Tanam Daun Sup Untuk Kegunaan Sendiri. Lelaki Ni Guna 3 Kaedah Menanam & Semuanya Hidup Subur. Boleh Cuba!

Share

Buat anda yang telah beberapa kali mencuba untuk menanam pokok daun sup tapi masih gagal, tentu ada tertanya-tanya mengapa ini boleh berlaku hingga ada yang percaya istilah ‘tangan panas’.

Pun begitu, apa kata anda mencuba teknik yang dikongsikan oleh Pyan Sempoy ini. Bukan satu kaedah penanaman yang dikongsikan malah ada tiga kesemuanya. Menurutnya, semua cara tersebut telah dipraktikkan dan memang terbukti berjaya. Malah turut berkongsi tip untuk menfaat semua.

Kaedah pertama : semai biji benih
cara saya semai:
1) Siapkan media tanam..saya guna peatmoss…lepas dah isi ke bekas saya siram siap-siap
2) Tabur biji benih sikit jer..jangan banyak-banyak cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus..lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media..banyak yang gagal sebab ni lah..benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya
3) Spray dengan air..cukup 1-2 kali tembak jer
4) Letak tempat teduh..nak tutup boleh tak nak tutup pon boleh..saya biar sahaja tak tutup pon
5) Spray 2x sehari pagi dan petang..insyaAllah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari..kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh juga bererti gagal..kena cuba lagi

Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang
cara saya semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih dan ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2) Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari
4) Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat dan tunas makin segar dan membesar..jangan tanam dalam sangat..cukup kambus akar sahaja
5) Siram sikit-sikit sahaja jangan terlebih air..yang ni pon jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu becek
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu

Kaedah ke 3 : Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
cara saya tanam :
1) Pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak-anak pokok yang baru tumbuh..Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu..kalau cabut pastu tak ada akar baik korang campur dalam sup ja hehe..kena hati-hati masa korek/cabut
3) Tanam dan letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil
4) Siram sikit-sikit sahaja, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air

Jadi anda boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..

Selamat mencuba

Sumber : Pyan Sempoy

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

PROMOSI : Dapatkan beg berjenama dengan tawaran harga yang istimewa, klik di sini