Buat keluarga penggemar menu laksa mahu pun masakan asam pedas, dirasakan perlu kiranya menanam sepasu dua pokok kesum. Bukan apa, andai teringin menyediakan menu tersebut, mudahlah kiranya dipetik segar daripada hasil tanaman di laman rumah.
Pun begitu selalu juga kita mendengar orang mengeluh bab menanam kesum ini. Katanya bukan senang, apatah lagi kalau jenis ‘tangan panas’ memang tidak pernah berhasil usaha menanam dilakukan.
Pun begitu, usah putus asa apa kata ikut teknik tanaman yang dikongsikan oleh Euis Maemunah ini, katanya hanya ada satu syarat sahaja nak pastikan tanaman kesum ini dapat hidup subur. Jom semak perkonsiannya itu.
Hari ni nak kongsi cara tanam kesum yang paling mudah, dan Insya Allah hidup. Syarat utama guna keratan batang yang fresh. Jadi tiada istilah tangan panas untuk tanam pokok, bila tau ilmunya.
Ok, ini adalah media tanam. Saya guna tanah nursery biasa dan digaul lagi dengan cocopeat 1:1. 1 kampit tanah nursery dan 1 kampit cocopeat. Tambah lagi sedikit baja tahi ayam. Siram bagi basah.
Potong bahagian pucuk kesum ±4-5 inchi.
Buang daun bahagian bawah. Tinggalkan beberapa helai daun saja.
Semai dalam pasu. Buat banyak sikit.
Ini adalah setelah 3 hari ditanam. Daun akan menguning. Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Jangan pandai-pandai nak buang pula.
Setelah 6 hari.
Setelah sebulan lebih. Dah boleh ambil atau bila tak guna, potong dan semai lain.