Kucai selain menjadi bahan dalam masakan dan pelengkap pada hidangan mee goreng, cucur udang dan sebagainya, diakui kucai juga banyak khasiatnya.
Jadi adalah lebih baik jika ditanam dilaman sendiri untuk mudah diambil bila ingin digunakan.
Nak tahu lanjut cara menanamnya agar ceoat besar dan daunnya menegak ke atas, bolehlah mencuba teknik yang dikongsikan oleh pesara guru ini. Selamat mencuba.
Saya ni cikgu sains pencen. Tak taulah nak guna kat mana ilmu. Masa kat sekolah dulu selalu buat inovasi & murid2 jadi`mangsa’ . Sekarang ni pokok pulak jadi mangsa.
Lepas kucai dipotong satu cara nak bagi kucai tumbuh cepat dan tegak ke atas untuk pemulaannya, kita sungkup dengan bekas yang tak boleh di tembusi cahaya & buat beberapa lubang kecil sebelah atas.
Ads
Dengan cara ini kita bagi tekanan pada pokok untuk cepat tinggi sebab rasmi pokok akan cari cahaya.
Ads
Boleh juga guna cara ni untuk menyemai pokok. Bila mula keluar daun boleh tutup dgn syarat jangan terlalu lama sangat. Cukuplah 2@3 hari
Untuk pokok kucai saya 4 @ 5 hari saya buka. Kalau lubang terlalu kecil, pokok akan nampak kekuningan.
Ads
Jangan risau sabab bila kita buka sungkup tersebut daun secara lumrahnya akan menjalankan tugasnya dan sehari kemudian pokok kembali hijau.
Sumber : Ummi Ain
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sebut je peria pasti ramai yang membayangkan rasanya yang pahit. Tapi sebenarnya pahit itu ubat.
Nak hilangkan rasa pahit tak susah mana pun. Jom cuba buat Peria Goreng Crispy ni. Simple je tapi memang sedap, crunchy dan pedas-pedas tepung tu membuatkan satu keluarga menyukainya. Jom cuba resipi yang dikongsikan Sheena Supramaniam
Hi semua… apa khabar…
Hari ni sy nk share recipe simple n sedap.
Peria goreng crispy.
Kalau ikut cara yg betul mesti blh dpt crispy2 gitu…
Resepi ada kat caption setiap gambar ye.
#sheenasupraskitchen #theangelskitchen
Cara membuat:
1. Peria katak potong nipis2. Cuci n Rendam dlm air garam selama 20min. Then bilas sekali lg 2. Masukkan garam n kacau sebati 3. 1½ sk s.kunyit
1½ sb s.cili
2sk s.lada putih
1½sb jintan manis tumbuk kasar
Kacau sebati 4. Biarkan selama 30min 5. 2sb t.jagung
2sb t.beras
Kacau sebati 6. Dah ready nk goreng… 7. Minyak kena banyak ye. Set api kecil dan tunggu minyak betul2 panas. Apabila minyak dah betul2 panas. Naikkan ke api sederhana atau sederhana besar dan boleh mula goreng. Ikut tips baru boleh dapat peria betul2 crispy dan tahan lama.
.
8. Siap… tunggu sejuk baru masukkan dlm bekas kedap udara ye. Rangup sampai ke mlm… Suam2 pun x blh… nnti lemau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
SHAH ALAM – Pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.
Perkara itu disuarakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.
Maszlee berkata, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.
“Ini harapan daripada ibu bapa terutama ibu…bapa tak kisah sangat.
“Bermula tahun depan, kita akan pakai kasut hitam di sekolah,” katanya.
Pengumuman ini pastinya ramai membuatkan ibu-ibu tersenyum lega dan tidak kurang juga sebahagiannya ada rasa tidak seronok.
Jika dilihat senangnya, mungkin tiada lagi rutin mencuci dan mengkapur kasut pada setiap hari Sabtu. Selain itu, tidak ada lagi bebelan ibu-ibu ketika anak balik sekolah pada hari Isnin bila lihat kasut sekolah anak dah rupa ‘belacan’ sedangkan baru sekali pakai.
Walau apa pun perasaannya, pastinya kita sebagai ibu tetap mahu anak-anak kita melangkah ke sekolah dengan kasut yang bersih dan hitam berkilat. Bukannya kasut sekolah yang berdebu, hapak dan kusam dek kerana tidak dijaga rapi.
Ayuh ketahui tips kilatkan kasut tanpa menggunakan kiwi kasut terlebih dahulu sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Jom semak perkongsian Siti Noraliyah Watman di akaun fbnya.
TIPS KILATKAN KASUT HITAM TANPA MENGGUNAKAN PENGILAT KASUT
Hari ni nak share dengan korang tips untuk kilatkan kasut tanpa kiwi kasut.
Haaa, mesti korang tertanya tanya kan pakai apa? Bahan utama dia senang je nak dapat. Iaitu ubat gigi. So mana yang tiba tiba kiwi kasut habis tu, boleh la guna cara mudah ni.
Caranya :
Ambil beberapa keping kapas muka. Kalau takde kapas, pakai tuala goodmorning pun boleh.
2. Picitkan sedikit ubat gigi ke kapas atau tuala. Kemudian, gosokkan ke permukaan kasut. Gosok rata sehingga kasut nampak kemas berkilat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian rumah terbuka nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.