Menambah ilmu tentang menanam cili di laman rumah agar bukan sahaja boleh hidup subur malah hasil tuai boleh disimpan lebih lama untuk kegunaan sendiri ada caranya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Tok Serama, menurutnya ada 32 tip yang cukup mudah untuk dipraktikkan.
Ini perkongsiannya.
Cara mudah tanam cili di rumah
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
Ads
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
Ads
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
Ads
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan
Sumber : Tok Serama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Kongsi Kejayaan Di Pentas Konvokesyen
Jika si bapa berjaya mendapat PhD, si anak pula berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.
Dr. Azmi Abd Majid yang berusia 52 merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.
Bapa Genggam PhD, Anak Peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.
Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya ‘belajar sebanyak mungkin’ menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya. Aleeya turut merancang mengikuti jejak ayahnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah (Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin, pelajar program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS )
Tidak dinafikan setiap antara kita setelah seharian berkerja sama ada di pejabat mahupun melakukan kerja-kerja rumah, pasti berasa letih. Jika setiap hari melalui rutin yang sama tanpa ada memberi ruang untuk merawat diri untuk menghilangkan kelesuan yang dirasa, tentu sahaja akhirnya mengganggu kesihatan.
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mengembalikan semula kecergasan diri selain perlu berehat buat seketika, atau pergi ke spa untuk memanjakan diri dengan urutan badan. Anda juga boleh lakukan amalan ini di rumah dengan mudah dan modal yang rendah.
Ini sebagaimana menurut perkongsian Ana Mahabu di akaun facebooknya, berkongsi kebaikan merendam kaki yang boleh diamalkan dalam melegakan kelesuan tubuh badan.
Nak tahu apa ramuan yang digunakan dan keistimewaan melakukan rendaman kaki ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya. Semoga bermanfaat.
Manfaat rendam kaki dengan campuran cuka dan air panas
Membantu tidur nyenyak
Kalau anda berendam selama setengah jam dengan air cuka, boleh membantu saraf-saraf kamu jadi lebih kurang tekanan dan selesa. Tentu sahaja kalau anda melakukan hal ini dengan berkala, kamu punya tidur yang lebih berkualiti.
Menghilangkan Kepenatan
Cuka putih itu juga boleh melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh yang penat agar peredaran oksigen juga lebih lancar dan tubuh terasa lebih ringan. Jadi, energi dan semangat kamu boleh kembali lagi!
Membersihkan Toksin Di Dalam Badan
Dibahagian kaki ada banyak zon refleksi yang sangat hebat
Cuka boleh menembusi kulit kaki dan meningkatkan peredaran darah, meningkatkan fungsi organ tubuh, membuang kotoran dan boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada penyakit kronik.
Melembabkan Kulit
Kulit kaki yang kering dan pecah-pecah boleh disembuhkan dengan berendam air cuka selama 1 minggu. Bukan itu sahaja, tapi kulit kaki juga jadi lebih puih dan lembab.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ramai yang mungkin memberi alasan sukar untuk menyimpan, ada sahaja perkara yang membuatkan hasrat tersebut tidak dapat dicapai. Tetapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini, saudara Muhammad Hassan
berkongsi tip bagaimana isterinya menyimpan duit hanya di tepi mesin basuh. Namun setahun kemudian berjaya memperoleh RM1424 tidak termasuk duit syiling. Nak tahu cara mudahnya, jom baca perkongsian ni.
Hari ini genap setahun Wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja.
Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).
Tips nya mudah. Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal?.
KeTiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh,jadi bila suami tiba tiba rajin,dia akan pergi masukkan duit baki beli barang,atau baki bayar tol.
KeEmpat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
KeLima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas ???.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.
-EncikMatt-
#MenabungDariRumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...