Mengumpul koleksi pokok atiati kian menjadi kesukaan ramai ketika ini. Atiati ini selain mempunyai bentuk daun yang cantik dengan pelbagai warna, dan dikatakan juga daunnya ‘pandai’ berubah warna mengikut keadaan cuaca.
Untuk anda yang baru bercita -cita hendak menanam atiati di laman rumah, apa kata baca dulu perkongsian daripada Cornie Salabin Awat dan Hirma Aziz.
Ramai yang keliru termasuk saya sendiri apa lagi yang masih baru mula berjinak-jinak mengumpul koleksi Coleus@atiati.
Atiati ni selain mempunyai bentuk daun yang unik, daun pandai berubah warna mengikut keadaan cuaca sesuatu tempat dan tahap kematangannya. Semakin terang cahaya matahari semakin cantik warna daun.
Hari ini saya cuba untuk sharing perubahan warna daun id “Bidadari” yang sedang diburu ramai oleh penggemar coleus@atiati.
Bermula dari warna keputihan hijau menjadi ke pink kemerahan
Ada yang kata Bidadari antara id yang lambat membesar dan yang susah untuk hidup..
Ini adalah antara koleksi yang saya beli pada 3.1.2021 dan sehingga 6.2.2021 telah menghasilkan 2 pokok (untuk koleksi id sendiri saja dulu).
Cara Tanam
Cara tanam mudah, petik keratan then cucuk pada tanah. Elak daripada kena direct sun selama 3 – 5 hari tetapi perlu juga indirect sun supaya batang tidak buruk.
Bila keluar akar bole la letak bawah direct sun supaya daun lebih menyerlah dan cantik.
Oh ya, koleksi Bidadari saya ni asal dari pokok yang sama ya..
🌹Pic 1 – rupa asal selepas 7 hari dibeli di nurseri (warna keputih-putihan hijau)
🌹Pic 2 – lepas 2 minggu cuba memberanikan diri petik 2 keratan buat bibit dan tanam di pasu hitam tu (pic ni di ambil selepas 10 hari)
🌹Pic 3 & 4 – rupa pokok asal (pic 1) selepas petik 2 keratan. Pucuk baru yang tumbuh berwarna kemerahan.
Manakala berkongsi cara menyemai pokok bunga ati-ati dengan teknik rendaman sebelum ditanam seperti yang dikongsikan oleh Hirma Aziz ini juga boleh dipraktikkan buat anda yang ingin menanam pokok yang sedia ada.
Ini perkongsiannya.
Projek hari ni…Kita rendam dulu sebelum semai bagi segar…
Cara rendaman macam mana pun okay asalkan jangan terendam lama-lama.
Waktu paling sesuai untuk semai petang-petang time dah redup… kalau buat malam lagi okay sebab dah sejuk… kemudian letak ditempat teduh… dalam 2 minggu dah boleh pindah ke panas dan dibaja..
Setiap orang ada cara masing-masing, selagi pokok segar, hidup, tumbuh elok dan membesar dengan sihat should be fine…