Bercerita tentang apa tujuan ramai antara kita menanam pokok kunyit,cili,kesum dan sebagainya di laman rumah, rasanya semua tahu.
Selain kerana hobi, ada juga antara kita menanam sebatang dua pokok-pokok tersebut untuk mudah digunakan ketika menyediakan masakan untuk keluarga. Boleh terus petik dan masak.
Pun begitu, tidak dinafikan pokok yang ditanam perlu penjagaan untuk pastikan hidup subur.
Perkara paling asas, perlu disiram setiap hari dan ini yang selalunya gagal dilakukan apatah lagi jika sering sibuk dengan urusan lain.
Jika kerap tidak disiram, bimbang juga akan mati pokok yang ditanam.
Tapi usah bimbang, perkongsian daripada seorang ibu yang menunjukkan teknik self watering untuk tanam pokok kesum ini bolehlah dicuba. Tak perlu siram hari-hari tapi tanaman tetap hidup subur.
Jom semak perkongsiannya itu.
Ads
“Mak guna kaedah self watering. After years tanam pokok kesum manjang mati, This is the kaedah yang paling serasi sebab tayah nak siram hari-hari dan senang nak maintain.
“Pokok apa pun boleh guna kaedah self watering.Akak recycle je bekas minyak/botol mineral.”-Liyana Sulaiman
Langkah-langkahnya:
1. Potong dua, bahagian atas tu tayah tinggi sangat, lebihkan bahagian bawah sebab nak isi air.
Ads
2. Pastu cat/spray. Ni optional je, tapi recommeded sebab kalau tak spray, possibility untuk alga/lumut hidup banyak.
Nantk rugi air baja sebab alga/lumut akan “makan” air baja, pokok tak dapat khasiat/baja.
3. Pastu, sumbat la hujung botol tu dengan span filter aquarium.Kalau takde, guna je kain perca/mop lama.
4. Letak medium.
Akak pakai cocopeat (sabut kelapa).
Beli kat nusery. Seguni dalam 15 kalau tak salah akak.Survey around, boleh dapat cheaper.
Ads
5. Pastu korang semai la pokok/benih.
6. Untuk baja, akak guna baja AB.
Boleh search FB, few seller ada jual.Akak cuma tambah air baja seminggu sekali.
Kaedah ni sesuai sangat la untuk orang yang rajin tapi malas macam akak.Lepas ni nak cari benih sayur pulak.
Sumber : Liyana Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah murid tahun satu yang hadir orentasi bersama ibu bapanya yang cacat penglihatan ternyata menjentik emosi netizen. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan terharu dengan keprihatinan anak kecil itu. Dalam usianya yang baru memasuki 7 tahun, dia sudah matang dan mampu berdikari memandangkan ibu bapanya tidak boleh melihat.
Terbaru menerusi Harian Metro, kisah adik Nur Khairunnisa dimuat naik kembali. Dia yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun membantu ibu bapanya menggunakan pengangkutan awam atau menempah perkhidmatan e-hailing.
“NUR Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami,” kata Nur Suhaida Norwi, 30, ibu kepada murid Tahun Satu, Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi tular di laman sosial.
Gelagat anak kecil itu menunjukkan padang, kelas, kantin dan persekitaran sekolah ketika minggu orientasi kepada ibu bapanya yang cacat penglihatan menyentuh hati warganet yang beranggapan murid Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur, seolah-olah dewasa sebelum usia.
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ ibu dan bapanya terutama untuk bergerak ke mana-mana.
“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya kepada Harian Metro.
Bagi Mohammad Haizir Zakaria, 36, Nur Khairunnisa yang sudah mengenal huruf ketika usia lima tahun antara yang diharapkan untuk menaiki pengangkutan awam dan menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak.
“Anak ini tahu kami tidak nampak tetapi tetap juga mahu menjaga kami, paling meruntun jiwa cita-citanya untuk membeli kereta besar dan bawa kami berjalan-jalan.
“Saya faham kenapa anak bercita-cita mahu membeli kereta, mungkin dia nampak kepayahan untuk kami bergerak,” katanya yang cacat penglihatan sejak kecil.
sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
“Bulan lalu, kami sekeluarga ke Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga di sana.
“Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khairunnisa tahu apa yang perlu dilakukan, dia segera ke kaunter tiket bertanyakan apa perlu dilakukan kerana kami buta. Dia memang peramah dan bertanggungjawab walaupun masih muda,” katanya.
Mohammad Haizir berkata, setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.
Sementara itu, guru kelas Nur Khairunnisa, Amira Nadwa Mohd Nasir, 28, berkata, dia tersentuh hati melihat anak muridnya yang begitu kuat dan bertanggungjawab walaupun baru berusia tujuh tahun.
“Jatuh air mata saya melihat seorang anak kecil, memimpin ibu bapanya yang tidak dapat melihat ke orientasi Tahun Satu pada 31 Disember lalu ketika hari pertama ke sekolah.
“Dia sendiri menulis nombor telefon ibu bapanya walaupun baru bertatih dan terbalik menulis, kuatnya dia walaupun terpaksa berdikari dalam usia terlalu muda,” katanya ketika dihubungi.
Amira Nadwa berkata, selesai orientasi, Khairunnisa memimpin ibu bapanya untuk menunjukkan kelas, padang dan kantin seolah-olah mereka dapat melihat.
“Masih terbayang di mata saya Khairunnisa menunjukkan ‘mak, sini kantin, ini padang sekolah’.
“Selepas orientasi, saya bersembang buat pertama kali dengan ibu bapanya ketika hari pendaftaran pertama sekolah.
“Masih terkesan ayat ibunya kepada saya apabila mengandaikan Khairunnisa adalah mata dan tongkat suami isteri berkenaan.
“Sememangnya murid ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua walaupun masih kecil tetapi mempunyai jiwa besar, mampu memimpin ibu bapanya ke mana saja mereka pergi,” katanya.
Baiknya Hati ‘Cleaner’ Ni! Tak Ada Kereta, Wakaf 2 Mesin Dialisis, Raih Perhatian Ramai
Seorang Mukmin yang ingin menjadi baik iaitu menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain dan menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT pastinya tahu akan perkara yang boleh membina kebaikan dalam diri seseorang manusia.
Ramai manusia yang ingin menjadi baik, tetapi tidak dapat membina kebaikan diri kerana tidak tahu akan formula untuk menjadi insan yang benar-benar baik pada pandangan Allah SWT dan baik dalam kalangan manusia.
Namun jika kita yang pilih untuk menjadi baik dan bermanfaat kepada orang lain tidak perlu kaya atau hartawan.
Sebagaimana perkongsian ini menarik perhatian ramai apabila seorang ‘cleaner’ sanggup mewakafkan mesin dialisis. Tidak berkira, biarpun hidup seadanya. Tetapi sanggup korban harta untuk memberi manfaat kepada insan yang memerlukan pertolongan. Baiknya hati insan ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang ‘orang’ berhati mulia. Jual tanah untuk wakaf 2 mesin dialisis. Saya panggil dia Kali.Nama penuh Kalipulizan. Dia pelanggan saya.Dia kerja cleaner kat Pusat Dialisis.
Dia tak dak kereta. Dia ada motor pi kerja, motor pi kedai dan motor makan angin. Tahun lepas dia lantik saya jual tanah dia.
Saya dah jual. Saya tanya, ‘Nak buat apa duit jual tanah?’. Dia kata nak buat belanja. Dia juga nak beli mesin dialisis 2 biji, nak wakaf kat Pusat Dialisis yang dia kerja cleaner.
Hari ni Kali hantar gambar mesin dialisis. 2 biji. Saya tanya, ‘Berapa kos 2 biji mesin dialisis yang dia wakaf?’ Lapan puluh ribu.
Kali masih kerja cleaner kat Pusat Dialisis yang dia wakaf 2 biji mesin yang berharga lapan puluh ribu ringgit.
Ada orang kata perabot antik, vintaj, ‘rera’ mahu pun klasik seperti gerobok lauk ini, mempunyai nilai sentimental buat yang pernah memiliki perabot tersebut. Maka tidak hairanlah selagi elok akan digunakan dan dipelihara selagi mampu.
Pun begitu melalui perkongsian kisah daripada Alied Wahab di dalam group Tukang Apa Hari Ini, siapa sangka gerobok ikan tersebut ada yang telah membuangnya dan diambil olehnya untuk dibaik pulih secara DIY.
Apa yang lebih mengujakan selepas dilakukan transformasi gerobok tersebut yang awalnya terlihat usang dan buruk, bertukar menjadi lebih elegan dan eksklusif. Sekali gus membuatkan ramai terpesona dan teruja.
Ujarnya yang menyifatkan penemuan perabot itu sebagai rezeki berkata,”Bermula pkp 3.0, tejumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. ‘Ini harta karun ni’. Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi”
Langkah demi langkah :
1. Buangkan jaring hijau, bersihkan sawang dan kekotoran yang ada.
2. Letak filler untuk tutup aib yang ada.
3. Kesat permukaan gerobok dengan kertas pasir bagi halus.
4. Buat para rak dalam almari.
5. Cat dengan warna hitam mati (timber shade)
6. Bahagian bawah kaki almari saya ada potong sikit selepas diganti dengan furniture rubber leg yang dibeli di Shopee.
7. Pemegang pintu (furniture handle) juga beli di Shopee.
8. Shelf di dalam dibeli di kedai hardware. Diperbuat dari kayu dan berharga RM45 sepapan. Panjangnya 12 kaki. Gerobok ini memerlukan dua papan sebegini.
9. Cermin akan dibeli kemudian memandangkan kedai cermin ditutup semasa PKP.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.