Tanam Banyak Kali Tak Subur, Akhirnya Berjaya. Wanita Ini Kongsi Petua Tanam Daun Sup Sampai Jadi!

Share

 

Pokok daun sup ni wajib ada di setiap rumah. Memang tidak sah kalau ketika keluar membeli barangan dapur anda tidak membeli daun sup sebagai penambah rasa dan hiasan dalam masakan terutama masakan sup.

Tidak nafikan ada yang tanam daun sup tidak menjadi dan tidak subur. Akhirnya ada yang mengambil keputusan untuk membeli aje di kedai.

Namun hakikatnya jika di tanam di halaman rumah pastinya daun sup lebih segar, siap boleh buat ulam lagi. Banyak khasiatnya! Awet muda lagi!

Apa kata ikuti petua puan Yan TieYasin menerusi group Berkebun Untuk Beginner cara menanam daun sup yang mudah. Namun katanya, jika tak menjadi, tetap usaha untuk tanam kali kedua dan seterusnya. Katanya lagi, kena banyak kali mencuba. Beliau sendiri, setelah percubaan pertama gagal, tapi percubaan kedua baru menjadi!

Ikuti lanjut perkongsiannya.

_____________________

Pokok daun sup, tanam dari keratan batang/akar. Tanam x hidup sudah bnyk kali. Kene cuba dan cuba lagi… Yg ini kali kedua tanam dan hidup.

INI CARANYA, MUDAH AJE!
Keratan batang tu rendam bahagian akar sahaja. Lebihan batang yang tak berdaun buang dari pangkal pokok.

Dah keluar akar baru baru pindah ketanah/pasu. Tanam bahagian akar sahaja.
Letak di tempat redup.

JANGAN LUPA LETAK BAJA!

Pokok dah stabil saya letak baja NPK 16,16,16 . Tak perlu siram bnyk air. Sekadar basah/lembab sudah cukup utk elak akar busuk dan btg reput

Nasihat: Kdg kene cuba berkali-kali  baru hidup. Cuba dan cuba.

Ini lah hasilnya!

Sumber: Yan TieYasin