Benar, membaca perkongsian daripada guru ini membuatkan air mata akan tumpah dengan sendirinya. Membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung oleh anak remaja bernama Manaf Aziz, buatkan kita terkasima.
Saat dirinya memerlukan dorongan, sokongan dan doa daripada seorang ibu untuk mempersiapkan diri berjuang sebagai calun peperiksaan SPM 2018, dan waktu itu juga dirinya diuji bila mana ibunya dijemput oleh sang pencipta ke negeri abadi.
Namun dengan rasa tenang, ikhlas dan sifat menerima yang ada di dalam dirinya, menjadikan anak remaja ini cukup luar biasa semangatnya. Mampu bangkit penuh semangat dan akhirnya membuktikan 10A adalah miliknya.
Kisah luar biasa ini dikongsikan oleh Cikgu Nor Zulfarizah Zulkipli, semoga memberi inspirasi buat semua.
Kisah ini ditulis sebagai sumber inspirasi. Sudah berapa banyak airmata tumpah kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkahlakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya- 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yang introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. Saya bertanya kenapa?
Ibunya meninggal selepas sahur pagi tadi. Allahuakbar.. Saya mencarinya mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan. Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “Abangchik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. Dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. Itulah harapannya.. itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila sampai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. Dia tidak menangis, yang menangis rakan-rakannya. Kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yang kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah. Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yang berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing-masing. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? Makan apa sahur? Menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia. Dia duduk di belakang sahaja tanpa bapanya. Ayahnya tiada kenderaan hanya ada basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yang selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 Jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yang paling berkat daripada kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cikgu Azira dan cikgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. Minta dihalalkan ilmu. Datang dia berkata ‘ Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. saya tiada ibu untuk doakan saya ni. Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+.
Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis. Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik.
Pada hari ini, dia anakanda 5 Jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu. Semoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga dipermudahkan.
Ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan. Kami menitiskan airmata melihat Manaf. Sukarnya dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan.
Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu. Cikgu sayang semua anakanda 5 Jasa dan 5 Budi 2018 dan semua 102 calon SPM Shah Pekan 2018.
Tahniah semua. Kenang cikgu dalam doa kalian.
Ruang tanah yang terhad membataskan untuk kita bercucuk tanam, tetapi sebenarnya ada yang boleh ditanam guna pasu je.
Saudara Wan Burhanudin berkongsi bagaimana dia menggunakan pasu sahaja untuk menanam pokok jambu air madu di sekitar rumahnya.
Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, pokok yang di tanam dalam pasu boleh berbuah 4 kali setahun berbanding di atas tanah biasanya hanya 2 kali setahun. Assalamualaikum..sy tanam jambu air madu dalam pasu je..buah cantik, pejal dan manis. Asalnya sekadar suka-suka tetapi saya pelbagaikan kaedah untuk tanam dan besarkan pokok. Saya guna pasu, dan dalam masa dua bulan saya guna baja organik nampak hasilnya memberangsangkan.
Menurutnya serangan serangga berkurangan malah hasil buah memang elok, besar dan manis.
Benih pokok jambu ini boleh dibeli di mana-mana nurseri yang menjual anak pokok. Penyediaan pasu seeloknya pasu yang agak besar supaya tak perlu menukar pasu banyak kali apabila pokok makin besar.
Pokok yang ditanam dalam pasu dan dibaja secara teratur biasanya akan berbuah dalam masa setahun. Berbanding pokok jambu ditanam di atas tanah, mungkin ambil masa 2 tahun untuk berbuah.
Selepas bunganya gugur, terus balut dengan plastik untuk elak lalat buah menyucuk putik. Jaga hingga buah matang, pastikan putik yang banyak kurangkan hingga hanya ada 2 atau 3 biji sahaja..untuk pastikan buah dapat membesar dengan baik..
Pokok buah yang ditanam dalam pasu juga memudahkan pembajaan dan juga kawalan serangga. Penyediaan medium tanam, guna medium asas seperti tanah 5 in 1 yang dijual di nurseri..dicampur dengan tanah merah bakar..nisbah 60:40..gaul hingga rata.
Baja boleh guna baja urea..baja buah..diletak dalam pasu sesudu setiap 2 minggu sekali hingga berbunga. Boleh juga gunakan baja organik selang dengan baja urea.
Dalam masa 10 hingga 12 bulan sudah boleh berbunga mengikut penjagaan yang betul..kelebihan tanam dalam pasu kita boleh mengawal baja dan tumbesaran pokok.
Buah yang terhasil melalui cara yang saya buat ni lebih baik, sangat manis, crunchy..lebih sedap dari buah Thai. Kelebihan tanam dalam pasu, ini sesuai untuk ruang rumah taman yang agak sempit, pokok tidak akan terlalu besar dan tinggi dan mudah dibaja dan di prunning.
Boleh lihat perkongsian saudara Wan menerusi video ini.