Tanam Kunyit Dalam Plastik Sabun Cuci Pun Boleh Menjadi Isinya. Syarat Ibu Kena Buat Begini!

Share

Lain  orang lain petua yang diamalkan ketika menanam tanaman.  Contohnya dalam hal menanam kunyit ini.

Ini telah dikongsikan di media sosial dan semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang  ingin mencuba menanam kunyit untuk kegunaan sendiri.  Bahkan tentu teruja buat anda yang sering menanam pokok kunyit tapi sering isinya tak menjadi.

Jom semak perkongsian bermanfaat ini.


Cara mak tanam kunyit, tanam dalam plastik sabun. Bawah skali letak sabut, baru letak tanah… banyak jugak isinya dalam satu pokok. Tanah paras sejengkal tangan dan lebihkan satu inci. Senang bila nak ambil. Tak payah susah2 gali tanah.

Tips tambahan :

※ Selalu potong daun tua, tinggalkan daun muda.
※ seeloknya guna sabut yang tiada kulit.
※ elakkan air bertakung nnt isi kunyit membusuk.


※ kalau tanam guna rezom, cuma letak atas tanah sahaja..jgn timbus dgn tanah… dh naik daun baru letak tanah.


※ masa baru2 tanam, letak 3 biji baja tahi kambing.

※ isi kunyit matang 8 bulan, selain itu boleh lihat daunnya..kalau daun kering dan nak mati isi dh matang dan berbunga.. tp berbunga depent jugak.. better tunggu daun mati atau matang 8 bulan.

※ satu lagi petua, masa tanam, tindihkan jari2 anda atas satu sama lain…mcm dlm gambar, nak bagi isi dia banyak, mcm jari kita buat tu..

Selamat mencuba

sumber : Dikma Rim Ima Via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri.