Tak ada ruang nak tanam sayur bukan satu masalah, sekarang ni banyak cara untuk ibu-ibu nak cuba tanam sendiri. Misalnya nak tanam kacang panjang renek ini, tak perlu nak buat para aatau tempat untuk pokok ini menjalar. Sebaliknya tanam saja menggunakan pasu.
Pokok kacang ni KakYus tanam bulan lepas, masa musim PKPB. Sekarang PKP dah boleh kutip hasil. Tanam dua pokok boleh la makan untuk keluarga kecil kami.
Sesiapa yang baru nak mula tanam sayur, KakYus cadangkan tanam pokok kacang panjang renek ni.
Pokok ni mudah nak tanam. Pokoknya rendah, tumbuh menegak, tak perlukan kawasan luas, tak perlu sokongan dan tak menjalar.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club