Jika sebelum ini kebiasaannya jika ingin menanam pokok bunga semestinya perkara pertama yang perlu disediakan adalah tanah untuk ia dapat hidup dengan subur. Tapi tahukah anda sebenarnya ada sejenis tanaman yang unik dan mudah dijaga tanpa memerlukan tanah, baja bahkan racun serangga sekali pun tidak diperlukan namun mampu hidup dengan subur.
Mungkin ada yang berasa pelik, tapi itulah yang cuba dikongsikan oleh wanita daripada Sabah ini. Menariknya juga tanaman daripada jenis Air Plant atau Pokok Udara ini mempunyai pelbagai bentuk dan rupa yang cukup eksotik.
Memahami lagi tentang pokok hiasan nan satu ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Airplant @ Tillandsia
Sejenis tanaman udara atau angin yang tidak menggunakan tanah. Ia boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi, tanpa baja atau racun serangga. Memilikinya adalah satu terapi jiwa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Lantaran proses hidupnya yang unik, menjadikan airplant satu tarikan baru bagi peminat-peminat pokok sebagai alternatif kepada pokok-pokok biasa yang menggunakan tanah.
Penjagaan Airplant (Tillandsia)
1. Cara menanam:
Anda boleh gunakan pasu yang berlubang, dawai yang dibentuk, tunggul kayu, plastik, batu, kulit siput atau apa saja medium yang membolehkan pokok ini ‘menumpang duduk’. Sila pastikan ia tidak memerangkap air kerana ia boleh mengakibatkan ‘rotten’ (pereputan). Jangan sesekali gunakan tanah kecuali lumut asal yang ada pada driftwood.
2. Lokasi yang sesuai:
Airplant boleh hidup di mana-mana sahaja asalkan ada cahaya. Namun begitu tempat yang paling baik adalah bahagian balkoni / patio atau anjung rumah. Seeloknya ada sedikit cahaya matahari pagi. Sekiranya ingin menyimpan secara indoor seeloknya di tepi tingkap atau jika dijadikan hiasan di atas meja atau dinding, seminggu sekali dedahkan ia kepada persekitaran luar. Harus diingat Airplant memerlukan udara, air dan cahaya untuk terus hidup dan membesar.
3. Kaedah penyiraman:
Siram pokok ini sama ada guna hose shower (jika banyak) atau sekadar spray di keseluruhan pokok terutama bahagian akar pada setiap 2 hari sekali. Sekiranya kawasan airplant anda terdedah kepada cahaya matahari, boleh siram setiap hari asalkan air tidak bertakung. Airplant masih mampu hidup sehingga 7 – 10 hari tanpa air.
Pokok ini tidak memerlukan baja yang khusus kerana bahagian yang berwarna putih di daun iaitu tricoma bertindak membekalkan nutrient kepada airplant, cuma jika ingin mempercepatkan proses pertumbuhan akar, anda boleh gunakan baja penggalak akar contohnya B1. Selain itu baja organik untuk akar pokok orkid (warna hijau) juga boleh digunakan. Baja-baja kimia adalah dilarang untuk pokok-pokok airplant. Racun serangga juga tidak perlu disembur kerana jarang berlaku jangkitan kulat atau serangan serangga ke atas pokok-pokok ini.
5. Air hujan dan rendaman (soaking)
Lakukan 2 – 3 minggu sekali rendaman jika pokok kelihatan kering. Jika tidak nampak kering tidak perlu rendam. Seeloknya menggunakan air hujan yg ditadah atau air akuarium krn ia bertindak sbg baja organik. Selepas rendam 40 minit – 1 jam. Terbalikkan pokok utk elakkan air terperangkap di celah2 pelepah daun.
Hati mana yang tak hancur jiwa mana yang tak merana, 10 tahun penantian mendapatkan zuriat, namun takdir ilahi tiada siapa mampu menduga.
Pasangan ini hanya mengecap bahagia bergelar ibu dan ayah hanya seketika apabila si kecil pergi buat selama-lamanya.
Bagi vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazirah Muhammad tiada kata mampu diungkapkan selain reda. Cahaya mata sulung diberi nama Khairul Afnan itu meninggal dunia di pangkuan ibunya.
Di dalam perkongsian terbarunya di Instagram (IG), Azmi berkongsi mengenai perkembangan isterinya.Dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isteri tercintanya itu.
“Hari ini hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.
“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan dunia dan akhirat.
Azmi juga mengakui, isterinya sehingga kini masih belum dapat melupakan pemergian anak sulung mereka. Bahkan hampir setiap hari dia menangis kerana merindukan Afnan.
“Hari ini genap sebulan arwah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
“Walaupun keadaanya masih baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
Justeru, Azmi atau nama Sebenarnya, Khairul Azmi memohon orang ramai di Instagram menitipkan kata-kata semangat buat isterinya untuk terus kuat untuk menjalani kehidupan tanpa anak sulung mereka.
“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. InsyaAllah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad.
Rabu lalu kita digemparkan dengan tragedi kepala air di Gunung Jerai. Ia telah membawa kemusnahan harta benda yang tidak terhitung jumlahnya kepada penduduk di beberapa buah kampung yang terlibat.
Lebih menyedihkan telah meragut nyawa. 4 mangsa terkorban di 4 lokasi berbeza.
Dalam pada itu perkongsian seorang lelaki yang menguruskan jenazah mangsa ke 4, meruntun jiwa.
Syahid lemas banjir semalam.
Jenazah ke4 mangsa banjir semalam ditemui tengah hari tadi. Arwah lebih muda dari saya. 28 tahun dan ada 2 anak kecil.
Mangsa sedang buat pondok riadah di Titi Hayun. ketika muntahan kepala air turun mungkin mangsa tidak sempat untuk melarikan diri. Takdir Allah menetapkan beliau mendapat syahid asbab mati lemas. sedih dan sayu saat melihat susuk tubuh jenazah yg bnyk luka yg teruk. pasti sakit terkena pokok2 dan sampah sebelum terpisah jasad dan roh.
harini sempat makan nasi lemak ja pagi tadi. berulang alik tapi rasa berbaloi sangat sebab belajar banyak benda.
malam ni bertemankan jenazah iring ke pusat pengebumian jenazah di Masjid Kampung titi teras di kaki gunung jerai.
Damailah buat kamu disana Assyahid Mohd Faizal bin Mohd Zohir. saya tak pernah bertemu kamu saat kamu hidup hanya mampu khidmat saat kamu dah terpisah antara roh dan jasad. mudah2an di akhirat kamu pandanglah saya ya.
Jenazah Assyahid Mohd Faizal bin mohd zohir di kebumikan di Tapak perkuburan masjid titi teras kaki gunung jerai. Allahyarham 28 tahun meninggalkan 2 org anak lelaki.
Sementara itu menerusi komen kelihatan salah seorang saudara arwah mengucapkan terima kasih atas bakti menguruskan jenazah cucu saudaranya. Katanya tidak dapat pulang akibat pandemik.
”Arwah seorang yang sangat baik tak banyak bicara selalu senyum..”- Nenek saudara
Dalam pada itu wargenet mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.
Ibu bapa adalah insan yang palking penting dalam n hidup kita. Melahirkan, mendidik dan mencari rezeki untuk membesarkan kita semua adalah satu tugas yang berat namun dipikul dengan baik.
Bila mana anak-anak sudah besar, sudah tiba masanya untuk kita pula membalas jasa dan pengorbanan orang tua kita.
Nak murah rezeki, bukan susah pun. Gembirakan ibu bapa kita maka Tuhan akan menambah dalam apa jua yang kita lakukan.
1. Banyak-banyak melawak dengan emak ayah, lagi banyak mereka senyum dan gembira, gembira juga berkat dan syafaat untuk kita.
2. Menggembirakan emak ayah seperti menyentuh, memeluk, bersalam apabila berjumpa dan nak ke mana-mana adalah sebuah istimewa buat mereka. Tanda anak-anak sentiasa kenang dan ingat.
3. Kerap telefon bertanya khabar, sekadar bersembang kosong dan bercakap. Ibu dan ayah biasanya memang rindu suara anak-anak walau mereka sudah dewasa.
4. Tak perlu cerita masalah kita kepada mereka, hanya khabarkan perkara gembira dan bahagia, sedetik mereka gelisah boleh jadi ia akan membawa susah.
5. Banyak-banyak berdoa supaya mereka berdua diampuni Allah segala dosa, disantuni Allah dari segala serba serbi kehidupan dan menjaga mereka dengan sebaik-baik jagaan seperti kita masih kecil dulu.
6. Banyak-banyak pandang wajah mereka, semasa bercakap semasa mereka bercakap, itu semua pahala.
7. Semasa bersama mereka, kurang bermain telefon. Huhu itu akan menjejaskan emosi mereka kerana setiap anak-anak yang ada di hadapan mata adalah untuk mereka berbual, bertanya itu ini dan mereka mahu anak-anak juga melayan perbualan mereka.
8. Jika ada kerosakan di rumah mereka, baiki segera.
9. Pasang air tapis, mudahkan urusan mereka seharian. Memberi orang tua minuman memang pahala besar.
10. Tak perlu tunggu emak ayah pesan untuk balik kemas rumah atau jika sudah ada di kampung, lekas bangun pagi siapkan sarapan, kemas dapur dan buatlah untuk mereka rehat semasa kita pulang. Waktu kita kecil dahulu itulah kerja emak melayan kita, kini kita pula membalasnya.
Kadang-kadang, kita tak sedar, kita selalu menyusahkan orang tua, oleh sebab itu rezeki kita kacau bilau.
Banyak-banyak mempermudahkan, Allah akan buka pintu gerbang sebesar-besarnya untuk rezeki masuk ke rumah kita.
Ingat kawan-kawan, menggembirakan emak ayah adalah menggembirakan Tuhan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Menyayangi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di