Seronoknya tengok orang lain tanam lada solok menjadi, lebat buahnya. Untuk yang nak tahu apa rahsia dan tipnya, ini dikongsikan oleh Encik Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam lada solok tepi rumah!
1. Tanam dalam tong cat terpakai.
2. Tanam satu tong satu pokok.
3. Guna tanah campuran sebagai media tanaman.
4. Tanam masa anak pokok umur 60 hari lepas semai.
“Hari ini genap 1 minggu ditanam. Dah ada cabang Y dan putik bunga. Pagi tadi kali ke 2 siram dengan baja subur. 1 pokok 1 liter. 2 kali seminggu sembur dengan kawalan organik.Hari Selasa ni dah boleh siram dengan baja buah.” Azuan Abdullah.
*Tips Kenapa Saya Suka Guna Tanah Campuran*
1. Boleh jimatkan air sebab siram pagi dan petang je. Jika tak ingat siram 1 hari pun pokok masih ok.
2. Jimat baja sebab siram 2 kali seminggu je dengan baja subur atau buah.
3. Pokok naik tegak dan susah nak tumbang.
Nisbah tanah campuran saya
3 bahagian tanah
1 bahagian pasir sungai
1 bahagian bokashi @ kompos.
p/s : Tong cat boleh diganti dengan pasu, polibag atau apa – apa bahan terpakai. Guna yang kapasiti 15 liter ye untuk senang nak jaga.
Sumber : Azuan Abdullah