Tanam Brokoli & Cauliflower Di Tepi Rumah, Begini Campuran Tanah Kena Buat. Barulah Hidup Subur!

Share

Mempelbagaikan tanaman sayur-sayuran sedia ada di laman agar lebih bervariasi bolehlah dituai dan dinikmati bersama seisi keluarga dengan pelbagai resipi.

Selain tanam bayam brazil, sawi atau kangkung, apa kata mencuba untuk menanam brokoli dan cauliflower.

Di sini dikongsikan cara-caranya dan turut disertakan bagaimana untuk menyediakan  tanah yang subur untuk pastikan tanaman yang ditanam hidup dan akhirnya dapat dituai hasil seperti mana yang diharapkan.

Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.

Hi Assalamualaikum semua saya nk shakre cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit.

Cara-cara menanam Cauliflower dan brokoli

1:
Menyediakan medium.
Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.

2:
Menyemai biji benih.
Tabur biji benih dalam tray semaian, 1biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.

3:
Memindahkan anak semaian.
Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1

4:
Pencahayaan matahari.
Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.

5:
Menyiram.
Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.

6:
Membaja.
Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.

7:
Kawalan serangga.
Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.

8:
Masa Menuai. boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam.

Ekstra tips

Campuran tanah baja buat sendiri saya sertakan resepi nya sekali!

2 guni tinja ayam yang setiap guni berisi
25-30Kg

3 kereta tolak tanah bakar

2Kg kaptan Dolomite

1 guni Cocopeat 50kg

Kompos anggaran 10kg

Cara penyediaan :

1. Gaul sebati, biar 2 minggu.

2. Masuk dalam polybag size 16x16ich dapat 29 polybag.

Selamat mencuba

Sumber : Nur Zaliana

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club 

Selain itu boleh juga sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftar di sini.