pertama kuning selepas itu ia jadi jernih.
CARA MUDAH MINUM AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS BUKAN MITOS
Gambar ini diambil pada 2017.
Dan ini gambar terkini bersama anak-anak di lokasi yang sama.
Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum Air Kosong?
Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan baik
Azlina – berat 65 kg
1 liter =25kg
jadi Azlina perlu minum 2.5liter sehari sekurang-kurangnya. Bukanlah sampai paksa diri. Ini melatih kita cintakan air kosong.
Berapa berat anda?
Jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari
untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = )
Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20 minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba.
1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas sahaja sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.
2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.
3- Bawa botol air ke mana saja dan tandakan waktu anda perlu minum.
4- Minum menggunakan straw.
5- bagi yang susah minum air kosong begitu saja boleh perah kan sikit lemon atau hirisan lemon bagi kurang kan rasa loya
Kadangkala rasa pelik bila dengan kita, ibu bapa sering berperangai itu tak boleh ini tak boleh ketika kecil dahulu. Tapi sekarang ini bila dengan cucu, bukan main lagi sayangnya apa yang diminta semua dapat!
Situasi ini dapat dibuktikan melalui video yang dimuat naik oleh usahawan dan pempengaruh sosial media, Datuk Seri Aliff Syukri di mana ibunya sendiri akui bahawa bila dengan anak-anak bukan main kedekutnya tapi dengan cucu tidak sama sekali.
Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu berkisarkan tentang majlis hari jadi putera sulung Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan. Dalam video tersebut, kelihatan Bonda Rozita menyerahkan satu sampul putih kepada Ammar sebagai hadiah hari jadinya.
Bagaimanapun, Ammar dilihat hilang kata-kata sejurus melihat isi yang terdapat dalam sampul tebal tersebut dan rasa bersalah untuk menerimanya.
“Nenek dengan anak nenek sangat kedekut nenek tak bagi apa-apa, sebab nenek nak dia hebat. Dengan cucu nenek tak berkira” kata Bonda Rozita di penghujung video tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ada yang bersetuju dengan kenyataan dari bonda apabila dengan anak mereka akan berkira tapi tidak buat cucu.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.