Hidup berjiran biarlah harmoni, barulah kita rasa seronok dengan persekitaran kejiranan perumahan kita.
Umumnya, mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama jiran selain perlu saling bertegur sapa, boleh juga praktikkan cara dan trik yang dikongsikan oleh saudara
Hishamudin ini.Caranya cukup ringkas dan mudah, iaitu kena tanam pokok berbuah. Apa sebabnya, jom baca perkongsian daripadanya.
Suatu ketika dahulu, aruah abah pernah berpesan, jika sudah berkeluarga dan berumah sendiri, pastikan menanam pokok buah di halaman rumah, biar asbab berharmoni dengan jiran.
Semasa itu kecil lagi, manalah saya faham. Namun kini, setelah melaluinya sendiri, baru saya mengerti.
Buah pelam epal ini, menjadi antara pengikat hubungan baik saya dengan jiran tetangga. Tidak kira siapa, yang teringin, ambil sahaja. Rezeki biar dikongsi.
Buahnya pula, setiap musim semakin lebat berbuah. Alhamdulillah.
Terima kasih abah ilmunya. Teringat pokok pelam epal di halaman rumah lama kita.