Tanam jagung tepi rumah pun dapat hasil yang gred A. Jangan tak percaya, inilah yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah menerusi facebooknya.

Selain menggunakan ruang yang terhad, Azuan juga menggunakan pasu,  tong cat dan juga tayar untuk tanam jagung. tapi hasilnya memuaskan hati.

Tanam Jagung Tepi Rumah Je, Hasil Isi Cantik, Padat & Gred A.  Guna Tayar Terpakai & Tong Cat Pun Boleh. Mudah!

Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.
Sila kongsikan tips ini dengan jiran ya sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka.

Tanam Jagung Tepi Rumah Je, Hasil Isi Cantik, Padat & Gred A.  Guna Tayar Terpakai & Tong Cat Pun Boleh. Mudah!

“12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah”
Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun.
Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus didalam petak tanaman.
Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat.
Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.

Tanam Jagung Tepi Rumah Je, Hasil Isi Cantik, Padat & Gred A.  Guna Tayar Terpakai & Tong Cat Pun Boleh. Mudah!

Ads

Ini tipsnya.
1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.

Tanam Jagung Tepi Rumah Je, Hasil Isi Cantik, Padat & Gred A.  Guna Tayar Terpakai & Tong Cat Pun Boleh. Mudah!
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja.
10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari.
11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS.
12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.

Tanam Jagung Tepi Rumah Je, Hasil Isi Cantik, Padat & Gred A.  Guna Tayar Terpakai & Tong Cat Pun Boleh. Mudah!

Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.

Ads

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tanam Jagung Tepi Rumah Je, Hasil Isi Cantik, Padat & Gred A.  Guna Tayar Terpakai & Tong Cat Pun Boleh. Mudah!

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ads

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI