Nampak senang aje nak tanam serai. Tapi jika salah teknik, bukan aje tak merimbun tapi pokok jadi mudah kering dan tak subur.
Jika ada ilmu cara yang betul menanam serai ini, dapatlah jimat duit belanja dapur. Maklumlah serai adalah antara bahan masakan yang wajib dibeli setiap minggu.
Kali ini ikuti perkongsian cikgu Mohd Amri yang sudi memberikan tip untuk tanam serai dengan cara mudah dan elak serangan perosak.
Serai ini merupakan “senjata” utama bagi kaum wanita sewaktu berada di dapur. Kalau takda serai, rasa bagi sesuatu masakan tu tak best. Setuju ke?
Setiap kali beli di kedai atau pasar, balik-balik nanti kering dan kecut. Apa kata kali ini, sahabat beli lebih sedikit untuk masak dan cuba tanam sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah ok sangat untuk kegunaan sendiri.
Baca artikel menarik di sini: Niat Menabung Akhirnya Lebur, Hampir RM1000 Duit Rosak & Koyak, Bila Disimpan Dalam Tabung Yang Sama.
TIPS RINGKAS TANAM SERAI DI DALAM PASU.
Antara tips yang saya boleh kongsi ialah;
PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA.
1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari.
2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru.
5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab.
6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.
PERINGKAT KAWALAN SERANGGA.
1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya.
Sumber: Mohd Amri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club