Sering juga kita mendengar alasan bila tinggal di taman perumahan hajat untuk bercucuk tanam menjadi terbatas. Apatah lagi jika kediaman famili tidak mempunyai ruang laman yang luas.
Pun begitu,tahukah anda jika ingin dibandingkan menanam pokok di tanah berbanding di dalam bekas seperti pasu, polybag dan sebagainya menjadikan tanaman tersebut lebih mudah dijaga dan diurus hatta tanaman berbuah sekali pun akan mudah dan cepat mengeluarkan hasilnya.
Nak tahu mengapa jadi begitu, jom baca perkongsian info daripada D’Pro A’nas yang sering berkongsi ilmu penanaman pokok di media sosial. Jom semak apa katanya.
“Pasu,pot,tong atau polybag? Kenapa tak tanam terus dekat tanah? Tanah ada..Buat besar belanja je beli pasu..Nak tahu rahsianya dan caranya? Baca habis dan fahami. Saya Share untuk perkembangan imu pengatahuan.’-D’Pro A’nas
Begini ceritanya
PEMILIHAN PASU
– Pilih pasu atau tong mengikut tanaman.
1. Tanaman jangka pendek..polybag/pasu (KECIL)
2. Tanaman jangka panjang …tong ( BESAR )
MEDIA TANAM
– Campuran media tanam yang kita inginkan untuk jenis tanaman
Tanaman Jangka Pendek
– Tanah + Compos 2.1 dan polybag
Tanaman jangka panjang
-Tanah + Cocopeak + Compos + serkam Padi/pasir 3.1.1.1 & tong
– Pencampuran media-media ini adalah untuk membuat tanah yang gembur dan tak akan mengeras pada satu jangka yang lama.
PEMILIHAN JENIS BIBIT/TANAMAN
Pokok sayur / sayuran berbuah.( Tanaman Jangka Pendek ) Polybag
Pokok Buah-buahan Bermusim..Bibit Terbaik adalah dr HYBRID, Cangkuk, Tut, Kahwin sebab Kecil-kecil dah mengeluarkan buah. (Tanaman Jangka Panjang) Tong.
SENANG PEMANTAUAN ;
1. Kesihatan Pokok
2. Percambahan Pokok
3. Pembibitan Pokok
4. Pengalihan Pokok
SENANG PEMBAJAAN :
Tanaman Jangka Pendek
1. Polybag saiz 5-6 Inci = 5 butir baja
2. Polybag saiz 8-12 inci = 12 butir baja
3. Polybag saiz 14 ke 16 = 1/2 sudu teh baja
– Baja Subur NPK 15.15.15..
– Organik
Tanaman Jangka Panjang
1. Tong saiz 16 inci = 1/2 sudu makan baja NPK 16.16.16. 1/2 sudu teh baja buah. Semburan Folia.
2. Tong Saiz 24 inci = 1 sudu makan baja NPK 16.16.16. 1/2 sudu mkn TSP. 1/2 sudu makan baja buah..Semburan Folia.
3. Selang Seli dengan Compos dan Organik
⏰ Pembajaan di Lakukan 2 Minggu Sekali.
MENGAPA❓
Saya memilih cara penanaman dalam polybag dan tong adalah di sebabkan senang untuk membuat penjagaan dan pengalihan pokok bila perlu.Ini sebabkan fungsi yang lebih efektif dan cepat hasil berbanding menanam di tanah.
CONTOH ;
Dalam Pembajaan
– Sukatan yang diberikan adalah dalam tahap yang di perlukan oleh pokok untuk mendapat makanan yang optima serta tidak terganggu oleh rumput yang tumbuh di sekeling yang turut sama berlumba-lumba untuk mendapat makanan.
Dalam Kawalan
– Pemerhatian kesihatan pokok daripada serangan hama/kutu,serangga, kulat dan banyak lagi perosak tanaman.
Contoh = Tahap/Jenis RACUN.
RAHSIA ISTIMEWA
Dalam Pembuahan.
Boleh saya katakan LEBIH SENANG untuk dibuahkan..Ini kerana apabila pokok yang berada dalam tong dapat di STRESSkan untuk paksaan mengeluarkan bunga yang menghasilkan buah..Sebab kenapa saya katakan demikian..Pokok di dlm tong/pasu..tahap perkembangan akarnya adalah terhad..Boleh dikatakan pokok ada juga ‘otak’..Ia akan mencari sumber makanan melalui akar..Selagi akar tidak keluar dari tong/pasu..Dia tak akan berfikir untuk segera melahirkan keturunan/buah ..
Di sinilah kita dapat memaksa mereka untuk berbuah…Dengan SYARAT..Akar Tidak keluar dan menyentuh tanah..Inilah satu-satunya KEISTIMEWAAN pokok-pokok di tanam dalam tong/pasu..kita yang mengawal mereka..
Berlainan pula pokok-pokok yang di tanam terus ke tanah..kenapa lambat berbuah❓..Ini disebabkan pokok itu terlalu over nak membesar..tak ada orang dapat control dia nak berbuah cepat..selagi akarnya terus berjalan mencari sumber makanan..Dia tak fikir pun nak buat keturunan..yang dia tahu..nak MEMBESAR setinggi mana dia suka.
sumber : D’Pro A’nas via Berkebun D Rumah