Buat ketua keluarga yang masih tercari-cari peluang untuk menjana ekonomi keluarga, apa kata memberi tumpuan khusus untuk realisasikannya dengan menanam cekur.
Mungkin ada antara kita tidak mengetahui peluang dan potensi tanaman cekur ini boleh memberi pulangan yang lumayan.
Hal ini dikongsikan seorang pengusaha tanaman dan semoga ianya bermanfaat.
Fertigasi Cekur : Peluang yang ditinggalkan
Ubi cekur dijual RM25 sekilo. Daun cekur dibuat ulam RM15 sekilo. Harga borong ubi cekur adalah RM13-15 sekilo manakala daun cekur harganya RM 6-8 sekilo.
Cekur atau kencur ini dibuat ulam dan dimasuk dalam masakan orang jawa. Banyak kelebihan cekur ni sebenarnya. Tapi Tak ramai yang tahu potensinya. Kalau rajin boleh rujuk Kat link ni ( https://www.bidadari.my/khasiat-cekur/ ).
Saya menanam lebih 10 ribu polybeg cekur. Setiap hari Saya tuai. Satu polybeg jika dijaga dengan baik boleh menghasilkan lebih 3 kg dalam masa 4 bulan daun cekur. Jika nak ubinya perlu tunggu 8 bulan.
Jika ditanam ditanah terlalu lama sehingga 1 tahun. Daunnya pun tak cantik. Sistem Fertigasi Cekur boleh di intergrasikan dengan tanaman lain seperti sayur yang memanjat iaitu timun dan kacang panjang. Di bawah kita tanam cekur kat atas boleh dapat hasil tanaman lain dua musim sebelum cekur jug di tuai.
Permintaan yang tinggi sehingga 100 kg seminggu membuatkan saya mahu berkongsi perkara ini dengan semua. Berminat dengan cekur fertigasi.
Sumber : Baharuddin Mohamed