Ada benarnya menanam pokok kesum sering sahaja menyebabkan pengalaman yang tidak seronok buat mereka yang ingin mencuba bercucuk taman di laman rumah. Maklumlah bukan senang rupanya nak pastikan kesum yang ditanam dapat hidup subur.
Namun bila tengok orang lain tanam kesum, bukan main lebat dan menghijau daunnya. Ini memang menimbulkan perasaan geram yang tiada berpenghujung.
Untuk itu, jangan dipendam perasaan geram terlalu lama. Ayuh ikuti perkongsian daripada Wan Mohd Naziran di page Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara untuk menanam daun kesum yang dipraktikkan mengikut petua menanam kesum oleh Cikgu Nur Kama . Apa yang pasti, ibu-ibu akan dapat lihat semaian kesum hidup subur selepas 13 jam.
Ini perkongsiannya
Ads
Petua Menanam
——————
1. Cari bekas yg boleh menakung air..apa2 bekas pun boleh
2. Isi tanah separuh penuh
3. Penuhkan bekas dgn air…kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum
4. Ambil bahagian pucuk kesum dgn 5 6 helai daun…top part of the plant
5. Cucuk kesum tu ke tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu…guna apa2 baja pun…larutkan dlm air
Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Ads
Mula semai petang semalam dalam pukul 5pmJam 10pm…5 jam selepas semaianJam 8am….13 jam selepas semaian
sumber : Wan Mohd Naziran Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Setiap kali memuat naik video atau gambar di laman instagram mereka, pasti akan mendapat respond darii netizen. Terbaru, Ozlynn memuat naik satu video anak perempuan mereka , Chantiq yang lengkap memakai telekung sedang berdoa.
“Mane x cair kalau tgk anak mcm nih… tp japp.. dia doa apoooooo?? Sume g pasar pon masok..??? anak bertuah betul la kamu nih chantiq!!,’tulis Ozlynn menerusi kapsyennya.
Video yang berdurasi lebih kurang satu minit memaparkan pelbagai doa disebut oleh Chantiq termasuklah tidak boleh bergaduh dengan abangnya, jangan melawan selain turut menyebut hal membeli barang dapur.
Gelagat Chantiq itu membuatkan netizen terhibur dan tak kurang yang mengatakan anak Johan dan Ozlynn itu sangat bijak.
marhusna__ Alahai..bijaknya Chantiq bertuah johan n zlyn ..Comey awak Chantiq antie geram sangt
zulfariza Doa ni berbentuk nasihat..shommeell chantiq..sechantiq budi pekertinya.inshaallah @jozlynnhanania
naziahghafur Subhanallah comelnya chantiq! Tp auntie is confuse, chantiq baca doa ke baca senarai apa chantiq kena buat ? semoga membesar menjadi anak solehah dan maintain chantiq ?
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Pasti setiap tahun akan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Dalam kegawatan ekonomi dan masalah pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang, semua orang terkena tempias. Juasteru pelbagai cara dilakukan untuk bekerja demi mencari rezeki yang halal.
Tak kira usia, bahkan ada yang sudah melebihi separuh abad namun masih berusaha keras mencari rezeki yang halal. Itulah situasi yang dikongsikan oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter . Baru-baru ini dia bertemu dengan seorang warga emas sedang menjual di tepi jalan di Jitra, Kedah.
Dengan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.
Bukan tak nak buat sendiri lepat pisang, tapi beli dekat Pak Cik ni macam best jugak😄
Lebih memilukan, pak cik tersebut terpaksa berbuat demikian demi mencari duit untuk melakukan pembedahan mata supaya penglihatannya lebih jelas akibat masalah kencing manis.
Kata Nuriylia, jumlah pembedahan menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya dapat mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa.
Pak cik cakap dia nak buat operation mata. Mata tak nampak sebab kencing manis. Total 3k. Sekarang baru ada ratus ratus.
Yang area Jitra boleh la pi beli lepat pisang, pulut udang & tepung bungkus dekat Pak cik ni. MEMANG SEDAP💕
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki tanpa meminta-minta. Bukan itu sahaja, ada yang pernah membeli memuji akan kesedapan kuih yang dijual.
Pakcik nie org kampung i.. dekat sangat umah i dngn dea🥺.. semoga murah rezeki pakcik nie..
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...