Menanam kunyit bukan sekadar suka-suka malah hakikatnya ianya cukup praktikal. Tahukah anda, dengan adanya sepasu dua di laman rumah akan memudahkan bila ingin digunakan. Sama ada daunnya atau pun isi kunyit, kedua-duanya begitu sering digunakan ketika memasak pelbagai menu.
Jadi buat yang ingin mencuba menanam pokok kunyit, boleh mencuba cara yang dikongsikan ini.
Yang masih gagal tu bolehlah ikut cara saya ini. Setiap orang tak sama caranya. Mungkin ada percangahan pendapat. Jika rasa ianya bermanfaat bolehlah ikut cara saya ini… Keterangannya ada pada setiap gambar….
1. Guna tanah hitam/tanah bakar + pasir putih (3:1) dan sedikit tahi kambing.
2. Pilih kunyit yang dah ada mata tunas.
3. Letak kunyit di atas permukaan tanah dan timbus sedikit dengan tanah.
Ads
4. Letak pasu di tempat yang kena cahaya matahari50%
5. Siram jika perlu sahaja. Tanah jangan terlalu lembab nanti isi kunyit akan membusuk.
6. Pastikan tiada air bertakung di dalam pasu.
Ads
7. Setelah beberapa minggu, tunas anak-anak kunyit mula kelihatan.
8. Setelah anak kunyit berdaun 3@4 helai, dah boleh pindah ke pasu yang lebih besar ataupun terus tanam atas tanah.
9. Guna tanah campuran 3:2:1 (tanah: baja
kompos pasir) utk media tanaman dlm pasu baru.
Ads
10. Masa ini anak kunyit dah boleh letak ke tempat kena cahaya matahari sepenuhnya.
11. Penyiraman 2 kali sehari jika cuaca panas.
Seminggu sekali bagilah baja apa2 pun. Saya berselang seli bagi baja NPK 15:15:15, baja kopi, Ezigrow dan baja AB.
Isteri mana yang tidak bangga bila melihat suami tercinta menyarungkan jubah konvo di majlis konvokesyen. Ia simbolik seseorang itu telah berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan sekali gus bergelar graduan.
Mungkin itulah juga yang dirasai dan ingin dikongsikan oleh selebriti yang juga usahawan terkenal Neelofa apabila suaminya Haris Ismail menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) pada majlis konvokesyen yang berlangsung di International Islamic University Malaysia baru-baru ini.
Menerusi siaran langsung di Youtube @OfficialIIUM, jelas dapat dilihat Haris kelihatan tersenyum gembira sejurus nama disebut oleh pengacara majlis.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Teman suami
Manakala menerusi hantaran yang dimuat naik Neelofa dalam Instastory, pengacara program Next To Neelofa itu berkongsi saat manis ketika menemani dan meraikan kejayaan suami tercinta.
Menerusi rakaman video tersebut, jelas kedengaran suara sorokan ketika Haris berada di atas pentas.
Dalam pada itu, di kapsyen Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diperolehi Haris selepas penat bertungkus lumus.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Adakah anda pernah alami tubuh terasa lesu dan letih sedangkan tidak pula melakukan kerja-kerja berat sepanjang hari? Bahkan nak kata sebab tak cukup tidur, tidak juga. Ini memandangkan kelazimannya seawal jam 11 malam sudah pun lena dibuai mimpi.
Jadi apa usaha boleh dilakukan untuk ‘bebaskan’ diri anda dari masalah kelesuan ini ya?
Jika ada yang belum tahu, ada baiknya mencuba amalan ini untuk menyuntik tenaga berkekalan dalam tubuh sepertimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini.
Selamat mencuba dan semoga serasi.
Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat ‘energy booster’ dengan dua bahan sahaja
Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:
1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.
2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.
3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.
4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.
5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.
Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tu buh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.
Mungkin Ada antara ibu bapa yang menerima pujian atas kelakuan anak-anak yang baik dan tidak membuat perangai ketika dikhalayak ramai. Biasanya, respond ibu atau bapa lebih kepada membuka cerita perangai anak yang kurang baik, sekaligus membuka aib anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Aindzaya menerusi laman Twitternya berkongsi pengalaman sendiri apabila menerima pujian tentang kelakuan baik anaknya yang baru berusia 11 bulan ketika menziarahi sanak saudara pada hari raya lalu.
One the way balik office semalam, dalam kereta, “Sayang sy nak remind ni, kita remind each other. Kita ada buat silap dengan Dahlia dan saya tak nak kita teruskan habit ni. Lepas ni kalau orang puji Dahlia bagus, pandai dan behave. Kita jangan buka aib dia kat orang yang memuji.” pic.twitter.com/asYQn4MxjF
Menurut @aindzaya, anaknya dipuji berkelakuan baik, pandai, tidak tantrum seperti kebiasaan kanak-kanak.
Bagaimanapun, pujian tersebut dibalas sebaliknya sehingga tanpa sedar telah membuka aib anak terhadap orang luar.
Aku terdetik nak cakap pasal ni kerana sepanjang raya ni berjalan rumah sanak saudara ramai yang memuji Dahlia behave, pandai, bagus, tak tantrum, tak mengutip, matured tak macam 11 bulan.
Tapi dalam tak sedar terbuka aib Dahlia yang masih bayi ini, “eh!! mana ada! depan orang je! kat rumah ni merata mengutip, menjerit, menangis jerit kuat”
Orang kemain puji, aku pi buka aib dia. Ni kalau terbiasa sampai Dahlia dah besar panjang bila orang puji Dahlia, “bagusnya anak dara ni, sopan santun pandai basuh pinggan, menyantuni tetamu, memasak”
Aku mesti dah terbiasa, “eh mana ada! kat rumah ni sekali suruh sekali buat. Nakal, degil, tak dengar cakap macam adik dia, asyik tengok Neflix je. Depan orang je ni”
Sepatutnya, tanggungjawab ibu bapa adalah dengan melindungi anak, bukannya berbangga dengan kelemahannya.
MashaAllah. Maafkan mommy & daddy sayang. Kami lebih berhati hati menyusun kata kata lepas ni. Kalau Dahlia dah faham pasti terkilan apa yang didengarnya. Sedangkan itu aib dia.
Tanggungjawab kami untuk melindungi Dahlia bukan berbangga dengan kelemahan dia.
Aindzaya menambah, mungkin pujian yang diberikan itu menyebabkan ibu bapa merendah diri tetapi akan mengguriskan perasaan anak-anak sehingga boleh membuatkan mereka merasa tidak hargai.
“Apabila sentiasa diulang-ulang, ini menyebabkan mereka percaya anak hilang terhadap ibu bapa yang dianggap tak menghargai mereka.”
Ujarnya lagi, ibu bapa seharusnya berbangga apabila anak diberi pujian dan ajarkan mereka untuk mengucapkan terima kasih.
“Sekecil-kecil pujian adalah satu sokongan dan semangat kepada anak, lebih-lebih ia diberikan oleh ibu bapa.
“Anak lebih hormat ibu bapa apabila wujud kepercayaan kepada orang tuanya.
“Hari ini kita cakap baik pasal anak, apabila anak sudah besar anak pun akan cakap dan ingat perkara baik mengenai diri kita.”
Dia dalam pada itu turut berkongsi cara respon yang baik jika anak diberi pujian.