
Jika anda baru sahaja ingin menanam pokok di laman rumah, menarik juga jika bermula dengan tanaman herba.
Selain sebagai mencuba hobi baharu, dapat juga dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri.
Antara banyak-banyak tanaman harba, mungkin menanam kucai boleh dicuba. Hasilnya nanti bolehlah dimasak.
Sebelum itu, hadam dulu perkongsian ini untuk memastikan pokok kucai yang ditanam dapat hidup subur. Jom semak.
Tips Tanam Kucai
Tanam melalui biji benih ambik masa yang lama, dari sehalus benang daunnya sehingga nk melebar, mengambil masa 7-8 bulan..
.
Cara senang dapatkan keratan ubinya, ramai yang jual online tak susah nak dapatkannya.
Selalu potong daunnya untuk mengelakkannya berbunga dan pupus. Pemotongan ini juga lebih menggalakkan kucai mengeluarkan daun baru yang lebih subur dan lebar.
Untuk kawalan perosak, tak de lah susah sangat kerana bau kucai serangga tak suka..
Pembajaan 3 kali seminggu, air 2 kali sehari.
.
Selalulah bersihkan daun-daun kering agar perdunya lebih cantik dan lebih subur! Tak pecaya, cubalah…
sumber : Lisa Yusuff
“Ketika Kecil, Dia Suka Luahkan Perasaannya Melalui Lukisan.” Rahsia Di Sebalik Arca Putrajaya, Rupanya Dilukis Remaja Autisme

Siapa sangka lukisan pada arca Putrajaya yang diletakkan di Dataran Putra selebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter itu dilukis seorang remaja autisme berusia 17 tahun, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri.
Lebih membanggakan, pemilihan lukisan itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lukisan berkenaan dipilih untuk diletakkan pada arca sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.

Jika dilihat secara dekat, lukisan yang memaparkan konsep struktur bangunan dan jambatan yang terkenal di Malaysia itu sebenarnya turut dihiasi dengan doodle wanita dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban serta Jalur Gemilang.
Ibu remaja berkenaan, Noorhashimah Mohamed Noordin, 58, berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) ada berjumpa dengan dirinya dan berminat untuk meletakkan lukisan anaknya pada arca.
Katanya, sudah tentu berita berkenaan memberi kegembiraan kepada dirinya sebagai ibu, malah turut berbangga dengan bakat dimiliki Wan Jamila.
View this post on InstagramA post shared by Wan Jamila Wan Shaiful Bahri (@artjamila) on
“Memang setiap kali tiba bulan kemerdekaan, saya akan meminta dia untuk melukis apa sahaja yang bertemakan kemerdekaan. Daripada pemilihan warna hinggalah corak, semuanya dibuat olehnya tanpa bantuan sesiapa.
“Untuk lukisan pada arca berkenaan, dia berjaya siapkan dalam tempoh sebulan setengah. Dia banyak habiskan masa dalam galeri miliknya dari pagi hingga malam untuk melukis,” katanya pada pertemuan dengan Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim.
View this post on InstagramA post shared by Wan Jamila Wan Shaiful Bahri (@artjamila) on
Bercerita lanjut mengenai anak keempatnya itu, Noorhashimah berkata, kemahiran melukis Wan Jamila dikesan sejak berusia empat tahun.
“Ketika kecil, dia suka meluahkan perasaannya melalui lukisan. Dia boleh melukis secara terperinci sesuatu kejadian itu walaupun hanya melihat sekali imbas,” katanya.
Anak keempat daripada lima beradik itu mengambil masa sebulan setengah untuk menyiapkan lukisan sebesar 152cm x 274.5cm sebelum dicetak semula untuk arca Putrajaya.
“Dia selalunya melukis dari pagi sampai malam, kadang-kadang lapan hingga 10 jam. Tetapi bergantung juga kalau dia ada acara (di luar) dia terpaksa berhenti (melukis),” katanya.
Wan Jamila mendapat pendidikan awal di sekolah rendah biasa sebelum diteruskan dengan pendidikan di rumah (homeschooling) dan terapi.
“Oleh kerana sejarah adalah subjek wajib, saya tidak rasa dia boleh membuat penilaian kritikal (critical view). Kalau matematik dan sains dia boleh buat, tetapi yang melibatkan susunan ayat dia tak boleh,” katanya.
Noorhashimah yang merupakan seorang bekas arkitek berkata beliau kini menguruskan galeri seni ‘artjamila’ yang terletak Seksyen 7, Shah Alam yang telah dibuka sejak anak istimewa itu berusia 14 tahun.
Menurut Noorhashimah, Wan Jamila pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Autism Star Artist pada National Autism Champion 2019 dan tempat ketiga di National Abilympics Painting Competition 2018.
“Dia juga dipilih sebagai impact art artist oleh sebuah organisasi berpengkalan di Switzerland kerana bagi mereka karya dia karya dia memberi impak.
“Salah satu kepakaran di melukis ikan, jadi organisasi itu berminat dengan lukisan tersebut dan minta dia melukis mengenai pencemaran laut dan mereka membeli lapan keping lukisan dengan tema itu,” jelasnya lagi.
Sumber : Harian Metro & artjamila
“Tawaran RM300 Ini Terbuka Kepada Semua”-Iman Troye Nak Bagi Hadiah Pada Yang Cemerlang SPM!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu bahkan rezeki juga tidak pernah salah alamat.
Bersempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, penyanyi Iman Troye ingin menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran.
Penyanyi kecil molek ini berkongsi berita tersebut menerusi hantaran terbarunya di Instagram miliknya.
Iman yang juga Duta Pusat Peningkatan Akademik (PTTI) dan pakar dalam membantu pelajar SPM berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI.
Buat Kolam Untuk Cucu Mandi Guna Tangki Air Terbuang, Kreatif Atok Ni!

“Orang buang Atok bawa balik. Keluar modal RM 400. Dapat satu kolam untuk cucu-cucu mandi. Buat kat belakang rumah malu nanti orang tengok tangki air buruk buat kolam.”
Melihat perkongsian ini rupanya bukan biasa-biasa usaha yang dilakukan oleh sorang datuk untuk cucunya ini.
Walau menggunakan tangki terbuang namun dengan sentuhan kreatif, datuk ini berjaya hasilkan kolam mandi yang hebat dan wow untuk cucu-cucunya mandi manda bersama.
Ingin tahu kisahnya lagi, jom baca perkongsian daripada empunya diri, Encik Omar Senin atau mesra membahasakan dirinya atok.
Inilah rupa tangki air yang dibuang orang.
Step 1 : Meratakan tanah.
Step 2 : Dah letakkan tangki
Step 3 : Buat ladybird untuk kolam.
step 4 : Kolam siap dihias.
Atok pun turut mandi bersama cucu-cucunya.
sumber : Omar Senin