Tanam Kucai Ada Cara Nak Bagi Cepat Membiak. Barulah Banyak Hasilnya!

Share

Seronok juga menanam kucai ini bila tahu trik dan rahsia nak bagi cepat membiak. Dapatlah nanti hasilkan jumlah tuaian yang banyak.

Jadi buat anda yang belum tahu apa rahsianya, bolehlah baca perkongsian daripada Yuziyana  Yusop.

Baja organik paling dia suka baja kopi, baja soya, baja taik ayam, baja taik kambing dan air beras. Kekerapan baja-10~14 hari sekali.

Baja kimia juga boleh (tapi saya tak syorkan sangat ya..)
– NPK 15.15.15/16.16.16, Baja AB, Baja urea.
Tapi jangan guna bancuhan yang terlalu kuat.

Tanah paling sesuai-tanah hitam berpasir, tanah kompos, tanah organik, tanah sawit atau apa-apa tanah yang poros dan subur.

Tanah paling tak sesuai untuk kucai- Topsoil (tanah merah) atau apa-apa tanah yang keras.

Cuaca
Full matahari dari pagi sampai petang.
Separa teduh jika musim terlalu panas.
*Elakkan dedahan cahaya lampu pada waktu malam. Cahaya lampu menyebabkan pokok stress dan akan keluar bunga. Kucai berbunga selalunya lebih kurus. Tapi kalau kerap tuai, tiada masalah sangat.

Siram 2x sehari dah memadai. Musim panas, 3x sehari.

Kekerapan tuai 2minggu sekali. Tapi kalau musim kemarau boleh terlajak 3 minggu sekali sebab kucai lambat membesar kalau musim kemarau.

Kucai perlu kerap dituai untuk elak dari keluar bunga. Bunga menyebabkan kucai kurus dan lama-lama akan mati.

Penyakit-Kulat, reput ubi. Tapi jarang-jarang sangat nak jadi.

Serangan serangga –hampir tiada serangan serangga. Kalau ada pun, ulat daun -itu pun jarang-jarang nak kena.

Cara nak bagi kucai cepat membiak
Letak tempat teduh. Kucai akan jadi halus tapi banyak keluar anak.

Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/Polibag lain. Kucai yang terdedah tempat panas lebih gemok tapi lambat sikit membiak.

Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daun halus je. Alihkan semula ke tempat panas jika nakkan kucai yang gemok-gemok.

*Fertigasi kucai-medium sabut/sabut+sekam bakar/sekam Bakar
~Wajib guna baja AB baru jadi.. 1.5ec dah memadai.. Kekerapan baja 3x seminggu. Kelebihan tanam cara ni daun lebih gemok dan panjang.

Kekurangan tanam cara ni~akar cepat penuh dan kena bongkar tanam semula. Kalau dibiarkan, kucai cepat berbunga dan akan mula kurus dan pupus.

Sumber : Yuziyana Yusop 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club