Menanam kunyit bukan sekadar suka-suka malah hakikatnya ianya cukup praktikal. Tahukah anda, dengan adanya sepasu dua di laman rumah akan memudahkan bila ingin digunakan. Sama ada daunnya atau pun isi kunyit, kedua-duanya begitu sering digunakan ketika memasak pelbagai menu.
Jadi buat yang ingin mencuba menanam pokok kunyit, boleh mencuba cara yang dikongsikan ini.
Yang masih gagal tu bolehlah ikut cara saya ini. Setiap orang tak sama caranya. Mungkin ada percangahan pendapat. Jika rasa ianya bermanfaat bolehlah ikut cara saya ini… Keterangannya ada pada setiap gambar….
1. Guna tanah hitam/tanah bakar + pasir putih (3:1) dan sedikit tahi kambing.
2. Pilih kunyit yang dah ada mata tunas.
3. Letak kunyit di atas permukaan tanah dan timbus sedikit dengan tanah.
Ads
4. Letak pasu di tempat yang kena cahaya matahari50%
5. Siram jika perlu sahaja. Tanah jangan terlalu lembab nanti isi kunyit akan membusuk.
6. Pastikan tiada air bertakung di dalam pasu.
Ads
7. Setelah beberapa minggu, tunas anak-anak kunyit mula kelihatan.
8. Setelah anak kunyit berdaun 3@4 helai, dah boleh pindah ke pasu yang lebih besar ataupun terus tanam atas tanah.
9. Guna tanah campuran 3:2:1 (tanah: baja
kompos pasir) utk media tanaman dlm pasu baru.
Ads
10. Masa ini anak kunyit dah boleh letak ke tempat kena cahaya matahari sepenuhnya.
11. Penyiraman 2 kali sehari jika cuaca panas.
Seminggu sekali bagilah baja apa2 pun. Saya berselang seli bagi baja NPK 15:15:15, baja kopi, Ezigrow dan baja AB.
Bertangas Guna Bahan Dapur, Mak-mak & Anak Dara Elok Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas sebenarnya elok diamalkan seawal remaja. Kaum wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja.
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas. Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim.
Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa syukur kerana anak bongsunya, William Daud Mckienzie telah menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada November tahun lalu. Sebagai seorang ibu, tiada yang lebih menggembirakan melihat anak sendiri yang sebelum ini menderita sakit semakin sembuh. Akui Lana, kesihatan anaknya yang mesra disapa Billy itu semakin baik.
Gambar: Ammar Kadir
“Syukur pada Ilahi, sebelum ini Allah SWT berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga. Alhamdulillah kini, Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut ulang tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah SWT dengan anugerah ini, anak saya semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberi saya dan suami peluang menjaganya. Terima kasih juga kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua,” ungkap Lana lagi dengan penuh rasa sebak.
Difahamkan, sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Gambar: Ammar Kadir
“Sekarang Billy tidak perlu major pembedahan cuma 6 bulan sekali dia perlu buat rawatan susulan untuk memantau jantungnya. Sekarang dia dah setahun, jadi harap kesihatan baik dan tiada sebarang komplikasi pada jantungnya kelak,” ujar Lana yang mendirikan rumah tangga dengan David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud pada tahun 2015.
Selain Billy, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata sulung bernama Gia Quinn Mckinzie.
Suami isteri sepakat didik anak Dalam pada itu, pelakon yang berusia 39 tahun itu turut meluahkan rasa syukur dengan apa yang mereka miliki sekarang dan berharap tahun baru yang bakal tiba ini lebih banyak rezeki yang diperoleh.
“Untuk tahun baru ini, saya dan suami akan berniaga selain mempunyai beberapa produk yang bakal dikeluarkan. Selain itu, kami juga akan perkembangkan produk ke hypermarket. Sebelum ini, saya ada cakap mahu ke Brunei sekarang baru set up pejabat dan akan datang rumah kami akan siap tak lama lagi.
“Antara saya dan suami, waktu pagi anak-anak lebih rapat dengan suami kerana dia bangun lebih awal. Dalam pukul 5-6 pagi dia akan bangun untuk bersenam. Waktu itu anak-anak pun turut sama bangun.
“Jadi suami akan ambil alih tanggung jawab untuk menguruskan mereka. Manakala waktu tengah hari dan makan, saya akan ambil alih. Kalau ditanya siapa lebih tegas dan garang pastinya mak lah yang lebih garang kan,” seloroh Lana lagi.
Terapkan budaya orang melayu Tidak mengabaikan budaya orang Melayu, akui Lana suaminya sendiri sudah selesa dengan budaya ini.
“Kalau diikutkan tak jauh beza budaya antara saya dan suami memandangkan ibunya orang Filipna. Jadi lebih kurang sama Cuma apabila suami duduk di Malaysia, dia faham, budaya Orang Melayu bagaimana dengan budaya di tempat dia. Cuma ada beberapa bab contohnya berbudi bahasa, bersopan dan banyak terikut budaya dari sana kerana suami sangat menitik beratkan benda-benda begini terutama dalam pendidikan anak-anak.
“Selain itu, saya juga terapkan budaya melayu seperti jangan pakai kasut dalam rumah, makan guna tangan dan sebagainya.Tetapi saya tak abaikan budaya dari pihak suami. Cuma lebih budaya Orang Melayu memandangkan suami sendiri dan selesa dengan budaya kita,” cerita Lana lagi.
Anak-anak jadi keutamaan Mengakui rindu untuk berlakon lagi, namun fokusnya kini lebih pada anak-anak dan juga produk keluarannya. “Kalau boleh masih nak aktif berlakon dan alhamdulillah jika ada tawaran. Selain itu kalau ada peluang jadi penerbit teringin juga cuma sekarang sibuk dengan produk dan bisnes. Dalam masa yang sama, keutamaan saya pastinya pada anak-anak dan suami. Tambahan lagi,saya lebih selesa menjaga anak-anak tanpa menggunakan khidmat pembantu rumah.
Gambar: Ammar Kadir
“Kalau berlakon memerlukan masa yang lama. Tetapi kalau ada skrip atau watak yang tak memerlukan masa yang panjang, saya akan terima. Dugaan dan rintangan yang dilalui sebelum ini telah membuka mata saya dan suami. Malah, saya rasa lebih bersyukur dengan apa yang kami miliki sekarang dan kerana itulah saya sanggup menjaga anak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Gambar: Ammar Kadir
“Cuma kalau soal kerjaya sebagai anak seni, saya tetap tak boleh tinggal kerana itu minat saya. Mungkin kalau ada peluang saya lebih kepada bidang pengacaraan seperti hos memasak dan sebagainya. Sebab itu saya kat rumah rajin memasak di rumah dan buat live. Memang rindu sangat-sangat nak masuk set untuk berlakon,” ungkap Lana tatkala ditanya mengenai kerjayanya dalam bidang lakonan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli ini rajin memuat naik perkongsian dan tip keibubapaan di laman instagramnya. Terbaru, Farah Lee memberi pesanan kepada individu tertentu.
Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira2 untuk invest dalam education dan well-being anak2, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak2 especially untuk masa depan dan ilmu mereka.
Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya. Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak2 untuk kita.
Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin.
Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar ‘bebelan’ pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.
Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya bercer4i pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.
Sembilan sekeluarga bakal tunai haji, doa bapa di Arafah termakbul. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.