Tanam Kucai Guna Bekas Polistrin. Tak Perlu Modal, Begini Caranya!

Share

Sekiranya ada di antara kita yang ingin menanam pokok kucai, namun tiada pula kawasan tanah tentu menanam di dalam bekas seperti pasu menjadi pilihan terbaik.

Pun begitu, jika pasu yang ingin digunakan tentu memerlukan kos untuk membelinya. Namun ada cara yang lebih murah dan mudah malah boleh juga diperolehi secara percuma.

Bagaimana dan apakah caranya, jom kita semak perkongsian daripada saudara Ramli Ahmad ini.

CARA MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN (juga sayuran lain).

Teringin untuk berkongsi (benih kucai saya beri percuma – jariah bulan Nov-Dis 2019).


Kali ini saya akan berkongsi cara menanam kucai dalam kotak polistrin.

KELEBIHAN KOTAK POLISTRIN
Menanam kucai atau sayuran lain dalam kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan.

1. Ianya sangat murah, malah boleh dapat percuma.

2. Tahan lama

3.Selamat, ringan & senang diuruskan penjagaannya.

DI MANA BOLEH DAPAT?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yang menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang.

Pilih kotak yang masih elok & saiz yang sesuai. Kotak yang baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yang besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yang free, banyak dipasar borong, pilih sahaja mana yang mahu.

TEBUK LUBANG


Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dengan saiz sekitar 3cmx5cm.

MENGISI MEDIA TANAMAN.
Letakkan kotak ditempat yang sesuai yang telah dikenalpasti terlebih dahulu.

Kucai perlukan cahaya matahari yang banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti dan mungkin susah untuk dipindahkan.

Masukkan media tanaman yang subur dalam kotak hingga hampir memenuhi kotak.

Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos & baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira-kira 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa2 sayuran.

Selamat menanam kucai, dan juga sayuran lain.

Boleh baca di sini : Tanam Bawang Ada Sesuatu Kena Buat, Barulah Lebat & Sarat Isinya!

Sumber : Ramli Ahmad via Kebun Sayur, Bunga-bunga Dan Buah-buahan