Lain padang lain belalangnya, lain orang lain pula caranya. Hal yang sama juga dalam bab menanam kesum. Siapa sangka banyak juga teknik dan cara yang digunakan untuk memastikan tanaman yang ditanam dapat hidup subur.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

Saya share cara tanam pokok kesum kepada sesiapa yang selalu kata gagal untuk menanam nya…

1. Beli kesum berbatang keras dan berdaun lebar
2. Tinggalkan 1,2 daun sahaja yg lain boleh gunakan utk dimasak
3. Rendam batang kesum dlm air sehingga keluar akar, biasanya dalam 4 – 5 hari
Tanam Kesum Ada Banyak Teknik. Pilih Je Mana Cara Yang Suka!
.

4. Pindahkan dlm pasu dengan medium tanah hitam yang baik pengaliran air.
5. Siram pagi dan petang, pastikan tanah sentiasa lembab.

Ads

Selamat mencuba, semoga berjaya

Sumber : Norazila Abdul Hamid via Berkebun D Rumah

Ads

Manakala perkongsian daripada Leesa Alif di group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, lain pula caranya. Katanya, dulu nak tanam kesum pun susah sangat, payah sangat nak naik.

Nie try ikut kengkawan group tanam. Mudah sangat, amik pasu. Bubuh tanah,cucuk-cucuk jer pokok kesum tu. Pastu siram air.
Tanam Kesum Ada Banyak Teknik. Pilih Je Mana Cara Yang Suka!
.

Ads

Bubuh dalam plastik besar ikat.
Tanam Kesum Ada Banyak Teknik. Pilih Je Mana Cara Yang Suka!
.

Simpan dalam bilik air.Alhamdulillah berjaya baru 3 ari, tak layu.Akar pun mula keluaq dah.
Tanam Kesum Ada Banyak Teknik. Pilih Je Mana Cara Yang Suka!

Nie top up air sikit.Pastu ikat balik simpan.Kalo dah seminggu baru leh bawak letak kat luaq rumah.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI