Melihat rumah orang lain cantik berhias dengan pokok bunga Petunia yang lebat berbunga tentu ada juga antara kita yang teringin hendak menanamnya juga. Namun bila cuba menanam, tidak sampai sebulan pokok di tanam, sudah tidak hidup pula.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Maklumlah pokok petunia ini sebagai umum ketahui, perlu penjagaan rapi dan perlu kerap diberi disiram untuk pastikan hidup subur. Buat yang sibuk bekerja, tentu hal ini menjadi penghalang untuk menanam petunia sepasu dua di rumah.
Tapi usah kecewa, ada cara lain yang lebih mudah dan senang untuk anda praktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh Nisha Patel di Facebook melalui Kelab Petunia Malaysia.
Petunia Hydroponic Untuk Yang Selalu Lupa Nak Siram Air
Hi. Nak share kalau ada sesiapa yg nak cuba. Saya ni pemalas orangnya. Sangat suka petunia tapi selalu lupa nak water the plant.
So selalunya kalau beli dari nursery; maka sebulan je hidup pas tu mati
Rumah saya ni sangat panas. Tapi tempat terbuka so kalau musim hujan je mesti petunia ni berkulat dan last last jadi brown and buruk la.
Guna Sphagnum Moss, Tak Guna Peat Moss
So i try method ni. I beli biji benih dan semai guna sphagnum moss. Guna sphagnum sebab i ada banyak kat rumah. Tak nak guna peat moss sebab nanti air ‘kotor’.
Selapas itu; i pastikan sphagnum ni selalu banyak air. Untuk pastikan biji benih dan anak pokok tu biasakan diri dengan air.
Then lepas dah besar sikit i masukkan dalam tupperwarer plastic makanan yang selalu dapat dari grab food tu; i recycle balik jadi container hydroponic.
ARTIKEL BERKAITAN : Nak Tanam Bunga Ros, Pakar Lanskap Ni Kongsi Tip Perlu CABUT!
LAGI ARTIKEL MENARIK : Suka Tanam Bunga, Tapi Kalau Kawasan Laman Terhad Boleh Cuba Buat Pasu Tinggi Ni!
Tips 1 : Lubangkan pada bahagian atas bekas untuk pastikan bila hujan air boleh keluar daripada bekas.
Tips 2 : Pada bahagian penutup bekas, buat lubang cukup-cukup untuk rendam separuh gelas.
Pas tu i biar je
Masa baby pokok tu tumbuh i rajin juga potong supaya dia branch out banyak2. Tapi lepas dah berbunga ni i malas sikit sebab dah letak tempat tinggi
Air ni i dah masukkan baja AB, dan tukar setiap 2-3 minggu je.
Nyamuk setakat ni takde sebab cara i potong nak muatkan bekas plastic tu cukup2 untuk bekas tu.
Cuma cara ni lambat sikit. Katakan kalau guna cara biasa semai guna peat moss pas tu peatmoss + perlite; akan berbunga maybe 2 bulan. Tapi yang ni adala 2 bulan setengah – 3 bulan camtu.
Cuma bagi i, its very easy. Macam bunga plastic pun ada gak sebab biar je
Kalau ada nak try; peratusan yang hidup masa i try mula-mula dulu 50%. So kalau nak cuba, beli benih murah-murah dulu. Lepas dah ok baru beli yang ‘branded’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja untuk mencuba menanam pokok bunga petunia dengan teknik yang dikongsikan. Ini memandangkan sebelum ini pernah alami terlupa siram menjadikan pokok petunia yang ditanam layu, mati dan sebagainya.
Bahkan apa yang lebig mengujakan, ramai juga yang telah mencuba teknik yang dikongsikan dan memberi maklumbalas kejayaan menanam petunia dengan cara yang dikongsikan olehnya itu.
Jadi bolehlah pada yang lain untuk mencubanya pula.
Sumber : Nisha Patel
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club