Dalam memilih tanaman herba yang sesuai dipraktikkan adalah seperti pokok pegaga, kesum, daun bawang, pudina, bawang putih, pandan dan beberapa jenis tanaman herba yang lainnya.
Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak untuk menanam tanaman herba, dinasihatkan mulakan dengan beberapa spesis herba sahaja dahulu. Kemudian apabila telah mahir barulah boleh hasilkan kebun ataupun garden kitchen dengan pelbagai gaya mengikut citarasa anda.
Sebenarnya menanam pokok-pokok herba ini bukan hanya sesuai di tanam di dalam pasu, malah jika lebih kreatif pelbagai jenis dan bentuk bekas boleh digunakan. Tidak dengan itu sahaja, malah boleh menggunakan apa-apa bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman.
Apa yang penting dalam pemilihan jenis-jenis bekas untuk kebun herba anda tersebut, mestilah ringan untuk mudah dialihkan dan mempunyai lubang di bawahnya untuk pengairan. Ini penting kerana pokok herba secara umumnya tidak tahan dengan air bertakung. Akar pokok herba akan lemas dengan air dan seterusnya boleh menyebabkan pokok herba mati.
Antaranya idea yang menarik digayakan untuk tanaman herba di ruang dapur anda.
Olahan bekas daripada botol pelbagai warna apabila dijadikan bekas tanaman herba dan digantung di ruangan tingkap dapur menyuntik gaya yang tersendiri.
Satu lagi idea cukup kreatif, apabila menggunakan penyagat keju sebagai bekas tanaman herba dan digantung pula bertingkat di ruangan dinding. Cukup mempersona!
Susu yang habis digunakan, tinnya jangan dibuang. Sebaiknya jadikan sebagai bekas untuk menanam herba. Tampak begitu kreatif apabila diserikan bersama saduran car atau pun ikatan reben bagi mencipta identiti berbeza.
Pilihan cawan atau mug juga boleh dijadikan bekas tanaman yang unik. Sama ada memilih dalam rona sekata atau berbeza corak, tetap memberi gaya dekorasi ruangan dapur yang tersendiri.
Menarik juga dihadirkan diruang dapur. Bongkah kayu ini diilhamkan ringkas dan alangkah bagusnya jika turut di label nama tanaman tersebut. Ini secara tidak langsung anak-anak dengan sendirinya dapat mengenali pelbagai jenis tanaman herba dari dapur kediaman anda.