Tanaman cili merupakan antara tanaman yang popular ditanam dihalaman rumah. Biarpun untuk memastikan ia subur dan merimbun agak sukar tetapi ia tidak menjadi halangan kepada mereka yang suka bercucuk tanam.
Begitulah yang dilakukan oleh pemilik facebook puan Hanim Azmi yang mempunyai semangat yang tinggi untuk memastikan tanamannya subur dan menjadi. Malah menerusi tip daripada bapanya dan group Berkebun Untuk Beginner (BUB), beliau berjaya memastikan tanaman cilinya subur.
Mengakui masih baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, wanita ini turut berkongsi tiga tip yang dipraktikkan untuk tanaman cilinya.
Ikuti perkongsiannya.
Salam kenal dari saya buat semua warga BUB First time post gambar di sini. So far lebih banyak jadi silent reader tengok semua pakat tanam pokok mostly menjadi
Mulanya saya tanam semuanya dalam beranda je sebab saya trauma dengan kisah dulu, pokok saya pernah kena curi dengan jiran atas rumah saya (pekerja warga asing) itupon saya tenggek atas beranda. Tapi, lama² semua pokok cili yang asalnya merimbun mula luruh daunnya dan hampir botak disebabkan serangan *BENA*. Hasil tak usah cakaplah kan kalau pokok dah nak botak
Jadi saya pon nekad ubah cara, saya ikot tips abah saya bagi (boleh kata hari² call abah) dan otai² di sini juga group² kebun yang lain, saya trim semua, buang segala yang rosak, tapi tinggalkan sikit daun untuk pokok ni dapatkan makanan cahaya matahari dia untuk terus survive dan kekalkan kelembapan tanah sentiasa. Saya beranikan diri pindah keluarkan dari beranda ke luar rumah. Hari² setiap masa saya pantau saya jeling takot² ada orang nak angkut pokok saya lagi .
Rumah saya memang matahari segan nak bagi panasnya direct tapi so far alhamdulillah saya tengok pokok² saya membesar dengan baik
Sepanjang tempoh survive yang makan masa sebulan lebih, ada 3 JENIS SERANGAN yang saya dapat, saya sertakan dengan cara saya buat.
Petua elak tiga serangga perosak
-BENA (saya spray cuka kayu seminggu sekali je. Tapi baru 2x spray saya stop sebab pokok saya mula berbunga dan saya dapat tahu yang cuka kayu tak boleh sembur pada daun dan bunga menyebabkan bunga yang baru berputik nak jadi buah akan kekuningan dan layu dalam erti kata lain takkan ada harapan nak jadi buah cili. BENA masih ada tapi mula berkurang dan banyak daun baru tumbuh cantik).
-SIPUT (saya kutip je buang dalam longkang. Sebab masih tak berkesempatan nak pergi kedai racun).
-SEMUT (saya benam bawang putih dalam seulas dua dalam setiap pasu. Alhamdulillah semut tak naik dah. Kalau ada pon seekor dua semut ni panjat pokok saya ikot daun yang melekat pada dinding beranda).
Itu saja tips yang saya guna setakat ni. Baja saya campur. Baja buah + baja kopi. Tapi dah sebulan saya biar. Sebab saya taknak pokok saya terlebih baja. Biarlah dia subur saat musim tengkujuh ni dengan sendiri. Musim tengkujuh ni saya tak siram pokok saya sebab hari² hujan lebat.. Saya cuma pastikan tanah sentiasa lembab. Nak tau tanah masih lembab, saya tiru cara abah dengan cucuk satu jari dalam tanah. Anda boleh rasa dan tengok dari keadaan tanah yang bersisa melekat pada jari. Dan kalau kering baru saya siram. Sekian dari saya seorang amateur.
Semoga jadi panduan bersama bagi yang baru nak berjinak-jinak tanam cili dihalaman rumah.
Sumber: Hanim Azmi