Memupuk minat anak-anak suka makan sayur, apa kata hari ini kita seisi keluarga cuba menanam asparagus.
Hasilnya nanti bolehlah dimasak menjadi pelbagai pilihan menu kegemaran keluarga.
Nak tahu lebih detail cara menanam aspragus, jom baca perkongsian ini.
Ada beberapa orang yang tanya cara saya tanam dan jaga asparagus. Di sini saya kongsikan caranya.
Asparagus boleh tanam melalui biji benih atau beli “crown” atau pun pokok.
Dibawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih dan sesiapa yang beli crown atau pokok boleh ikut dari step 5 dan seterusnya.
Cara semai asparagus :
1. Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan.
Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sdb air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
2. Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss.
Letakkan biji benih, satu biji satu lubang.
Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
Ads
3. Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh.
Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh.
Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu.
Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
4. Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil.
Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery.
Guna baja tinja ayam.
Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
Ads
5. Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
6. Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
7. Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam.
Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
8. Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar.Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
Ads
9. Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
10. Asparagus ada pokok jantan dan betina.
Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina.
Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih.
Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
( Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
11. Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 30 tahun.
Berbaloi sekali tanam, 30 tahun boleh tuai.
Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain.
12. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik.
Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ?
Jom tanam asparagus.
Penyanyi Lah Ahmad atau nama sebenarnya Abdullah Bin Ahmad merupakan komposer, penulis lirik dan bekas anggota kumpulan VE, namun kini lebih selesa bergerak secara solo.
Lah yang kini lebih selesa membawakan persembahan berkonsepkan kerohanian baru-baru ini telah mengadakan ’25 Years Lah Ahmad Live In Concert.’
Konsert yang berlangsung di Stage Theatre PJPAC 1 Utama E, Petaling Jaya itu, ternyata memberi momen indah kepada Lah kerana dapat menghiburkan para peminatnya secara langsung.
Sepanjang persembahan yang bermula kira-kira pukul 8. 45 malam itu, Lah diiringi oleh 10 pemuzik profesional dan mendendangkan hampir 20 buah lagu.
Tatkala mendendangkan lagu Di Pintu Syurga, Lah tidak dapat menahan sebak kerana lagu tersebut adalah sebagai penghargaan kepada dua rakan artis yang dihormatinya iaitu Siti Sarah dan juga Adibah Nor.
“Saya ni seangkatan dengan arwah SIti Sarah. Dia seorang yang talented. Dia perkenalkan Shuib dengan saya dan bagi tau yang Shuib ngorat dia dengan lagu Ayu.”
“Bila dia tiada terasa kehilangan. Begitu juga dengan arwah Adibah Nor. Saya anggap kak Dib sebagai kakak yang senang untuk saya luah isi hati dengan dia.”
“Mereka ini sangat pemurah. Saya harap dapat pergi dengan cara elok macam Sarah dan kak Dib. Saya cemburu dengan kepergian mereka yang sangat indah.”
Sewaktu menyampaikan lagu tersebut, Lah Ahmad dilihat tidak dapat meneruskan nyanyian namun para peminatnya memberikan semangat dan turut sama menyanyikan lagu tersebut
“Doaku kasih, kita berdua di pintu syurga..”
Usai lagu tersebut didendangkan, Lah terus keluar dari pentas untuk menenangkan diri sebentar sebelum meneruskan nyanyian.
Bercakap bab diet selalunya kita orang perempuan paling ambil peduli, maklumlah berat badan ini mudah sangat ‘dipam-pam’. Selain itu, tidak salah juga jika dikatakan perkara yang paling memberi motivasi untuk kaum ibu ini kekal berdiet, lain tak bukan sebab hendak kurus agar nampak cantik. Betul tak?
Jadi apa cara anda untuk berdiet? Pastinya pelbagai tip dan amalan telah dilakukan untuk mendapatkan berat badan ideal yang diimpikan.
Dan di sini ada satu fakta menarik ingin dikongsikan, di mana tahukah anda, menurut Syai Aizat yang juga popular dan dikenali sebagai coach untuk program menurunkan berat badan secara online, mengatakan kacang kuda boleh bantu untuk kurus.
Jadi tunggu apa lagi, jom ketahui lanjut apa keistimewaan kacang kuda ini dalam diet dan turut dikongsikan resipinya sekali. Memang terbaik.
Jom semak.
KACANG KUDA BANTU UNTUK KURUS
Wow!!!! berita baik buat si penggemar kacang kuda ni.
Antara manfaat Kacang kuda adalah:
1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah.
Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.
2. Meningkatkan Rasa Kenyang dan Membantu Mengurangkan Berat Badan.
Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat. Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.
3. Membantu Proses Pencernaan disebabkan Kandungan Serat yang Tinggi.
Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5 % daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari. Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.
4.Memberikan Vitamin dan Mineral yang diperlukan.
Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B. Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.
5. Sumber Utama Protein Berasaskan Tumbuhan
Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga.
Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.
Saya share cara nak rebus kacang rebus. Mana tahu ada yang tak tahu caranya.
BAHANNYA:
Kacang kuda-dibasuh dan direndam hingga kembang
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus
CARA-CARANYA:
1. Basuh kacang kuda,tuang air secukupnya.
2. Masak guna api sederhana. Apabila mendidih kecilkan api dan renehkan,sekiranya semasa merebus airnya kurang,sila tambah lagi.
3. Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.
Kacang rebus cara di atas lulus utk bantu anda kurus tau bukannya yang dah disalut sambal yer.
Kenaikan barang-barang masak dipasaran buat kita berkira-kira untuk membeli stok barangan yang banyak di rumah. Mungkin membeli dalam kuantiti yang sedikit adalah tindakan wajar.
Tapi kalau nak lebih jimat, ibu-ibu sebenarnya boleh mencuba buat sendiri beberapa jenis makanan. Sos antaranya yang boleh kita buat sendiri di rumah. Memang jauh lebih jimat.
Perkongsian resipi oleh Puan Rohaizan Shaari di facebooknya yang cuba menghasilkan resipi sos sendiri ini cukup menarik. Bagi yang berniaga pula, kosnya lebih jimat. Jom cuba!
“Mayonis, sos lada hitam, sos cili Thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni, semua nak save. Lagi satu buat sendiri terjamin kebersihannya kan!. Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya!!..aminnn. Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya ni ya kawan-kawan.
Kuantiti resepi yang saya kongsi ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer dengan penyimpanan yang betul.
Resepi Mayonis
Bahan-bahan:
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1/2 biji lemon (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikan dengan sesudu besar cuka makan)
2 cawan minyak masak
Cara-cara:
1. Masukkan semuanya kecuali minyak dan kisar.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kisar lagi hingga putih dan likat.
3. Kemudian masak dengan api kecil. Kacau hingga pekat (jangan smpai mendidih)
4. Apabila dah masak, sejukkan dan kisar lagi hingga dapat tekstur yang halus.
Resepi Sos Black Papper
Bahan-bahan:
2 sudu lada hitam -direndam selama 4 jam
3 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang Holland -dicincang
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sudu besar mentega
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
Cara-cara:
1. Cairkan mentega.
2. Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan air dan kiub ayam kemudian kicap untuk warna yang kita mahu.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.
Resipi Sos Cili Thai
Bahan-bahan:
10 biji cili besar
5 biji cili merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cawan gula
3 sudu tepung jagung -untuk pekatkan
Sedikit garam
2 sudu makan cuka
4 cawan air
Cara-cara:
1. Kisar cili bersama bawang putih.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga medidih.
3. Masukkan gula kemudian cuka dan garam.
4. Masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
5. Sentiasa kacau dan jangan sampai berketul. Kacau lagi hingga berkilat dan pekat.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.