Bagi yang suka menanam sayur-sayuran di tepi rumah, hanya mereka sahaja yang tahu betapa seronok dan puasnya jika tanaman yang ditanam hidup subur dan berbuah lebat.

Namun buat anda yang pertama kali ingin mencuba menanam bendi, bolehlah ikut cara yabg ditunjukkan ini dan nikmati hasil tanaman yang memuaskan hati.

SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.

2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.

Tanam Bendi Dalam Polybag & Berbuah Lebat Ada Caranya Boleh Follow!

3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.

4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.

IKLAN

Tanam Bendi Dalam Polybag & Berbuah Lebat Ada Caranya Boleh Follow!
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.

6. Siram 2 kali sehari.

7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6nin 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.

Tanam Bendi Dalam Polybag & Berbuah Lebat Ada Caranya Boleh Follow!

Ekstra info

IKLAN

Tanam Bendi Dalam Polybag & Berbuah Lebat Ada Caranya Boleh Follow!

Kalau nak rendah dan buah lebat pangkas pucuknya. Yang gambar atas ni benih dari kedai eco rm2.10.

Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.

Tanam Bendi Dalam Polybag & Berbuah Lebat Ada Caranya Boleh Follow!

IKLAN

Kena buat kawalan serangga dan perosak seminggu sekali untuk buah bendi yang elok seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Lebai Kudin 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Artikel berkaitan : Macam-macam Wanita Ni Tanam. Setiap Satu Caranya Dikongsikan & Boleh Dicuba! 

Untuk anda yang ingin mendapatkan biji benih bendi boleh beli online DI SINI

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI