
Pokok daun sup ni wajib ada di setiap rumah. Memang tidak sah kalau ketika keluar membeli barangan dapur anda tidak membeli daun sup sebagai penambah rasa dan hiasan dalam masakan terutama masakan sup.
Tidak nafikan ada yang tanam daun sup tidak menjadi dan tidak subur. Akhirnya ada yang mengambil keputusan untuk membeli aje di kedai.
Namun hakikatnya jika di tanam di halaman rumah pastinya daun sup lebih segar, siap boleh buat ulam lagi. Banyak khasiatnya! Awet muda lagi!
Apa kata ikuti petua puan Yan TieYasin menerusi group Berkebun Untuk Beginner cara menanam daun sup yang mudah. Namun katanya, jika tak menjadi, tetap usaha untuk tanam kali kedua dan seterusnya. Katanya lagi, kena banyak kali mencuba. Beliau sendiri, setelah percubaan pertama gagal, tapi percubaan kedua baru menjadi!
Ikuti lanjut perkongsiannya.
_____________________
Pokok daun sup, tanam dari keratan batang/akar. Tanam x hidup sudah bnyk kali. Kene cuba dan cuba lagi… Yg ini kali kedua tanam dan hidup.
INI CARANYA, MUDAH AJE!
Keratan batang tu rendam bahagian akar sahaja. Lebihan batang yang tak berdaun buang dari pangkal pokok.
Dah keluar akar baru baru pindah ketanah/pasu. Tanam bahagian akar sahaja.
Letak di tempat redup.
JANGAN LUPA LETAK BAJA!
Pokok dah stabil saya letak baja NPK 16,16,16 . Tak perlu siram bnyk air. Sekadar basah/lembab sudah cukup utk elak akar busuk dan btg reput
Nasihat: Kdg kene cuba berkali-kali baru hidup. Cuba dan cuba.
Ini lah hasilnya!
Sumber: Yan TieYasin
Lelaki Jangan Komplen Bila Isteri Duduk Dalam Kedai Lama-Lama! Superdaddy Ni Jelaskan Sebabnya

“Nak masuk kedai sekejap ye”
Ayat ni nampak je simple ye, tapi…. Bila diucapkan oleh mak-mak pasti akan berubah makna jadinya bak kata orang ‘dengar boleh percaya jangan!’. Hehe
Mana taknya, sekejap mereka tu, maunya paling cepat akan keluar dalam masa 10 minit! Masuk kedai nak aim beli barang satu dua je. Tapi bila dah teringat barang lain ada yang macam tak cukup, diambil sampai boleh penuh satu raga.
Itu belum lagi tambah masa bila satu barang tu belek bukan main lagi takut rosak ke apa ke, kan tak pasal nak kena patah balik!
Itulah yang dirasai oleh Khairul Abdullah selepas galas tugas sebagai Superdaddy. Jom ikuti perkongsiannya.
KENAPA ORANG PEREMPUAN MASUK KEDAI LAGI LAMA DARI LELAKI?
Lepas balik dari lunch semalam kawan aku cakap nak singgah Speedmart kejap, nak beli pampers katanya.
Aku pun tunggu lah kat luar tu. Baru berkira nak jawab whatsapp dia dah keluar, tak sampai 2 minit pun.
“Aikkk, apasal cepat sangat? Pampers jer?”
“Kita orang laki bang, nak beli itu maka itu jer. Ambik, bayar dan terus keluar.”
“Ohh, aku lupa. Aku ni dah half-hal dah, tak sama macam korang. Separuh mak dan separuh bapak, so kalau masuk kedai jadi lama.”
Kah kah kah, kami bantai gelak.
Yelah, dulu aku sama jer macam laki lain. Apa sahaja bini pesan memang itu sahajalah yang dibelinya. Takde nak beli extra nye.
Kadang-kadang tu berbulu jugak bila bini masuk kedai. Kemain lama dia dalam tu, katanya nak beli telur dengan garam jer. Tapi masuk kedai dekat 20 minit dan keluar satu troli.
Haishhh.
But now aku merasalah benda yang sama.
Masuk jer kedai maka mata akan terus scan dari satu rak ke satu rak. Bukan memilih barang tetapi memikir barang yang ditengok tu ada lagi tak kat rumah.
Kalau lalu bahagian sabun, maka terus scan rak sabun kat rumah, sabun basuh, sabun mandi, sabun cuci pinggan dan sebagainya.
Lepas tu rak lain pulak, maka lagi sekali mata tengok barang dan otak scan mengingat barang kat rumah ada ke tak. Lepas tu tengok pulak ada jenama lain harga lebih murah pulak, dok pikir nak tukar ke tak, nak tukar ke tak.
Haaa, sebab tulah masuk kedai jadi lama.
Orang laki ni dia tak monitor atau keep track barang kat rumah ada ke tak. So apa bini pesan dia beli sahaja. Sebab tu boleh cepat. Tapi bila time bini yang beli maka peluang tersebut diambil sepenuhnya untuk topup semua barang yang dah habis atau tak ada.
Jadi, wahai orang laki sekalian, korang janganlah marah kalau bini korang berlama-lama kat kedai tu. Atau bila dia cakap nak beli satu barang tapi dia keluar dengan 16 barang.
Itu semua adalah untuk kebaikan rumahtangga kau jugak.
Sesungguhnya kalau diorang takde maka kau kena take over dan akan buat benda yang sama jugak.
Macam aku.
KHAIRUL ABDULLAH
Bukan Beban Bila Anak Bertambah. Perniagaan Berjaya & Gaji Naik, Hakikatnya Kita Menumpang Rezeki Anak.

Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan untuk memiliki anak. Kehadirannya boleh menjadi penyejuk hati dan ujian buat ibu ayah. Namun apabila anak semakin bertambah, segelintir ibu bapa menjadikan ia bebanan buat mereka. Malah ada juga hadkan untuk memiliki anak atas faktor ekonomi.
Bagaimanapun catatan saudara Mohd Zulkifli Shafie menarik untuk kita muhasabah diri agar bersyukur dengan kehadiran cahayamata. Bahawa setiap anak itu adalah punca rezeki melimpah ruah. Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Kita Menumpang Rezeki Anak
Setiap kali bertambah anak, kos sara hidup makin bertambah dan ia pernah merisaukan saya suatu ketika dahulu sebab biasanya kenaikan kos sara hidup tak setara dengan kenaikan gaji. Jadi secara logik biasa, kehidupan semakin sempit sebab berkongsi dengan lebih ramai ahli keluarga dengan gaji yang sama.
Bila bertambah ahli keluarga baru, saya akan buat bajet baru. Disebabkan pertambahan seorang anak setiap satu setengah tahun, maka jumlah kenaikan gaji sentiasa tak sempat cover dengan kenaikan kos sara hidup. Hingga saya give up untuk buat bajet sebab apa yang tertulis atas kertas, memang tak cukup. Adjust ikut mana sekalipun tak cukup juga sebab pendapatan kecil. Isteri pula tak bekerja untuk tampung kos sara hidup.
Rezeki Berupa Kebijaksanaan

Tapi realitinya, gaji waktu tu cukup jer bahkan boleh lagi menyimpan 10% daripada gaji setiap bulan. Hutang pun dapat langsai kesemuanya walaupun dari segi gaya hidup tu, memanglah tak sama dengan orang lain. Tapi yang penting, CUKUP. Kekadang kita lupa, rezeki itu tak semestinya dalam bentuk kewangan, kekadang Allah rezekikan kita berupa kebijaksanaan dalam mengurus kewangan. Kita mampu berbelanja lebih kecil atas perkara yang sama dengan orang lain.
Sewaktu kerisauan saya tentang pendapatan ketika anak sudah 3 orang (lepas 5 tahun setengah berumahtangga), seorang sahabat saya pesan, mintalah rezeki dari Allah atas asbab anak-anak tu.
Anak-anak tu sumber rezeki katanya. Katanya lagi, ‘cable’ kita mungkin banyak yang ‘tersumbat’ (disebabkan dosa-dosa kita), tetapi ‘cable’ anak-anak sangat ‘clear’. Disamping kita berdoa, minta juga anak-anak doakan juga.
Mudah-mudahan Allah lapangkan rezeki kita atas asbab anak-anak itu.
Kita Menumpang Rezeki Anak-anak

Sejak daripada itu, saya pegang betul-betul nasihat sahabat saya itu, katanya “kita menumpang rezeki anak-anak”, bukan anak-anak menumpang rezeki kita. Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki.
Dan bila saya renung balik, setiap kali anak baru yang lahir, ada sahaja peningkatan kami sekeluarga dari sudut kewangan. Cuma kekadang kami sahaja yang tak perasan.
Tetapi peningkatan kewangan itu bukan datang percuma. Takdir Allah itu dihujung ikhtiar manusia. Bila anak bertambah, saya terpaksa lebih rajin berusaha bila memikirkan masa depan mereka. Dari situ datang idea-idea dan semangat yang baru untuk bangkit.
Rezeki Kelahiran Anak Ke-8
Ketika isteri mengandungkan anak kami yang ke-8, Allah berikan semangat baru untuk tingkatkan bisnes kami ke tahap yang lebih tinggi. Kami sudah ada wawasan yang baru dan Allah berikan kami idea-idea baru untuk dilaksanakan. Dan kami nampak perkembangan positif bisnes kami beberapa bulan sebelum kelahiran anak ke-8 kami, Alhamdulillah.
Kesimpulannya, jangan risau tentang rezeki bila bertambahnya anak. Rezeki itu Allah sudah jamin untuk setiap anak. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Berdoalah minta Allah lapangkan rezeki, dan letakkan usaha yang sepadan dengan doa itu supaya Allah memakbulkan doa tersebut, insyaAllah.
Sumber: Mohd Zulkifli Shafie
“Dia Akan Tegur Bila Dah Tak Ada Orang” Neelofa Kongsi Kehidupan Lepas Berumahtangga

Pejam celik pejam celik.. Sudah lebih setahun usia perkahwinan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Rumah tangga pasangan ini lebih dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.
Memetik laporan Harian Metro, Neelofa akui beruntung apabila suaminya sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran buat dirinya dalam menjadi isteri dan Muslimah sejati.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula.
“Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu.” katanya.
Menurut usahawan berumur 33 tahun itu, selepas bersalin dan melalui fasa baharu sebagai ibu, kehidupannya tidak lagi terikat dengan jadual harian yang padat.
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman.
“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini” tambahnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur diberikan perjalanan kehidupan yang seimbang baik daripada segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.
“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.
“Saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran.
“Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya.” jelasnya.
Neelofa juga berkongsi yang suaminya seorang sentiasa memberi ruang untuknya melakukan dalam apa juga perkara.
“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.
“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro