“Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu saja la dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan cuba praktikkan memang menjadi-menjadi pokok ros saya ini. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi.”
Mungkin ini bukan sahaja menjadi pengalaman menyeronokkan buat Puan Azni bahkan sesiapa pun bila melihat pokok ros yang ditanam hidup subur dan berbunga lebat, tentu sahaja hati kita juga turut sama berbunga riang.
Jadi mungkin kita juga ingin tahu apakah petua yang dimaksudkan oleh Puan Azni itu, agar kita juga boleh dipraktikan dan mendapat hasil pokok bunga ros yang berkembang segar. Jom semak.
PETUA ROS BERBUNGA LEBAT
1.Kena buang daun-daun yang rosak. Jika ada sahaja daun-daun berwarna kuning kena cepat-cepat cabut dan buang.
2. Bila bunga sudah telajak kembang, saya gunting dan cucuk di tanah. Nanti pokok tersebut akan keluar pucuk baru.
3.Saya letak kulit telor. Kulit telor lepas masak telor dadar atau buat nasi lemak tu saya hancurkan pakai tangan. Kemudian saya letak dalam pasu. Bila letak kulit telor, daun pokok ros pun lebih besar macam mula-mula beli dulu.
4. Satu lagi bila beli dari nursery kena keluarkan pokok tersebut dan tanam di dalam pasu yang lebih besar. Biasanya dalam satu pasu akan ada dalam 4 batang pokok. Oleh itu, tanam balik 2 batang dalam 1 pasu. Itu tips personal. Alhamdulillah hidup. Kalau biar sahaja dalam pasu yang nursery bagi itu memang tak akan hidup.
5. Saya bagi direct sunlight sahaja. Rumah saya tiada pokok besar lagi. Sebab kawasan baru. Siram tu kalau hujan saya tidak siram langsung. Tapi kalau panas memang saya siram 2 kali sehari. Pagi dan petang.
Ekstra info : Bab kena buang bunga sebelum layu memang main peranan. Sebab saya penah tinggal lama pokok ni dan masa itu bunga itu sudah kembang sangat-sangat, bila layu di pokok dia akan beri kesan pada pokok. Mati pokok saya tu.
Gunting batang bunga yang kembang sangat tu. yang sudah nampak dia punya debunga hitam-hitam. Kalau nak cucuk kat tanah kena gunting bagi ada daun skali. Kalau tidak ada daun dia tak akan bertunas. Selepas kelua tunas tu, bunga boleh potong dan buang. Kalau tidak nanti ia akan matikan tunas baru tersebut.
sumber : Azni A. R Azizan via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri