
Nak bercucuk tanam tak perlu tanah yang luas. Dengan teknologi sekarang, banyak yang dapat dijimatkan.
Sebagai contoh, bagi ibu-ibu yang nak menanam kangkung tapi tak ada ruang atau tanah yang luas, boleh juga tanam di balkoni rumah. . Nak tahu, kangkung ni sebenarnya cukup mudahditanam dan mudah subur.
Ini cara yang dikongsikan oleh Amelia Chong menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Kangkung hydropot di tepi pagar.. pertama kali mencuba.. nampak nya menjadi.. trimakasih bagi rakan2 yg slalu kongsi ilmu dalam group ni.. sbb ramai yg bertanya so saya edit caption..
dalam pasu merah tu saya letak tanah biasa je (karna nak guna yg sedia ada untuk menjimat kan cost) boleh juga menggunakan cocopeat..atau pasir..
Benih kangkung just tabur je dlm pasu tu.. dan rendam dlm bekas putih tu yg berisi air + campuran baja ab.. selamat mencuba bagi yg berminat 😊
Bila Berlaku Kemalangan, Penarik Kereta Datang Ini Yang Kena Buat Supaya Elak Tertipu.

Malang tak berbau. Setiap kejadian yang akan terjadi secara tiba-tiba tanpa kita sempat bersedia untuk mengelaknya.
Begitu juga dengan kemalangan. Biasanya akan ada penarik kereta untuk menarik kereta di tepi jalan raya.
Namun ada juga menjadi mangsa penipuan oleh sesetengah pihak. Nak tahu tipnya ikuti panduan ini.
Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau tak nak tertipu.
Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?
Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.
Jadi apa tindakan anda?
Pertama jangan tandatangan dokumen tu.
Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.
Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).
Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.
Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.
Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.
Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.
Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.
Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.
Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.
Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.
Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.
TAHUKAH ANDA?
Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.
Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.
Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.
Sumber: Anymous Malaysia.
“Kalau Dah Rezeki Tak Ke Mana.’ Dulu Berniaga Tepi Jalan, Kini Balu Abam Miliki Kedai Sendiri!

Berkat usaha gigih dan tidak putus asa, akhirnya wanita tabah ini mengecap bahagia bila mana berjaya memiliki kedai sendiri. Hidayah yang merupakan balu kepada pelawak terkenal, Abam sebelum ini berniaga cempedak goreng d tepi jalan sahaja.
Namun sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai membolehkan ibu kepada seorang cahaya mata ini berjaya memiliki kedai sendiri.
Menurut Hidayah, kedai tersebut diperoleh hasil titik peluhnya berniaga cempedak goreng dan usaha itu telah direalisasikan oleh abangnya apabila membantu mendapatkan kedai daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Alhamdulillah syukur pada Allah, hari jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan Cempedak goreng dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.
Terima kasih abg dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat pada
02/08/2020.. Alhamdulillah syukur..
#kitabaikramaisayang
#comingsoonopeningshop
#KedaiHidayahAbam
Hal tersebut telah dimaklumkan sediri Hidayah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur diatas khabar gembira tersebut.
View this post on InstagramA post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dari warganet, rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Hidayah dalam bisnes tersebut.
Sumber: hidayah_abam
“Satu Pun Sudah Bahagia, Kenapa Nak Cari Lain.” Pesan Adam Corrie, Anak Bukan Pengukur Rumah Tangga Bahagia

Sabar, usaha, doa. Demikian bait-bait nasihat oleh Adam Corrie buat pasangan di luar sana yang masih menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka.
Pasangan Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tidak pernah berputus asa biarpun terpaksa menanti 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat, Adam Fateh Lee, 9 bulan.
Menceritakan pengalaman dan pandangannya yang menanti lama sebelum dikurniakan zuriat, perkongsian Adam Corrie nyata mendapat perhatian ramai. Tak kurang yang tersentuh dengan kisahnya dan isteri sewaktu mereka belum dikurniakan cahaya mata.
“Fateh adalah satu anugerah oleh Allah buat saya dan bidadari untuk dididik sebaik mungkin, saya sahut cabaran ini dengan penuh gembira. Hanya Allah sahaja yang tahu bila kami bersedia untuk dapat zuriat. Saya bertuah hanya tunggu 10 tahun, tetapi ada pasangan lain yang menanti lebih lama dari saya.
“Pernah dalam satu program ada seorang asnaf yang kahwin muda awal 20an dan kini dah berusia 37 tahun, tetapi belum dimiliki zuriat. Jadi saya dan isteri rasa bertuah kerana Allah masih sayangkan dan beri peluang untuk sambut amanah Allah ini,” ujar Corrie sambil mengakui selalu kongsi pengalaman dengan pasangan yang bertanyakan info dan nasihat daripadanya.
Duit bukan pengukur bahagia
Mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang meletakkan kesalahan kepada kaum isteri apabila tidak dikurniakan zuriat, jelas Corrie dalam hal ini tiada siapa yang salah.
Kita tak boleh salahkan sesiapa kerana zuriat adalah anugerah Allah. Bila kita sudah bersedia, boleh pikul tanggung jawab maka Allah akan bagi. Bukan sebab kita ada duit, kaya senang dan fikir kita pasti akan besarkan anak. ‘NO’ kerana ada duit tak semestinya bahagia. Takut takut kita memudaratkan anak dan sebaliknya.
“Bagi saya, doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah banyak-banyak dan jangan fikir esok lusa akan dapat atau tanya Allah bila akan dapat, bila kita berdoa, berserah kepadaNya. Dan banyakkan bersedakah di masjid,” ungkap Corrie lagi.
Betulkan niat berkahwin
Tambah Corrie lagi, betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta.
Dalam pada itu, Corrie turut menegaskan, kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tanpa zuriat, suami isteri tetap boleh bahagia.
“Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga. Dugaan rumah tangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada. Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Namun alhamdulillah kami mampu melaluinya.
“Kerana itu Allah beri masa dan ruang kepada saya dan bidadari selama 10 tahun untuk kami ‘honeymoon’. Kini dah sampai masa dan alhamdulillah hadirnya Fateh. Pernah seorang suruh saya cari sorang lagi dan kahwin lain kerana lelaki boleh kahwin sampai 4.
“Tetapi saya tanya dia semula, kalau kahwin 4 sekali pun bolehkah saya bahagiakan mereka dan sebaliknya. Sedangkan satu pun saya sudah rasa bahagia, kenapa nak kena cari lain. Benda ini tak boleh salahkan lelaki mahupun perempuan. Kena ikhtiar dan buat pemeriksaan untuk lihat apa yang tak kena,” ujar Corrie lagi.
Pegang watak utama selepas 20 tahun
Bercerita mengenai pembabitannya dalam dunia senia, jelas Corrie pertama kali dalam 20 tahun bergelar pelakon, inilah kali pertama dia memegang watak utama bagi filem Kafir.
“Awalnya saya ingat penerbit bergurau pilih saya sebagai watak utama, namun rupa-rupanya betul. Skrip untuk cerita ini berkisar kisah benar daripada pengarah itu sendiri dan mencabar kerana banyak main jiwa serta perasaan. Kalau nak diikutkan, watak yang diberikan ini lebih kurang sama cuma bezanya dulu saya hanya pembantu jadi bila memegang watak utama, perasaa itu lain.
“Ditambah pula saya agak tertekan apa yang saya berikan tidak sebaik yang diingini oleh tuan badan (skrip) tersebut. Alhamdulillah pengarah banyak tolong selain orang sekeliling turut membantu. Malah, Adlin Aman Ramli, dia sendiri banyak bantu dan sokong,”ulas Corrie yang menganggap ini rezeki anaknya juga kerana dapat memegang watak utama.
Kesibukan dengan penggambaran di luar, akui Corrie masa yang ada dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan anak dan isteri sentiasa bersamanya.
“Sebelum ini, saya shooting di Janda Baik dan minta bilik family kerana akan bawa anak dan isteri bersama. Tetapi hanya waktu makan tengah hari dan rehat sahaja saya membawa Fateh ke lokasi. Tetapi kalau lokasi terlalu jauh dan tak sesuai bawa family, maka saya takkan bawa mereka.
Sumber: majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2019