Bau daun pandan ini memang ramai yang suka. Bukan sahaja untuk dijadikan bunga rampai sebagai wangian istimewa bilik pengantin, bahkan pelbagai juadah kuih muih juga boleh dimasak menggunakan daun pandan ini.
Paling ringkas, jika mahu nasi putih yang ditanak sedap baunya, masukkan sahaja sehelai daun pandan ketika menanak nasi. Hasilnya memang sedap bau masakan jadinya.
Apa yang pasti, daun pandan banyak kegunaannya. Jadi alangkah baiknya jika ditanam untuk kegunaan sendiri.
Jika tiada kawasan di tepi atau di belakang rumah, tanam sahaja di dalam pasu. Boleh juga hidup subur bahkan nampak cantik juga untuk dijdikan sebagai pokok hiasan.
Nak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian ini.
Tanam pandan dalam pasu je..cukup baja air gemuk la dia..Ni dah banyak-banyak ni tak tau nak guna wat ape..dulu time tak tanam , selalu terhegeh-hegeh mintak kat umah org…dah ade, malas pulak nak guna..tambahan tiba-tiba tak rajin nak buat kuih muih,masakan berasaskan pandan.so kita jadikan hiasan laman je lah..
cara semaian pandan wangi cara saya:
√buang beberapa helai daun bawah..tinggalkan 2 3 helai dibahagian pucuknya.
√sediakan media tanaman yang peroi (cocopeat+ tanah hitam)
√cucuk anak pokok pada media
√letak ditempat redup
√siram dua kali sehari (pastikan media sntiasa lembap)
√selepas pucuk baru naik, boleh letak di cahaya matahari pagi
√jika pokok dah stabil,boleh letak direct matahari
√baja 2 minggu sekali..baja jenis apa-apa je guna tak kisah (baja tahi ayam kedai eco tu pun boleh)
kegunaan pandan wangi
√daunnya boleh diguna untuk buat bunga rampai,
diletak dlm masakan,kuih muih dan sebagainya
√juga cntik ditanam dlm pasu sebagai hiasan taman.
Sumber : YanCotton Ntailor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Hantar Je Gambar Lauk, Setengah Jam Lepas Tu Mesti Dah Sampai.” Ini Cara Memey Suhaiza Praktik Jika Nak Suami Balik Cepat. Sweet!
Setiap isteri pasti ada cara tersendiri untuk membuatkan rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia. Salah satunya adalah dengan menjaga perut suami dengan air tangan sendiri. Malah, itu antara petua yang selalu diajar oleh ibu bapa apabila anak-anak bakal mendirikan rumah tangga.
Orang kata air tangan isteri ini menambahkan keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga. Malah, itu juga membuatkan sang suami tak sabar-sabar nak pulang bertemu anak dan isteri.
Demikian yang dipraktikkan oleh ibu muda dan juga pelakon, Memey Suhaiza dalam mengikat hati suami kesayangannya Norman Hakim.
Dalam perkongsiannya, Memey mengakui selain menggunakan diri sendiri dan anak, memasak makanan kegemaran suami antara cara mudah untuk membuatkan suaminya itu pulang cepat ke rumah.
Cara paling berkesan selain guna anak n diri kita utk suami balik cepat ??
Masak lauk fav diaaa?? @normanhakim_786 Kalau dah masuk gym mmg terlupa berapa lama masa berjalan..
Hantar je gambar lauk.. Setengah jam lepastu mesti dah sampai.. Siapa selalu buat mcm ni juga? Kita geng?? .
Ps: u all mkn apa hujung minggu ni?
Demikian perkongsian dari Memey menerusi laman instagramnya semalam.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Rata-rata pengikut bersetuju dan ada yang berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen status berkenaan.
ladysmorgana Betol, kita pon slalu buat mcm tue?
#menu lunch siput sedut lomak cili padi n kupang rebus on weekend?
nurameyshahfieqah sma mcm sya..hntar gmbar masak apa arini.. satg blik xmnympt dh.. dia ambk pngan dlu?
uerianimohd Haha.. Kita pun samalah. Dah masak mesti snap n org first hb kita antor wsaap. kompem balik cepat??
qasehzaierdayu @memeysuhaizabetul saya klau suami keja @ kluar jumpa kwn ke ari minggu sya akn seru balik dgn masakan
ernieyfadeli @memeysuhaizapernah buat mcm ni time dia outstation,tapi syg dia x dapat pulang dgn segera,ye lh dari kl to kelantan?lain lah naik flight kan?
khazirakhalil Sis @memeysuhaizasy pun guna cara yg sama… Lagi stgh jam suami nak abis keje… Sy da mula post pic makan… Memang tak jadi la kalau dia nak melencong ke tempat lain lepas keje…????
Sumber: IG memeysuhaiza
“Bila Ayah Layan Mak Dengan Baik, Anak Pun Terikut Sama.” Hanis Zalikha Kongsi Video Yusuf Bantu Ambil Pam Susu & Minta Izin Masuk Bilik. Sweetnya, Cukup Beradab Sopan!
Telatah anak sulung kepada pasangan muda Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini tak perlu diperkenalkan lagi. Malah, popularitinya menyamai kedua-dua ibu bapanya. Sehingga kini si comel bernama Yusuf Iskandar memiliki 2.7 juta pengikut di laman sosial Instagramnya.
Selain memiliki raut wajah yang comel, Yusuf juga seorang anak yang cukup manja dan bijak, membuatkan dia disayangi ramai. Telatahnya bersama kucing kesayangan, Bujibu Chempel juga sering mendapat perhatian ramai pengikutnya.
Terbaru, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman. Menerusi video itu, Yusuf dilihat membantu ibunya mengambil peralatan untuk pam susu badan.
Lebih terharu lagi, dia juga meminta izin sebelum memasuki bilik sewaktu ibunya sedang mengepam susu. Walaupun masih kecil, namun Yusuf tampak cukup beradab dan sopan. Pandai Hanis dan Hairul mendidik anaknya ini.
‘I want to keep this forever. My firstborn, my eldest son, Yusuf. You have so much love and care for those around you, may Allah always protect you.
“Kalau tengok Mommy start muka resah tengok jam dinding, dia tanya “Do you need to pump??” sebab dia nak berlari fix the pump set.
“If I am already pumping and he wants to enter the room, ada empat soalan dia selalu tanya, “are you pumping” “can I come in” “are you shy” “are you covered”?
“Bila dah benarkan masuk dia buat muka paling kesayangan tanya bila nak habis pam sebab nak suruh baca planets dengan dia ?,” tulis Hanis pada kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Ternyata perkongsian tersebut mendapat respond dari netizen yang memuji akan keprihatinan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh Yusuf walaupun masih kecil.
Beradab dan smart
mawarashid Tersentuhnyaaaa Alhamdulillah anak soleh. dapat respond dari netizen yang memuji akan keprihatinan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh Yusuf walaupun masih kecil.
najlaamohayidin Bila ayah nya layan mak nya dengan baik, anak pun terikut sama….Anak bijak ?
nurulfazlinordin_ YaAllah . Comelnya Yusuf . Dia respect habis kat parents dia . Siap tolong ambilkan pump ? nak masuk bilik minta izin . Semoga membesar menjadi anak yang baik
nur.h4s Awhhh Yusuf. Maa shaa Allah. So adorable, beradab and smart! Semoga Allah merahmati Yusuf sekeluarga. Aamiin!
Adab is so much important
jazzdzlkrn Allah I pray that Yusuf will always be protective of his sister and that his sister will grow to never forget the love that the two main men have for her. Including you mommy nis❤️
matgebu Alaaa, bijaknya Yusuf, moga jadi anak yang soleh dan pelindung buat keluarga bila besar nanti yea, handsome boy..
bintussalim.suhaili96 Good job Yusuf! This is what we need to teach our children, manners when entering parents room. Adab is so much important. ??❤️.
zalilahz Cutest & sweetest! How lucky he is to have you and how lucky you are to have him!! Loveeeeee ??
Such a gentleman
bintimon Ya allah yusuf??? ??? every day i face different kind of kids at school but yusuf ni bukti, budak jadi mcm mana dorang harini mmg mostly dtg dari didikan parents. Huhuhu tgk lah yusuf huhu kita baca pun tersentuh. Moga membesar jd anak soleh, jd cth pada org sekeliling ?
itssyaminjasmi He’s gonna respect all the girls when he’s an adult! Such a gentleman. MasyaAllah ❤️
peribadinya seindah namanya
fareefarith My smart boy ? yusuf you will be a great son & brother! We can see yusuf is very soft spoken person and so intelligent ?
naelofarhijab_jengka Peribadinya…Seindahnya namanya… a great parents raise amazing kids…
ninilicious_bite Ya Allah…bagusnye die?… Sis is touching?…pndai mak ayh kamu didik...
Sumber: IG haniszalikha
“Nak Marah Boleh, Tapi Lepas Tu Kena Pujuk…” Rasa Bersalah Marah Anak Ajak Bermain, Warganet Puji Cara Saharul Ridzwan!
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun ada masanya, kita tidak dapat mengawal amarah itulah yang dilepaskan pada anak-anak. Tetapi cepat-cepat tersedar dan mula rasa bersalah kan.
Mungkin faktor tekanan baik kerja mahupun sekeliling membuatkan kita tidak dapat mengawal diri. Ditambah pula dengan karenah anak-anak membuatkan mudah nak naik angin.
Bagi pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dalam satu perkongsian di laman instagramnya, dia bercerita mengenai situasi di mana tanpa sengaja memarahi anak sulungnya.
Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali 😘
.
Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busydengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk. 😭
Kawan kawan, agak2 kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat2 lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita ❤️
Perkongsian dari Saharul itu turut dipersetujui oleh warganet. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri.
Sumber: saharulridzwan