Berkebun sayur di laman rumah jika keluasan tanah terhad, ada baiknya menggunakan polistren untuk dijadikan sebagai bekas untuk bercucuk tanam. Cara ini tidak memerlukan kos yang mahal berbanding menggunakan pasu atau sebagainya.
Hal ini dikongsikan oleh Abdul Sapawi Abdullah tentang bagaimana menanam kucai menggunakan polistren yang lebih menjimatkan. Ini perkongsiannya.
TIPS JIMAT : Menanam Daun Kucai Dalam Kotak Polystyrene Terpakai.
Hari ni saya nak kongsikan bagaimana menanam daun kucai dengan kotak polystyrene terpakai.
Sedia maklum kotak ini memang dibuang sahaja dan bagi yang nampak kegunaannya tidak dibiarkan malah ada kegunaan untuk menanam sayuran lebih-lebih lagi daun kucai.
Bagaimana nak guna kotak ini? Ikut cara saya iaitu:
.
1. Mulanya sediakan benih kucai, bekas polystyrene terpakai, tanah merah atau lebih dikenali (Top Soil), tanah yang digaul bersama cocopeat (sabut kelapa) dan baja kompos/tahi ayam/baja bakar dengan nisbah 3:2:1
2. Potong 1/4 kotak dan tinggal 3/4 kotak sahaja.
.
3. Tebuk lubang sederhana kecil di dasar kotak, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.
4. Tanah merah hanya 1 inci di dasar kotak dan kemudian masuk tanah campuran.
.
5. Semai benih kucai/umbi isi dengan jarak 1 jengkal Di dalam tapak semaian.
.
6. Siram 2 kali sehari pagi dan petang. Benih kucai akan hidup 2 minggu kemudian dan potong bahagian daun sahaja. Sebulan selepas itu benih akan membiak dan ambil umbi isi 1-2 untuk ditanam di kotak polystyrene yang lain.
Semoga iannya bermanfaat!
.
NOTA : Daun kucai yang mula ditanam hanya 1 kotak sahaja dan lihatlah berapa banyak sudah membiak? Sangat-sangat mudah, murah dan meriah!
sumber : Abdul Sapawi Abdullah