Menanam cili walau sekadar suka-suka kena tahu juga serba sedikit info penanaman agar pokok cili dapat hidup subur dan berbuah lebat.
Selain daripada rutin menyiram dan membaja, ada satu perkara mungkin ramai tidak tahu, betapa perlunya membuang tunas ais agar pokok cili dapat berbuah lebat.
Nak tahu detail tentang tunas air, ikuti perkongsian ini.
Kalau Tanam Pokok Cili Pastikan Buang Tunas Air Supaya Cili Lebat & Subur
Pokok cili besar atau cili padi antara yang selalu kita tanam di kawasan rumah. Hatta duduk di apartment pun ramai saja yang menanamnya dalam pasu.
Banyak rungutan mereka yang tanam pokok cili ini, pokok tak subur, buah kecil dan sikit.
Antara perkara penting yang ramai tak tahu dalam penjagaan pokok cili adalah tentang pemotongan tunas air. Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.
Ads
Kena buang tunas air pokok cili
Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.
Bila masa nak buang tunas air?
Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu.
Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili. Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.
Ads
Kalau ada daun besar dalam 10 helai, buang dalam 8 helai, jangan melepasi Y (cabang utama).
Apa kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?
Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.
Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source).
Ads
Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.
Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?
Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.
Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?
Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang.
Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.
Sumber : Muhammad Faisal
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memilih menu untuk memikat selera anak bukan mudah. Nak nak lagi waktu bulan puasa ni. Kalau boleh tak nak lah asyik membeli di bazar sahaja kan. Nak juga rasa air tangan ibu. Lebih sedap dan terjamin kebersihannya.
Resipi Tauhu Berlauk perkongsian saudari Zie Aries ni antara yang boleh dicuba. Cara membuatnya pun sangat mudah.
Patutlah resipi ini mendapat lebih dari 16 ribu perkongsian di laman sosial. Ia sesuai dijadikan hidangan untuk anak-anak bagi menggantikan nuget. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
5 paket tofu telur – dipotong
2 keping tauhu lembut jepun – dipotong
5 biji telur
2 biji bawang besar – cincang halus
2-3 biji cili merah – hiris halus
1-2 pokok daun bawang – hiris halus
1 -2 pokok daun sup – hiris halus
Lada sulah secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
1 paket daging kisar
CARA MEMASAK:
Goreng daging kisar dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga kering. Ketepikan.
Satukan tofu telur, tauhu jepun dan telur hingga halus. Tuang ke dalam bekas besar.
Masukkan daging, hirisan cili, bawang besar, daun sup, daun bawang, lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya.
Gaul bahan kisar dan bahan-bahan yang lain hingga sebati dan sekata.
Tuang adunan ke dalam acuan lompang atau apa-apa acuan yang sesuai. Tidak perlu oles minyak.
Kukus Tauhu Berlauk selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan tauhu.
Setelah tauhu sejuk, celupkan Tauhu Berlauk tadi dalam telur yang telah dipukul.
Goreng Tauhu Berlauk hingga garing dan berwarna keemasan.
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johordi facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menurunkan berat badan secara alami mungkin mengambil masa tetapi hasilnya cukup menakjubkan dan yang penting selamat dari sebarang implikasi.
Bagi ibu-ibu yang nak singkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detox yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, kaedah ini juga membantu untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan selain mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Caranya cukup ringkas, dan bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang tengah hamil sebagai suplemen tambahan.
Jom baca ini, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak rasa kenyang berpanjangan? ~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik? ~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari? ~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox? ~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena? ~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model? ~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh cuba resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu sarapan pun hokkay.
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
Bahan-bahan
Chia Seed
Kurma
Cara membuat:
Resepi ni buat malam tau. Sebelum tidur. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada di dalam resipi ini.
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Saya sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Sedia untuk sarapan dan muda jelita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.