Masakan sayur tumis menjadi antara menu sayur yang enak dimakan dan mudah untuk disediakan. Dan antara menu sayuran yang digemari, adalah brokoli.
Oleh itu, buat ibu-ibu yang mempunyai hobi bercucuk tanam, apa kata mencuba menanam sepokok dua di laman rumah.
Di sini dikongsikan untuk info bersama.
BROKOLI
Brokoli hibrid Tahan Panas :
Jom tanam :
Ads
Langkah 1 :
Dapatkan benih BROKOLI, Rendam dalam air. Pilih yang tengelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratuasan percambahan kecil.
Langkah 2 :
Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur kan benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan . Media semaian mesti lah basah. Gunakan tanah organik @ peat moss.
Langkah 3 :
Ads
Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2helai daun. Alih kan dan letak di kawasan redup.
Langkah 4 :
Anak pokok boleh di pindahkan dalam polybeg atau pasu setelah berusia 25hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih kan anak benih tadi ke pasu yang besar atau polybeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakan benih terkena kejutan cuaca panas.
Ads
Langkah 5 :
Letak di tempat teduh dan perlahan alih kan ke kawasan panas selepas 1 minggu .Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm.Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.
Langkah 6 :
Baja pokok setiap 2kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.
Langkah 7:
Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2 minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas atau pun penyakit kulat.
Brokoli boleh di tuai selepas 50 HARI KE 3BULAN. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.
sumber : Mohd Shaifful via Kebun Sayur, Bunga dan Buah-buahan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua artis hidup mewah seperti yang disangkakan oleh sesetengah masyarakat. Ada antara mereka terpaksa melalui pelbagai kesusahan sebelum hidup senang lenang seperti sekarang.
Itu antara yang dikongsikan oleh Shuib Sepahtu dan isteri Siti Sarah Raisuddin dalam satu sesi bersama DJ Nas.
Jom ikuti perkongsian tersebut.
“Saya tiada kereta, saya tiada rumah, duit pun tiada ketika itu,”.
Itu antara cerita awal Shuib tatkala mengimbas kembali perjalanan dia mengenali Isteri tercinta, Siti Sarah hingga membawa mereka ke jinjang pelamin dan berjaya seperti sekarang.
“Saya kenal sarah melalui majalah, tv dan pernah ambil gamabr dia dengan mak saya. Kemudian apbila saya masuk raja lawak, saya bertemu dengan Sarah untuk satu sitcom dan dari situ kenal dia.
“Proses perkenalan terlalu singkat dan cepat. Tiba-tiba saya ambil keputusan untuk akhiri zaman bujang padahal waktu itu saya tiada apa-apa. Saya baru nak bangunkan kerjaya dan show pun tak ada. Saya tiada kereta, rumah dan duit,”ujar Shuib.
Pernah bekerja di bazar ramadan dengan membakar ayam, Shuib juga pernah tangkap ayam dan hantar ke rumah pelakon terkenal Rosyam Nor.
“Kesusahan paling saya ingati ketika masuk rumah yang kecil dengan hanya satu sofa, katil dari rumah lama. Waktu berbuka puasa, makan atas tikar kecil sebab tiada meja makan.
“Apabila dapat anak pertama, saya nak memenuhi maksudnya nak anak pertama senang. Saya ingat waktu nak bayar untuk isteri bersalin, anak sulung paling struggle memandangkan bersalin melalui pembedahan.
“Waktu beranak saya happy tetapi lepas beranak saya pening kerana tak cukup duit. Bila cucuk duit banyak yang tak cukup. Tapi alhamdulillah kawan-kawan banyak tolong,” cerita Shuib lagi.
Tambah Siti Sarah pula, selepas bernikah baru dia jatuh cinta dengan suaminya. Pernah sebelum ini menerusi perkongsian di laman instagramnya, Sarah mendedahkan kepada dia memilih Shuib sebagai suami.
“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki.
“Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??.
“Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna.
“Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu.
” Dia ada sifat dan keperibadian dia yang mana tak malas. Dia malu kalau tak ada apa yang disediakan di atas meja untuk keluarganya.
“Untuk kekalkan kebahagian adalah apapun keputusan serahkan pada Shuib kerana saya sedar saya seorang isteri. Jangan pernah persoal tanggung jawab masing-masing.
“Kena tahu dan jalankan tanggung jawab sendiri. Kena luang masa dengan suami tanpa anak-anak,” ujar Sarah lagi tatkala ditanya mengenai prinsip yang diamalkan dalam rumah tangga,” ujar Sarah lagi.
Pada zaman media sosial, lumrah orang berkongsi apa sahaja di laman tersebut lebih-lebih lagi mereka yang bergelar selebriti. Termasuklah pasangan ini, namun Shuib menggunakan platform tersebut untuk berkongsi benda-benda positif.
“Saya suka guna media sosial untuk perkara positif kerana ia adalah satu power yang boleh mempengaruhi banyak orang.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Melihat rumah kebun milik keluarga puan Hani Hamzah ini nampak begitu tenang dan mendamaikan.
Rumah yang didirikan dengan konsep English Farm House dengan tema hitam putih ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bercadang memiliki rumah di kampung suatu masa kelak.
Sebelum itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Hani berkenaan Rumah Kebunnya ini.
BELI TANAH KAMPUNG
2 tahun lepas kami membeli tanah kampung kepunyaan bapa saudara suami di Seri Menanti bersebelahan dengan Istana Seri Menanti.
Niat kami nak buat rumah persaraan nanti. Kami sekarang tinggal di Selangor. Jadi sementara waktu, idea suami isteri untuk buat pondok kecil sebagai rumah kebun terlebih dahulu sebab kami ada menanam pokok durian dan pokok-pokok buah yang lain.
BERSAMA SUMBANG IDEA
Jadi rumah kebun terbina dengan konsep english farm house.Binaan luaran idea suami dan susun atur dalamam saya yang buat. Tema hitam putih.
Rumah kebun ni jadi rumah singgah sahaja. Sebelum pkp memang setiap minggu kami balik menguruskan kebun. Kebetulan rumah ibubapa suami juga di Seri Menanti, jadi semasa pkp pokok-pokok dijaga oleh bapa suami. Hari-hari bapa siram pokok.
RUTIN PENJAGAAN
Manakala 2 kali sebulan kami akan mesin rumput sendiri untuk keluasan 1.2 ekar tanah. Tak pernah upah orang. Itu sebagai exercise rutin suami isteri. Masa pkp bila dapat surat kebenaran kami balik jenguk kebun untuk membaja 2x sebulan
TENANG & DAMAI
Saya suka cari ketenangan di rumah kebun. Suasana di kampung berbeza. Laman yang menghijau berlatar belakang bukit-bukit, udara yang bersih & sejuk di pagi & malam hari.
Bahkan suasana di malam hari cukup istimewa bila dapat dengar bunyi-bunyi hutan seperti ada bunyi cengkerik, katak.. terubat rindu suasana hutan.
Bila kita menyaksikan harga barangan dan makanan serba serbi naik harga namun masih ada lagi peniaga yang berhati mulia tidak mementingkan keuntungan besar semata-mata namun masih mengekalkan harga jualan bahkan jauh lebih murah daripada harga kelaziman.
Ini seperti mana berita yang dikongsikan oleh Sinar Harian berkenaan seorang peniaga roti canai di Kuala Terengganu nekad menjual roti canai dengan harga serendah 50 sen.
Jika difikirkan logik akal, mana hendak dapatkan keuntungan daripada jualan tersebut.
Namun percaya pada kekuatan rezeki, Rohaizan Hassan, 51, mengambil keputusan menjual roti canai murah biarpun menerima kritikan daripada peniaga lain atas tindakannya yang dianggap ‘membuang harga’ bagi melariskan jualan.
Niatkan Untuk Arwah Anak
“Ada sebab saya jual roti canai murah. Pertama, saya niatkan atas nama anak saya, Allahyarham Mohd Syafiq Najmuddin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di kawasan ini ketika menghantar ‘pizza’ yang dipesan pelanggan pada 2019.
“Kedua, saya mengenangkan nasib orang-orang yang kurang bernasib baik, ada anak ramai tetapi tidak mampu nak berbelanja lebih untuk beri anak-anak makan lebih-lebih lagi dalam tempoh yang sukar ketika ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurut Rohaizan, dia terfikir untuk menjual roti canai murah selepas menonton sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sebuah gerai di Kedah menjual roti canai pada harga yang sama.
“Selepas menonton rancangan itu saya mula terfikir mengapa saya tidak boleh jual pada harga murah juga sedangkan peniaga berkenaan boleh buat.
“Saya akui, ada yang komplen cakap jual roti murah tak dapat untung dan kalau nak berniaga tak boleh jual harga ini. Saya kata, itu rezeki masing-masing. Kalau kita niaga di kedai tetapi nak jual murah pun boleh. Semua tu kita yang ‘adjust’ (selaraskan),” katanya.
Rohaizan berkata, kenaikan harga barang tidak menjejaskan perniagaanya malah dia berazam untuk terus mengekalkan harga 50 sen pada roti canai yang dijual.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.