“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”
Itu nota pesanan terakhir yang ditinggalkan pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.
Namun apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya selepas arwah selamat dikebumikan.
Menurut Nor Azuana, 36 nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.
Kisah tersebut tular dan mendapat perhatian ramai selepas Nor Azuana, berkongsi menerusi Facebooknya.
Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.
“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.
“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak.
Ads
“Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya menerusi perkongsian bersama Harian Metro.
Tambah Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, Melaka.
Ads
“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.
“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.
“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.
“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.
Selain itu, menurut Nor Azuana, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.
“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.
Ads
“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.
Gambar kenangan arwah ibu bersama ayah
“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.
“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan. Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.
“Alif…this is for you.” Inilah ayat pertama yang ditulis oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin di akaun instagramnya baru-baru ini. Luahan hati seorang ibu yang berasa cukup bangga dengan pencapaian anak namun dalam masa yang sama hiba yang dirasakan saat menerima skrol mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan di majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.
Mama tolong ambikkan ye..Alhamdulillah…congrats.
Keluarga kecil saya tumpang bangga & gembira dgn pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sblm kembali kerahmatullah. Moga Alif tenang disana.
Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat2 yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia. Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- fatihah.
Berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.
Kata pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ lagi, arwah Alif menjadi antara individu yang banyak menaikkan semangatnya selepas pemergian Allahyarham suami, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar WhatsApp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,” ujarnya.
Bagaimanapun, Nora berkata, dia reda dengan pemergian anak keduanya itu dan menganggap Allah lebih menyayanginya: “Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya,” jelasnya.
Untuk makluman, arwah Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Pada era digital ini tidak dinafikan anak-anak kita semakin terdedah kepada teknologi skrin seperti penggunaan telefon pintar, tablet, komputer, laptop dan sebagainya. Meskipun teknologi membawa manfaat, penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengawal penggunaannya.
Menetapkan had masa pada anak-anak yang munasabah umpamanya boleh dijadikan salah satu cara yang berkesan untuk elakkan atau mengurangkan risiko ketagihan video games daripada terjadi.
Pun begitu, nak dijadikan cerita baru-baru ini melalui perkongsian TikTok @ainusdi telah berkongsi video di mana suaminya terpaksa membawa anak kedua mereka ke balai polis gara-gara anak mereka meninggikan suara disebabkan tidak dapat memuat turun game Roblok di telefon bimbit.
Tambah si ibu lagi, sebelum ini anak-anaknya telah diberikan hukuman cubitan namun seakan-akan tidak memberi kesan kepada anak-anaknya dan seakan tidak dapat pula dibendung sikap anaknya itu.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan akhir dengan terpaksa menggunakan ‘tektik’ tersebut dengan membawa anak mereka itu ke balai polis. Meskipun anaknya itu terlihat meraung namun pasangan suami isteri ini nekad dan tujuannya hanya satu untuk memberikan kesedaran kepada anaknya itu.
Menjengah ke ruangan komen, siapa sangka meskipun tindakan ibu bapa ini terlihat begitu tegas dalam memberikan pengajaran kepada anak-anak mereka namun ada juga netizen yang menyokong cara sedemikian. Tidak dengan itu ramai juga yang berkongsi kesan buruk terhadap sikap anak-anak apabila ketagihan permainan video untuk dijadikan pengajaran bersama.
“addict game roblox ke….kalo betol…samalah..dgn anak sy…hujung2….saya ngamuk..uninstall terus….,” tulis salah seorang ibu di ruangan komen.
“pakai link fmly.. aq pakai link fmly tu dekat 5 tahun dh.. senang pantau ank ank.. game roblox ni memang xelok utk budk2,” tulis yang lain pula.
“Aku sokong method kau kak. 👍kte kne tegas dgn ank2 ni. xleh ikut ckp ank. BAHAYA.” ujar yang lain tanda setuju dengan tindakan yang dibuat.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.