
Seronoknya tengok orang lain tanam lada solok menjadi, lebat buahnya. Untuk yang nak tahu apa rahsia dan tipnya, ini dikongsikan oleh Encik Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam lada solok tepi rumah!
1. Tanam dalam tong cat terpakai.
2. Tanam satu tong satu pokok.
3. Guna tanah campuran sebagai media tanaman.
4. Tanam masa anak pokok umur 60 hari lepas semai.
“Hari ini genap 1 minggu ditanam. Dah ada cabang Y dan putik bunga. Pagi tadi kali ke 2 siram dengan baja subur. 1 pokok 1 liter. 2 kali seminggu sembur dengan kawalan organik.Hari Selasa ni dah boleh siram dengan baja buah.” Azuan Abdullah.
*Tips Kenapa Saya Suka Guna Tanah Campuran*
1. Boleh jimatkan air sebab siram pagi dan petang je. Jika tak ingat siram 1 hari pun pokok masih ok.
2. Jimat baja sebab siram 2 kali seminggu je dengan baja subur atau buah.
3. Pokok naik tegak dan susah nak tumbang.
Nisbah tanah campuran saya
3 bahagian tanah
1 bahagian pasir sungai
1 bahagian bokashi @ kompos.
p/s : Tong cat boleh diganti dengan pasu, polibag atau apa – apa bahan terpakai. Guna yang kapasiti 15 liter ye untuk senang nak jaga.
Sumber : Azuan Abdullah
Superb Resepi Cheesekut Tiramisu Ni, Tak Perlu Masak, Hanya Masuk Dalam Peti Ais Aje Dan Siap!

Bagi yang suka makan kek, memang akan tercari-cari bahan-bahan yang mudah untuk membuatnya. Bukan sahaja, bahannya, cara penyediaannya dan cara masaknya mesti nak yang senang kan!
Bukan apa, untuk beli kek jenis cheese ni memang mahal. Jadi jika buat sendiri memang boleh makan berulang kali dengan kos yang berbaloi.
Perkongsian viral ini oleh puan Nur Haziqah memang superb! Bahan-bahan untuk membuatnya mudah, paling mengkagumkan, tak perlu masak dalam oven, hanya letak dalam peti ais dan siap! Mudah sangat. Boleh jadi kek express jika tekak nak ‘mengidam’ nak makan kek. Ikuti resepi berikut
First time buat cheesekut tiramisu tanpa nescafe.
Selalu buat cheesekut biasa dan kek tiramisu jaa.
Harini cuba buat cheesekut tiramisu leleh pulak
Alhamdulillah menjadi.
Sorry sebab nampak comot sikit
Resepi cheesekut tiramisu tanpa nescafe :
Bahan-bahan
• 250gm cream cheese tatura
• 1/2 cawan susu pekat
• 1/4 cawan susu segar
• serbuk koko
• biskut marie perasa coffee
• susu segar utk celup biskut
Cara-cara penyediaan:
Cara-cara
• satukan cream cheese , susu pekat dan susu segar. Blend sehingga sebati
• celup biskut dalam susu segar ( 2 3 saat terus angkat )
• kemudian lapiskan dengan cheese
• setiap lapisan cheese tabur serbuk koko
• simpan dalam peti ais selama 1 atau 2 jam
• siap
* bekas lapik plastik dulu kalau nak potong kat luar.
* setiap lapisan perlu cheese yg banyak utk hasilkan cheese leleh dan kurangkan jumlah biskut
* kalau taknak cheese leleh nipiskan lapisan cheese dan lebihkan layer biskut
Siap!
Selamat mencuba !
Ramai Yang Tertanya, Akhirnya Terjawab Punca Tangan Lara Alana Bersimen. “Merasa Dapat Anak Lasak”-Netizen

Anak-anak, waktu mereka kecil ni la nak menghadap zaman buas ke sana ke sini sedar-sedar terjatuhlah, kalau nasib tak berapa baik ada yang berjahit, malah ada juga yang hadap patah sana sini!
Itulah yang dialami oleh anak sulung pasangan pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana.
Dek kerana ramai yang tertanya-tanya kenapa dengan tangan Lara yang disimen, mereka buka cerita sebenar melalui perkongsian di Instagram milik Lara.
Jatuh ketika bermain. “Lara complain sakit tangan, lengan mula bengkak”
Okay lah since ramai yang tanya, cerita dia macam ni..
Balik je dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa main dengan kawan kawan kat kawasan rumah.. biasa lah lama tak jumpa kawan.. excited.. tetiba time lari lari tersungkur dan jatuh atas jalan.
Seluar koyak, lutut berdarah.. Daddy pujuk masuk mandi dan bersihkan luka.. mula mula tak perasan, tetiba Lara complain sakit tangan dan lengan mula bengkak..
Bawak pergi emergency, terus buat XRay.. 2 tulang patah.. 😥
Dalam perkongsian seterusnya, mereka juga memaklumkan sejurus pergi ke hospital, malam yang sama juga pembedahan selamat dijalankan selama 30 minit.
Emergency manipulation surgery was done the same night. Alhamdullillah, the surgery went well in just 30mins.
Doakan Lara cepat sembuh okay?
Bangun pagi rasa tangan berat, disimen 30 hari
Woke up the next day feeling confused.. ape benda berat kat tangan ni?
Tapi tangan dah tak sakit dah.. gonna rock this cast for 30 days..
Perkongsian itu mendapat perhatian dari pengikut Instagram Lara dan rata-rata mendoakannya cepat sembuh.
Sumber : Instagram Lara Alana
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
“Saya Tak Kisah Digelar ‘Ayu Cili Padi’.” Dulu Menyanyi, Kini Ayu Damit Teruja Jadi Pengusaha Cili. Sungguh Berinspirasi!

Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dahulu pengusaha ladang dikaitkan dengan orang tua, jarang kedengaran anak muda yang ingin menceburi bidang ini.
Ayu Damit atau dulu dikenali sebagai Ayu One In Million antara pengusaha muda yang kini sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang pertanian.
Penyanyi terkenal dengan lagu Hanya Di Mercu ini meneroka bidang baru sebagai pengusaha cili padi apabila membuka ladang di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.
Cili padi berasaskan fertigasi
Setelah dua tahun Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, 31, mengusahakan ladang milik mereka berkeluasan 1.4 hektar ini, ternyata membuahkan hasil yang lumayan.
Sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, ternyata satu pilihan yang bijak kerana menampakkan usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya yang pernah menanam nanas dan kelapa sebelum ini namun disebabkan banjir semuanya musnah.
Hasil lumayan
Menurut Ayu lagi, mereka memperoleh hasil cili sebanyak 80 hingga 100 kilogram sehari. Ada kalanya boleh mencecah sebanyak 436 kilo gram sehari. Semua hasil di bawah Ayu Damit Agro Farm ini dijual kepada para peniaga di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Harga di kebun bagi cili padi sekarang adalah sekitar RM12 sekilogram manakala di pasar antara RM16 dan RM17 sekilogram. Alhamdulillah, setelah dua tahun mengusahakan ladang cili padi, hasilnya sangat membanggakan kami sekeluarga. Terima kasih kepada suami yang berusaha gigih dan 100 peratus adalah hasil usahanya manakala saya hanya membantu sahaja.
Mengakui tidak mudah baginya untuk terjun ke dunia pertanian yang baharu dikenalinya, namun setiap ujian yang wujud ditempuh bersama suami dengan sabar dan yakin satu hari nanti ia akan membuahkan hasil lumayan.
“Menyanyi pun ada cabarannya. Undangan nyanyian ada pasang surutnya, malah adakala langsung tiada. Bila ada lagu baharu, kena turun promosi. Ia bukan satu kerja mudah.
“Begitu juga dengan bisnes ini, kami bermula dari bawah, Kami kutip ilmu mengenai penanaman. Ia sukar kerana kami bermula dengan kosong. Pernah alami kegagalan sebelum ini tapi kami tak putus asa. Alhamdulillah kini selain cili padi, kami juga mengusahakan timun dan juga terung.
“Disebabkan ia senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan, itulah yang membuatkan suami memilih untuk menanam cili padi,” jelas Ayu lagi yang turut mengembangkan bisnes tersebut dengan menghasilkan cili jeruk pula yang diberi nama Cili Jeruk Homemade by YUGI, singkatan nama Ayu dan suaminya.
“Cili jeruk misalnya memang ada pasaran sendiri. Jadi saya dan suami mengeluarkan cili padi jeruk kerana ia penambah selera dalam apa jua hidangan makanan. Cili jeruk ini mudah dibawa dan tidak mudah pecah atau rosak. Ramai pelanggan saya beli jeruk ini untuk bekalan mereka ke luar negara,” tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nasrul Haikal, 9, Sharifah Alya Aryana, 6, dan Syed Aqif Najmi, 4.
Mahu kembangkan bisnes
Memiliki dua pekerja tetap, Ayu dan suami juga turut mengupah penduduk Orang Asli di kawasan itu ketika musim menuai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan.
“Apabila tiba musim menuai kami akan upah penduduk Orang Asli di kawasan itu untuk memetik cili. Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.
“Sebenarnya kami sedang merancang mencari tanah kosong bagi memperluaskan lagi kawasan tanaman cili berserta sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar. “Insya-Allah jika diberi rezeki memang kami ingin kembangkan lagi kebun kami.
Tak kisah digelar ‘Ayu Cili Padi’
Biarpun ada yang menggelarnya Ayu Cili Padi, namun anak kelahiran Sabah ini tidak sedikit pun terasa hati.
“Ada juga orang panggil saya ‘Ayu Cili Padi’ tetapi saya tidak kisah pun kerana memang benar saya mengusahakan kebun cili padi. Walaupun bergelar artis, itu tidak bermakna saya tidak boleh menceburi bidang lain. Malah apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga.
“Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili.