“Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu saja la dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan cuba praktikkan memang menjadi-menjadi pokok ros saya ini. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi.”
Mungkin ini bukan sahaja menjadi pengalaman menyeronokkan buat Puan Azni bahkan sesiapa pun bila melihat pokok ros yang ditanam hidup subur dan berbunga lebat, tentu sahaja hati kita juga turut sama berbunga riang.
Jadi mungkin kita juga ingin tahu apakah petua yang dimaksudkan oleh Puan Azni itu, agar kita juga boleh dipraktikan dan mendapat hasil pokok bunga ros yang berkembang segar. Jom semak.
PETUA ROS BERBUNGA LEBAT
Ads
1.Kena buang daun-daun yang rosak. Jika ada sahaja daun-daun berwarna kuning kena cepat-cepat cabut dan buang.
2. Bila bunga sudah telajak kembang, saya gunting dan cucuk di tanah. Nanti pokok tersebut akan keluar pucuk baru.
3.Saya letak kulit telor. Kulit telor lepas masak telor dadar atau buat nasi lemak tu saya hancurkan pakai tangan. Kemudian saya letak dalam pasu. Bila letak kulit telor, daun pokok ros pun lebih besar macam mula-mula beli dulu.
Ads
4. Satu lagi bila beli dari nursery kena keluarkan pokok tersebut dan tanam di dalam pasu yang lebih besar. Biasanya dalam satu pasu akan ada dalam 4 batang pokok. Oleh itu, tanam balik 2 batang dalam 1 pasu. Itu tips personal. Alhamdulillah hidup. Kalau biar sahaja dalam pasu yang nursery bagi itu memang tak akan hidup.
5. Saya bagi direct sunlight sahaja. Rumah saya tiada pokok besar lagi. Sebab kawasan baru. Siram tu kalau hujan saya tidak siram langsung. Tapi kalau panas memang saya siram 2 kali sehari. Pagi dan petang.
Ads
Ekstra info : Bab kena buang bunga sebelum layu memang main peranan. Sebab saya penah tinggal lama pokok ni dan masa itu bunga itu sudah kembang sangat-sangat, bila layu di pokok dia akan beri kesan pada pokok. Mati pokok saya tu.
Gunting batang bunga yang kembang sangat tu. yang sudah nampak dia punya debunga hitam-hitam. Kalau nak cucuk kat tanah kena gunting bagi ada daun skali. Kalau tidak ada daun dia tak akan bertunas. Selepas kelua tunas tu, bunga boleh potong dan buang. Kalau tidak nanti ia akan matikan tunas baru tersebut.
sumber : Azni A. R Azizan via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Anak penyanyi terkenal Tomok, Arrian Shah Akid,10 tahun meraih perhatian wargamaya dengan aksinya sedang membuat ulang kaji bagi persediaan menghadapi ujian bahasa Mandarin.
Tomok dan isterinya, Ayu Abas menerusi hantaran terdahulu mengakui bahawa keputusan menghantara anaknya, Arrian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah sesuatu yang agak mencabar.
Tambahan pula pasangan suami isteri ini tidak tahu berbahasa Mandarin. Namun siapa sangka, anak sulungnya kini petah berbahasa Mandarin.
Tomok menerusi hantaran terbarunya menitipkan doa buat anaknya yang akan menduduki ujian kemahiran Bahasa Mandarin ataupun Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK).
Malah turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantunya menguasai bahasa Mandarin.
“Semoga berjaya arrian..ayah sentiasa doakan anak anak ayah berjaya dunia dan akhirat.”
Tentunya ibu bapa yang pertama kali ingin menghantar anak ke sokolah tadika akan berasa berdebar bukan?
Lebih-lebih lagi kita sebagai ibu bapa merasakan anak-anak yang berumur 5 atau 6 tahun ini masih kecil lagi dan tidak pandai mengurus diri.
Bermacam-macam persoalan berlegar difikiran, adakah anak kecil kita boleh membiasakan diri di hari pertama di sekolah nanti? Mungkin menangis ke dia hari Selasa nanti? atau Seronokkah dapat jumpa kawan-kawan seusia?
Walau apa pun keadaan dan situasinya nanti, kita sebagai ibu bapa perlu juga persiapkan minda dan hati agar ‘bertabah’ untuk meninggalkan anak-anak di sekolah.
Di sini disertakan tip bermanfaat daripada Cikgu Ashikin Hashim, Genius Aulad Saujana Utama.
Tip Anak Happy, Mama Cool di hari pertama di tadika.
1. Set Minda
Mengapa kita sekolahkan anak kita di tadika? Tak wajib pun kan? Ya. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita nak dia belajar mengenali dunia luar. Kita nak anak kita happy. Kita bukan nak pressure anak kita. Jadi, jangan memaksa tetapi memujuk dan menggalakkan. Jika anda merasakan anak tidak bersedia, tiada masalah untuk withdraw tapi tunggu dulu. Baca sampai habis. Jangan withdraw selagi anda tak buat semua tip ini.
2. Konsisten dan sabar.
Jika anak anda menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak anda tak bersedia. Bukan juga bermaksud dia tak suka sekolah berkenaan. Bukan juga bermakna anda ibu ayah yang tidak bagus.
Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya. Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak. Anak juga seperti kita. Kita akan rasa janggal di tempat baru. Kita juga akan rasa takut jika berpisah. Begitu juga anak kita.
Konsisten dengan rutin baru ini. Bangun pagi seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan. Setiap anak berbeza penerimaan mereka.
Ada yang cepat membiasakan diri tapi ada juga yang memakan masa. Mengikut pengalaman saya paling lama anak akan cuba sesuaikan diri adalah dalam masa sebulan. Tapi sesetengahnya ada yang mengambil masa yang lebih lama.Jadi bersabarlah.
3. Sentiasa berkomunikasi dengan guru. Jika anak menangis, berkongsilah perasaan anda dengan guru anak anda. Guru yang professional dan berpengalaman akan sentiasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak anda akan OK.
Tidak salah jika anda bertanya tentang keadaan anak dan guru akan menjawab dengan baik. Cumanya anda kena bersabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di whatsapp. Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar. Anak anda adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.
4. Perlu kah tunggu anak depan kelas? Bagi saya cukup memberikan pelukan dan ciuman dan lambaian. Kemudian anda pergilah dating dengan husband biar kami jaga anak anda. Hehee. Berilah kepercayaan kepada kami dan yakinlah anak anda berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman. Nak tunggu juga? 15 minit sudah cukup.
5. Jika anak mengamuk berguling? Baik. Cuba pujuk dulu. Biasanya memang guru akan bantu. Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak anda. InshaAllah lama-lama anak akan ok bila dia tengok eh selamat rupanya saya di sini. Eh best rupanya. Eh ada kawan rupanya hehehe.
6. Peranan selepas sekolah. Tugas kita ketika selepas sekolah adalah amat penting. Bila di rumah berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau kenangan anda bersekolah dulu. Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi. Mama nak Wafa senyum. Nanti jumpa kawan. Dapat main dengan kawan. Tidur awal semoga mood anak nanti baik. Tak mengamuk sebab tak cukup tidur.
Percayalah kata-kata ini: Mama yang cool akan menjadikan anak lebih happy dan tenang.
Tenang-tenang sahaja Mama. Anak anda pasti akan ok. Doa banyak-banyak kepada Allah mudahan Allah mudahkan perjalanan anak kita yang baru sekolah ini. Selalu sebarkan positive vibes kepada anak agar anak dan kita lebih tenang.
Nota:
Jika anak anda menangis berterusan atau anda terlalu bimbang, terdapat tanda anak kemurungan atau stress bila bersekolah, rujuklah kepada pengetua dan yang lebih pakar.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti ASD/ADHD dan sebagainya, consult dulu dengan doktor dan OT. Pihak sekolah perlu tahu keadaan anak anda. Biasanya anak istimewa yang bersekolah biasa adalah kerana ianya salah satu terapi mereka untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.
Bagi ibu bapa yang mungkin tidak tahu anak mereka mungkin ASD dan sebagainya, pasti mengharapkan pihak sekolah untuk alert dan aware. Jadi, para pendidik awal kanak-kanak perlu tahu apakah tanda atau kelakuan anak istimewa ini. Pada saya wajib tadika untuk bekerjasama dengan mana-mana OT sebagai tempat rujuk.
Semoga tip dan perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
sumber : Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.