Tanam Lobak Merah Dalam Botol Pun Boleh Dapat Hasil. Begini Proses Menanamnya!

Share

Mungkin untuk menanam lobak merah tidak ramai yang mempunyai pengalaman. Namun setelah membaca perkongsian daripada CT Hamisah Ahmad, terasa seronok juga untuk dicuba.

Nampak mudah, bila anak pokok yang disemai walau hanya ditempatkan di dalam botol plastik,  lobak merah dapat hidup subur.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.


Saya tanam lobak dalam botol ja….lobak saya semai dkt tray dulu. Bila keluar daun 4, 5 helai baru saya pindahkan ke dalam botol.

Saya semai biji benih beli dekat kedai. Dekat shopee pun ada banyak dijual…..

Daun carrot bila mula² keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar baru pindahkan ke dalam pasu atau botol.

Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja…Masukkn anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan  sampai tertimbus pucuk… Nanti mati…

Bila batang meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah… Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi….

Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lagi tanah timbus batang smpai pelepah terbawah. Buang daun yan bawah sekali

Siram 2x sehari…

Lobak putih ni belum sampai 2 bulan… Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar….

Sumber : CT Hamisah Ahamd

Tak tahu mana nak dapatkan biji benih, boleh beli di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club