Boleh dikatakan hari-hari kita akan menyediakan masakan yang menggunakan cili. Sama ada masak untuk hidangan jenis berkuah, tumis dan sebagainya.
Bahkan kebiasaannya sekurang-kurang dalam sebulan, sekali kita akan buat stok kisaran cili kering untuk tujuan memudahkan digunakan ketika memasak. Sekali gus tanpa perlu lagi mengisar ramuan cili setiap kali memasak.
Menyentuh tentang proses membuat stok kisaran cili kering tersebut, umumnya bijinya akan kita buang begitu sahaja. Tetapi tahukah anda, ia boleh disemai dan telah ramai mencubanya. Ternyata pokok semaian cili dapat hidup segar dan menghasilkan buah yang lebat.
Jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian beberapa orang yang telah mencubanya. Jom baca.
Tanam cili benih dari cili kering jer..Tu, cili kering yang buat masak tu
Sis biasanya blend cili kering banyak-banyak buat stok. Masa potong-potong cili kering tu banyak biji cili keluar…
Biji cili yang tu lah buat benih. Caranya basahkan tisu, lipat 2 tisu tu.Letak biji cili dalam tu.
Buh dalam bekas, letak tempat gelap. Dah 2 hari tengok mana yang dah cambah, semai. Tunggu dah ada 3 – 4 helai daun pindahkan…
Begitu juga dengan Lebai Kudin memilih untuk menyemai cili menggunakan cili kering.
“Cili kering kerinting pedas yakmat beli kat kedai. Tanam dalam polybag 1.6.2020. Dah nampak bunga dan putik. Semoga buah cili membesar jadi anak yang soleh errkk… dan matang dengan sempurna”
Bahkan melalui perkongsian Nor Haida Mohamad Yahaya yang menanam pelbagai jenis cili hanya menggunakan lebihan cili untuk disemai.
Ads
Bukan sahaja cili kering bahkan cili padi, cili besar dan cili benggala dengan menggunakan teknik yang sama. Ini perkongsiannya.
Tips
Menanam cara super mudah Aina dan Ummi
Jom tanam cili berskala ‘kiut-miut’ untuk dapur kita, jom.
Hari ini ummi aina kongsi cara kami semai biji cili. Setakat ni memang tak pernah beli biji benih cabai, guna je lebihan biji cili masa memasak tu iaitu cili api, cili besar, cili kering, cili benggala.
Caranya mudah sangat.
1. Ambik je beberapa biji cili letak atas tisu dapur dan lembapkan. Jika tak sempat nak semai 3,4 hari pun takpe
2. Isi cocopeat dan sedikit tanah dalam bekas semaian. Spray bagi lembap. Ummi guna bekas buah²an yang beli kat pasaraya. Kitar semula. Memang takde bekas semaian pun
Ads
3. Letak terus tisu yang ada biji benih tu. Tabur sikit cocopeat menutupi tisu. Tutup bekas. Tak perlu siram. Kondensasi air cukup dah. Kali ni ni kami tagging tarikh yeyyy. 18/7/2020
Siap!
Biasanya dalam tempoh seminggu mula nampak anak pokok kecil.
Dah agak besar, boleh pindahkan ke bekas lain seperti cawan plastik, pasu, polybag atau terus ke tanah
Tengok buah cili kat pokok pun seronok, apatah lagi hasil tanam sendiri kan
Sebelum ini kita mendapat perkhabaran gembira tentang perkahwinan Abang Viva bersama pilihan hatinya, Evanoza. Namun, dalam pada itu muncul kekecohan dikatakan perkahwinannya tidak mendapat restu ahli keluarga oleh kakaknya sendiri yang mendedahkan adiknya itu berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Bagaimanapun, hari ini Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar memaklumkan segala perselisihan faham antara mereka sekeluarga akhirnya berjaya diselesaikan dan sudah berbaik semula.
Perkara ini dimuat naik sendiri olehnya dalam satu perkongsian yang mengandungi gambar mereka sekeluarga di laman Facebook.
Menerusi hantaran tersebut, Azwan meluahkan kesyukuran apabila salah faham itu akhirnya diselesaikan dan berterima kasih atas doa semua pihak terhadap mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, segala perselisihan faham telah diselesaikan.. dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Saya, wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi. Saya berharap tiada lagi isu kecaman atau isu yang akan dikeluarkan,” tulis Azwan.
Dalam masa sama, Azwan enggan mendedahkan perbincangan mereka sekeluarga kerana mahu ia menjadi rahsia mereka bersama.
Azwan juga berharap tiada lagi pihak mempersoal atau bertanya tentang isu ini kepada ibu bapanya, jika ada mereka boleh secara terus bertanya kepada diriya dan biarlah dia seorang menanggung segala beban.
“Saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya.. Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja.
“Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban, bukan keluarga saya. Insha-Allah, majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini.
“Maaf juga kepada pelanggan saya sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang dan mungkin saya bercuti dalam sehari dua lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya..” tambahnya.
Alhamdulillah, selesai juga perselisihan faham antara mereka sekeluarga. Diharap persaudaraan terjalin lebih kuat dan segala salah faham berlaku dapat diselesaikan secara baik.
Tidak mudah menerima kenyataan dikurniakan anak istimewa. Namun, itulahanugerah yang terindah dari Yang Maha Esa. Hanya yang benar-benar terpilih sahaja dan kental jiwanya untuk menerima ujian yang sedemikian hebat.
Perkongsian ibu ini mengenai anak istimewa ini cukup meluluhkan jiwa. Bayi keempat dilahirkan ketika usia kandungan baru 30 minggu. Sebelum itu, ibu ini sudah dinasihatkan supaya menggugurkan kandungan, namun ibu mana yang sanggup berbuat demikian.
Biarpun kelahiran si kecil tidak normal seperti adik-beradik yang lain, namun ibu serta keluarga menerima dengan reda. Perkongsian ibu bernama Roslinda Mohd Rosli cukup menjentik emosi.
Assalamualaikum harini kami dah habis pantang 🥰 inilah dia Nur Raeesa Jannah anak syurga ummi yg Allah hadiahkan tu.
Bayi yg sangat luar biasa semangatnya. Kalau ummi dengar ckp doktor yg suruh buang Jannah waktu dlm kandungan dulu mesti ummi menyesal seumur hidup kan?
Alhamdulillah ummi masih dpt jaga Jannah dan semua org dpt tengok anak ummi yg comel dan kuat ni. Allah jadikan Jannah mcm ni bukan saja2 tapi Allah dah sediakan sesuatu yg indah untuk mereka yg selalu doakan Jannah 💕
Tak sangka di usia 30-an Allah anugerahkan ummi anak syurga. Setelah dikurniakan 3 org anak yg normal. Yg ke4 Allah beri ummi anak istimewa. Walaupun otak Jannah x normal dan x terbahagi dua bahagian mcm org lain tapi Jannah hebat, Jannah x sakit pun dan Jannah xpernah susahkan ummi selama ummi jaga Jannah.
Malu Ummi pada Allah sebab ummi sendiri pun tidak sekuat dan sehebat Jannah. Ummi percaya Allah tidak akan aniaya hamba2 nya lebih2 lagi pada bayi sekecil Jannah. Berbaik sangka selalu pada Allah. Jannah adalah permata kecil dari Syurga untuk Ummi di dunia ni.
Boleh bayangkan tak, keluar waktu usia 30 minggu dalam kandungan, boleh bernafas guna paru² sendiri tanpa bantuan oxygen walaupun doktor dh ckp 50/50 lepas off oxygen tapi siapa je boleh sangkal semua ketentuan Allah? Allah Maha Baik..
Subhanallah Allah tidak mencipta sesuatu kejadian tu hanya sia2 melainkan org beriman itu berfikir akan kebesaran Allah yg Maha Esa.
Semoga baby Jannah terus kuat dan membesar seperti anak-anak yang lain. Semoga puan Roslinda Mohd Rosli dan keluarga tabah serta reda dengan ujian yang diberikan.
Umum mengetahui bahawa Datuk Azizulhasni Awang atau Jijoe yang menamatkan perlumbaan final keirin telah berjaya meraih perak.
Sungguhnya kecewa tidak dapat membantu kontinjen negara meraih pingat emas Sukan Olimpik 2020 namun beliau telah mengorbankan seluruh jiwanya pada penampilan keempat temasya sukan terbesar dunia itu.
Tewas di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny, rakyat Malaysia tetap memberi kata-kata semangat untuk beliau mara lebih gemilang pada sukan Olimpik 2024.
Hakikatnya bukan calang-calang perlumba Keirin ini yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ mampu menjadi saingan kepada Jason Kenny juara yang memenangi pingat emas itu.
Kehebatan Jason Kenny sudah tidak diragui lagi apabila telah memenangi 7 pingat emas dalam temasya sukan dunia ini beberapa tahun sebelum ini.
Jika nak tahu lebih lanjut ikuti siapakah Jason Kenny ini, ikuti perkongsian ini.
Sambil tengok kejayaan pingat perak diraih oleh Dato Azizulhasni Awang, saya buat carian info berkaitan pemenang pingat emas bernama Jason Kenny. Tak susah pun cari, ada terpampang di website rasmi Olimpik 2020 >> https://olympics.com/…/jason-kenny-becomes-first-briton...
Emas ke tujuh bagi olimpik kali ke 7
Saya terkejut. Saya rasa orang yang tahu pasal Kenny pun terkejut juga. Sebab kejayaan emasnya ini bukan emas pertama . Tetapi ini emas yang ketujuh bagi Olimpik. Kali ke-7.
Jason Kenny bersama isterinya Laura
Jason Kenny ini dilahirkan pada 1988 (jadi tahun 2021 ini, umurnya 33), menang emas pada 2008 di Beijing (1 emas) ketika usianya 20 tahun, kemudian 2012 di London (2 emas), mengahwini seorang pelumba basikal bernama Laura Trott pada 2016, kemudian memenangi emas pada Olimpik 2016 di Rio (3 emas) dan tahun ini, Olimpik Tokyo 2020 (1 emas).
Nak cakapnya Ogos 2017, Laura lahirkan anak mereka, kemudian menyambung sukan lumba basikal seperti biasa. Dan pada Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos 2021 ini, Laura memenangi pingat emas Olimpik kali ke-4.
Ayah dapat 7 emas Olimpik acara lumba basikal. Ibu dapat 4 emas Olimpik acara lumba basikal. Anaknya?
Jangan pelik kalau anak itu juga menjadi pelumba basikal. Tetapi jangan pelik juga kalau anak mereka tak menjadi pelumba basikal. Tak kisah, asalkan bukan kahwin dengan basikal sudahlah.
Apa pun, kita doakan moga Datuk Azizulhasni Awang terus berjuang untuk mencapai impian meraih kejayaan di sukan terbesar dunia ini pada tahun 2024 di Paris!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.