Patutlah ramai yang nak tanam daun kucai selain menjadi penyedap rasa atau penyeri hidangan, tanaman ini mempunyai banyak khasiat seperti menurunkan tekanan darah tinggi, kesihatan jantung, melancarkan penghadaman dan menguatkan memori.
Bau daun kucai yang sedikit hanyir tapi banyak khasiat nya untuk kesihatan dan perubatan petua lama.
Jadi apa lagi, jom kita tanam kucai di halaman rumah sebagaimana perkongsian seorang guru ini, Mohd Amri yang gemar berkebun di halaman rumahnya.
Suka saya berkongsi hasil tanaman kucai. Saya maklum, tanaman kucai dari ahli di dalam group ini lebih menarik. Sekadar berkongsi ya.
Kat rumah ni hanya ada tiga pasu kucai sahaja. Saya semai dari benih. Cuma untuk makluman tuan dan puan, kucai ini memang mengambil masa untuk bertunas. Lebih kurang tiga minggu juga, barulah saya pindahkan ke dalam pasu besar.
Yang menariknya, kali ini tanaman kucai saya mengeluarkan bunga yang sangat cantik bersama-sama dengan benih-benihnya. So, dapatlah saya gunakan untuk semai kucai baru nanti.
Tips menanam kucai ini saya
1. Peringkat semaian, saya prefer untuk menggunakan peatmoss kerana medium ini sangat membantu untuk proses semaian berlaku dengan lebih baik dan stabil. Setiap lubang semaian saya akan tabur 6-8 biji benih kucai.
Ads
Proses semaian kebiasaannya saya akan ambil selama tiga minggu. Barulah dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
2. Jangan siram direct ke daun, tetapi saya siram secara mengelilingi pasu, iaitu terus kepada medium tanah atau apa apa medium yang dipakai.
3. Pembajaan, untuk pengguna baja organik, jangan terlalu kerap memberi baja atau terlalu banyak kuantiti yang diberi. Saya hanya guna 1 sudu setengah baja organik dua minggu sekali.
Bagi yang menggunakan baja AB, pastikan bacaan ec meter tidak melebihi 1.5 ec. Tapi saya sarankan tuan puan menggunakan baja organik.
Ads
Jika pembajaan yang diberi terlalu kerap atau terlalu tinggi dosnya, daun kucai mudah rosak dan boleh mati.
4. Dari segi penjagaan, pokok kucai tidak atau jarang terkena serangan perosak. Hanya sekali sekala saya semburkan dengan cuka kayu.
Di samping itu, penggunaan plant booster atau kita panggil sebagai vitamin pokok saya berikan seminggu sekali untuk memastikan daunnya lebat.
Ads
5. Untuk harvest, teknik yang selalu saya gunakan ialah dengan memotong 2 hingga 3 inci dari perdu. Selepas itu, pokok kucai akan tumbuh semula.
Info tambahan:
Tapi kalau dah lebih 2 minggu tak nampak apa2, mungkin ada kesilapan
1. Tanam terlalu dalam.
2. Benih kurang berkualiti
3. Medium semaian terlalu basah, sepatutnya lembab sahaja.
Guna benih kucai yang lebih matang untuk buat semaian yang baru.
Jadi, tanamlah kucai tuan/puan di halaman rumah masing-masing. Banyak kegunaan dan khasiat kucai yang akan kita perolehi.
Kini ramai yang suka bercucuk tanam di halaman rumah. Sejak PKPB ramai yang meluangkan masa menanam pokok yang sering digunakan dalam masalah. Antara pokok yang popular adalah daun kesum, daun pudina dan daun sup.
Biasanya kita tanam menggunakan tanah, tak perlu risau nak cari tanah, guna ajer cara wanita ini.
Menarik perkongsian oleh puan Ct Ropiah yang menunjukkan cara tanaman menggunakan hanya tiga bahan tanpa menggunakan tanah. Tapi hanya menggunakan sabut kelapa, span akuarium dan air baja AB sahaja.
Dalam pada itu, oleh kerana penggunaan air, beliau menasihati agar sentiasa membuat pantuan untuk mengelak jentik-jentik.
Mengenai penggunaan Air baja AB, beliau menasihati untuk mengelak pokok mati dan jadi layu, bancuhan kena betul. Jika banyak sangat bancuhan pokok akan panas dan mudah mati.
“Bancuhan kena betul puan. Bnyak sangat pokok panas akan mati. Siraman baja AB tak perlu setiap hari.”
“Pengunaan span span akuarium, kena rendam dulu bagi basah, barulah air akan mudah naik nanti. “
Nota sukatan bancuhan Air Baja AB: Baja AB ada dua, warna biru dan warna kuning. Caranya ambil satu botol mineral 1 liter masuk kan air tanpa klorin atau air hujan jangan sampai penuh penuh, kemudian masuk kan satu penutup air baja warna kuning ke dalam botol mineral 1 liter. Kemudian ambil pula air baja warna biru satu penutup masuk ke dalam botol mineral 1 liter dah siap. Seterusnya goncang jadi sebati. Jadilah baja AB. Baru boleh guna.
Daun pudina
Bakul kedai eco.
Cuma cucuk sahaja batang daun pudina.. Dlm takungan ada air bancuhan baja ab sahaja…. X perlu sabut kelapa dan span ( daun pudina).
Daun kesum
Cuma cucuk sahaja batang daun kesum.. Dlm takungan ada air bancuhan baja ab sahaja…. X perlu sabut kelapa dan span ( daun kesum).
Ini hasilnya, gemuk-gemuk merimbun.
Daun sup
Dlm. Bekas merah masukkan sabut kelapa dan masukkan tiga atau empat anak pokok daun sup…. Buat lubang utk Span akuarium ( be center) span akan mencecah air didlm bekas hitam..
Dah tahu petua kan. Mudah sahaja. Ayuh cuba buat cara ini. Selamat mencuba!
Bila difikir-fikir, tiada salahnya bila en suami ringankan tangan untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja di rumah. Bukankah bila setiap tugas dibuat bersama-sama, kerja akan lebih ringan dan secara tidak langsung kerja cepat siap?
Selain aspek masa dan tenaga, ada satu perkara penting yang mungkin ada yang terlepas pandang tentang bila suami isteri ini pandai membahagi tugasan. Nak tahu apakah itu, jom semak perkongsian Puan Ashikin Hashim ini.
Suami Tak Tolong?
Saya pernah diajar oleh seseorang untuk sama-sama beri tanggungjawab rumah dan anak kepada suami. Jangan buat sorang-sorang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Walau benda sekecil buang sampah. Suami duduk depan TV. Kita beri dia tanggungjawab untuk buang sampah itu. Bukan jeles dia duduk depan TV tapi kita tak mahu kedekut seorang diri buat kerja rumah.
Percayalah. Tak semua lelaki tahu nak buat kerja rumah tanpa disuruh. Mereka adalah lelaki yang kita mesti terus terang. Tak boleh nak cakap alas-alas atau hint-hint sahaja.
Ramai suami yang kalis muka merajuk isteri. Selagi tak cakap minta tolong, dia tak akan faham muka cuka isteri dia tu sebenarnya nak suruh suami dia tolong buang sampah.
Ramai suami yang telinga kalis bunyi. Walaupun isteri hentak-hentak kaki ke hempas barang ke, dia tak akan faham yang isteri tu suruh basuh berak anak selagi dia tak cakap – abang, boleh tak basuhkan berak anak ni.
Contoh lain. Hal anak-anak.
Walaupun kebanyakan masa kita sebagai ibu yang paling banyak masa dengan anak, tapi tolonglah bagi suami merasa untuk pikul tanggungjawab tersebut. Jika anak beri surat nak pergi lawatan contohnya. Minta anak untuk tanya izin ayah. Walaupun duit mak yang bagi misalnya. Tapi didik anak untuk minta izin dari ayah. Didik anak bahawa ayah adalah ketua keluarga.
Bila kita berbagi tanggungjawab dan tugas, suami akan rasa dia bertanggungjawab atas keluarga dia. Dia tak akan rasa – alah isteri aku boleh hidup tanpa aku, isteri aku pandai semua benda.
Ya, memang isteri tu kalau campak dalam hutan pun boleh hidup, tapi kita nak suami pun rasa macamana urus rumah, macamana nak beli barang dapur, macamana nak urus berak anak.
Ramai isteri yang makan hati sebab geram suami tak tolong. Ramai isteri tertekan sebab suami lepas tangan. Janganlah pendam. Jangan pikul sorang-sorang.
Ingat ya. Ini semua bukan sebab hanya takut suami tu tinggalkan kita. Tapi mungkin kita yang akan pergi dulu meninggalkan dia. Siapa yang nak jaga anak-anak kita kalau suami kita tak tahu tanggungjawab dia? Jom kita bantu suami kita.
Asam jawa bukan sahaja digunakan di dalam masakan untuk menambah rasa masam hidangan yang dimasak. Namun ia lebih daripada itu, bila mana digabungkan beberapa bahan lainnya seperti halia dan kunyit boleh menjadi jamu yang istimewa untuk penjagaan dalaman wanita.
Keyakinan pengamal Air Kunyit Asam Jawa ini sudah diketahui umum, memandangkan minuman jamu ini adalah diwarisi sejak turun temurun lagi. Begitu juga bagi Cikyana Ramli yang merasakan cukup berpuas hati apabila mengamalkan minuman herba ini menjadi asbab masalah senggugut yang dialaminya selama ini telah hilang.
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Yana nk kongsi petua air kunyit asam jawa turun temurun dari nenek moyang kita,bahan2 semua ada di dapur ..serius sedap gila air nie,siapa sngka khasiatnya pn mujarab..sekali gus awet muda terselah kauu hado
Serius paling risau bila xyakin kan soalan nie selalu bermain pikiran kita wanita2 nie kan..”Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni”
Nak period lawas nak period lancar amalkan lah jamu. Sambil2 to blh amal petua nie sebulan ketika period atau selepas period..Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam yana nie..
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan
Cara-cara :
1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
4. Sedia untuk di minum
**Tak perlu rebus kalau nak rebus boleh je tapi minum mcm to bagi yana lagi khasiat tau..
Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)
Khasiat air kunyit asam :
1.Melancarkan darah haid atau nifas
2.Melawaskan pembuangan, wanita dalam pantang jika diminum sangat-sangat membantu dari terkena sembelit. Bagi berpantang boleh amalkan selama 3 hari berturut-turut. Biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam ada tak ada.
3.Menaikkan seri wajah.
4.Mencantikkn tubuh
5.Menyihatkan tubuh dan memberi tenaga.
6.Awet muda jika diamalkan.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.