Tanam Kesum Selepas 13 Jam Sudah Nampak Hidup Subur. Syaratkan Ibu Buat Cara Ni, Memang Berhasil!

Share

Menanam pokok kesum kadang-kadang menimbulkan masalah di hati ibu-ibu yang suka berkebun di laman rumah untuk memenuhi aktiviti di hujung minggu. Apatah lagi setiap kali dicuba untuk menanam kesum, tiap kali itu juga gagal.

Kalau hidup pun tidak segar bugar. Bila tengok orang lain tanam kesum, bukan main lebat dan menghijau daunnya. Ini memang menimbulkan perasaan geram yang tiada penghujung.

Untuk itu, jangan dipendam perasaan geram terlalu lama. Ayuh ikuti perkongsian daripada Wan Mohd Naziran di page Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara untuk menanam daun kesum yang dipraktikkan mengikut petua menanam kesum oleh Cikgu Nur Kama . Apa yang pasti, ibu-ibu akan dapat lihat semaian kesum hidup subur selepas 13 jam.

Ini perkongsiannya

Petua Menanam
——————
1. Cari bekas yg boleh menakung air..apa2 bekas pun boleh
2. Isi tanah separuh penuh
3. Penuhkan bekas dgn air…kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum
4. Ambil bahagian pucuk kesum dgn 5 6 helai daun…top part of the plant
5. Cucuk kesum tu ke tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu…guna apa2 baja pun…larutkan dlm air

Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam

Mula semai petang semalam dalam pukul 5pm
Jam 10pm…5 jam selepas semaian
Jam 8am….13 jam selepas semaian

sumber : Wan Mohd Naziran Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri