Seronok juga jika ada sepasu dua daun sup yang ditanam di rumah sendiri. Dapatlah memudahkan untuk dicapai setiap kali ingin menyediakan hidangan seperti sup ayam dan sebagainya,.

Senang kata dapat menggunakan daun sup yang segar dalam masakan!

Jadi fahami dulu cara menanamnya agar daun sup dapat hidup dengan subur sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.

Jom tanam Daun Sup : Cukup Mudah

Benih
Polybeg
Tanah

1. Sediakan tapak semaian, jika boleh guna kan tray semaian yang banyak dijual seperti di kedai Eco.

2. Sedia kan benih, rendam selama satu malam (10jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaftifkan benih supaya mudah bercambah. Boleh dapat kan benih berkualiti dari kami.

IKLAN

3. Teknik rendaman benih dengan air suam( suam2 kuku jangan panas) selamat 5 ke 10 minit juga boleh untuk mengaftifkan benih supaya mudah bercambah.
* sejat kan benih dengan tisu/kering kan atas tisu dan bawa untuk semai.

4. Basahkan tanah,Semai benih ( benih daun sup kecil jadi anda perlu lah bersabar semasa semai) daun sup dan tutup dengan lapisan nipis tanah ,siram benih dengan berhati2 gunakan spray halus, tray semaian atau bekas semai tadi letak kan di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

Tanam Daun Sup Cara Mudah & Murah. Begini Stepnya!
.

5. Di harap Puan dan Tuan perlu bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10hri ke atas, paling lama 2minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.

IKLAN

6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh di alihkan ke pasu atau bekas, letak kan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yang terik.

7. Kerana pokok tumbuh dengn lambat, pokok yang di jaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.

8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.

IKLAN

9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.

Tanam Daun Sup Cara Mudah & Murah. Begini Stepnya!
.

10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan.

11. Sekali sekala siram dengan air basuhan betas kerana Pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

Selamat mencuba tuan/puan, daun sup amat lah berguna dalam masaka, amat lah bertua jika anda dapat menanam beberapa pohon, tidak perlu membeli lagi.

sumber : Mohd Shaifful via Kebun Sayur Bunga dan Buah buahan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI