Kalau ikutkan banyak sahaja jenis tanaman yang boleh kita tanam untuk dijadikan bahan-bahan dalam masakan dan salah satunya yang sering ingin dicuba untuk ditanama laman rumah adalah pokok kesum.

Daunnya bukan sahaja jadi pelengkap untuk menyediakan menu kuah laksa mahu pun asam pedas, malah enak jika dijadikan ramuan untuk menyedapkan rasa kerabu atau sebagainya.

Jadi bagi yang telah mencuba menanam pokok kesum ini namun usaha belum berjaya, apa kata gunakan teknik  yang dikongsikan oleh Johari Alfa. Menurutnya menanam dengan kaedah ini, kebarangkalian untuk pokok kesum hidup adalah 99.9%.

Tanam Kesum Guna Teknik Ni. Kalau Balik Kampung Berhari-hari Pun, Pokok Kekal Segar!

 

Ni abam payung teknik paling simple tanam kesum. Success rate 99.9%. Kalau tak hidup juga…PTA (please try again)

IKLAN

Gambar abam dah lampirkan siap-siap kat bawah ni. Korang follow je step by step.

Tanam Kesum Guna Teknik Ni. Kalau Balik Kampung Berhari-hari Pun, Pokok Kekal Segar!

Langkah 1

IKLAN

Ambil botol minyak masak dan potong 2. pastikan korang potong betul-betul tengah dan cuci dengan sabun untuk hilangkan kesan minyak.
Lepastu potong di hujung botol macam anak panah dalam 6 side. Kena potong untuk memudahkan sambungan botol nanti.

Langkah 2

Korang penuhkan tanah dalam botol macam dalam gambar. Tanah mana-mana jenis pun ok. Tanah 8 in 1 dari nurseri terbaik sebab siap baja kompos. Lepastu cucuk PUCUK kesum yang korang baru beli kat pasar tani berukuran dalam 10cm @ setengah jengkal dalam tanah tu.

IKLAN

Langkah 3

Gabungkan kedua botol tadi macam dalam gambar di bawah. Siram air bagi penuh dan tinggalkan seminggu. Jangan tengok hari-hari, nanti kesum malu nak tumbuh. Lepas dah tumbuh dengan jayanya, korang boleh la letak baja. Macam abam selesa guna baja kopi beli kat pasar tani. Kalau nampak kesum meninggi je sebab korang tak guna, korang kerat dan cucuk dalam tanah lagi. Biar banyak lagi pucuk baru tumbuh.

Ok, siap dah tanam kesum. Lepas ni takda alasan nak buat asam pedas ikan Mayong sebab daun kesum takda. Nak balik kampung cuti seminggu pun tak risau, cuma pastikan air penuh dalam pasu sebelum tinggalkan.

sumber: Johari Alfa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI