Memupuk minat anak-anak suka makan sayur, apa kata hari ini kita seisi keluarga cuba menanam asparagus.
Hasilnya nanti bolehlah dimasak menjadi pelbagai pilihan menu kegemaran keluarga.
Nak tahu lebih detail cara menanam aspragus, jom baca perkongsian ini.
Ada beberapa orang yang tanya cara saya tanam dan jaga asparagus. Di sini saya kongsikan caranya.
Asparagus boleh tanam melalui biji benih atau beli “crown” atau pun pokok.
Dibawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih dan sesiapa yang beli crown atau pokok boleh ikut dari step 5 dan seterusnya.
Cara semai asparagus :
1. Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan.
Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sdb air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
2. Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss.
Letakkan biji benih, satu biji satu lubang.
Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
Ads
3. Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh.
Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh.
Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu.
Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
4. Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil.
Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery.
Guna baja tinja ayam.
Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
Ads
5. Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
6. Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
7. Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam.
Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
8. Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar.Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
Ads
9. Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
10. Asparagus ada pokok jantan dan betina.
Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina.
Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih.
Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
( Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
11. Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 30 tahun.
Berbaloi sekali tanam, 30 tahun boleh tuai.
Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain.
12. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik.
Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ?
Jom tanam asparagus.
Buat sendiri kabinet dapur dengan bajet sederhana tetapi hasilnya menarik. Lebih-lebih lagi bahagian dapur untuk kelihatan kemas dan cantik. Pasti isteri tersenyum lebar kan, masak pun sambil tersenyum bahagia.
Inilah kreativiti dan hasil tangan suami kepada puan Nasibah Ramly. Dengan bajet RM250, hasilnya cukup cantik dan kemas. Moga bermanfaat buat anda yang ingin mencuba DIY sendiri dapur di rumah!
Kt sini sy nk share cara2 #diykabinetdapur by suami Mat’in Ali. Rmai yg pm tnye, mmg kami x amik tempahan pon.. Buat sekadar suka2 & utk rumah sendiri je,mtk maaf byk2 ye.. Mane2 yg ade mase & kurang bajet utk tempah kabinet dapur cm kami ni blh try wt sendiri ikut selera masing2.. Sy just share cmne nk bg pintu kabinet tu jd berkilat cm yg tempah tu jer, sbb sy tau, semua lelaki pndai bertukang..cume ade mase & xde mase jer kn..
TOTAL COST (beli barang2 shj seperti kayu 1×2,kayu bingkai(halus),plywood,cat,skincoat,undercoat,skru,paku,magnet,engsel) : RM250 TEMPOH : 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat utk siapkan).
Cara membuat:
Mula-Mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.
Untuk pintu kabinet, buat frame dulu.. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yang bingkai depan tu guna kayu halus, RM1 sebatang utk hiasan.
Ni kayu 1×2 untuk buat kerangka & frame pintu dan kayu halus untuk bikar RM1 je sebatang.
Dh siap buat pintu, try la pasang dulu untuk tengok ukuran padan ke tak.. Mana-mana nak adjust, masa ni la.. Lepas tu pasang engsel & magnet terus siap2 (betul x sebut gitu, main hentam jer huhu)
Yang ni step utk mengecat yer.. Skincoat dulu untuk tutup lubang2 kayu, jemur sampai kering pastu gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali..Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi. Cat color.. Ni kod color purple kabinet saya. Dah siap cat, keringkan & boleh pasang. Siap. Selamat mencuba!
Cat putih bahagian dalam
Penyangkut periuk, beli di kedai RM2..suami bengkokkn penyangkut tu, untuk dapatkan kedudukan begini.
Andai melalui pengalaman kereta rosak di tengah lebuhraya dengan keadaan berseorangan tentu sahaja boleh hilang akal kita dibuatnya. Apatah lagi dalam cuaca hujan ketika malam hari. Hendak meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain, tiada seorang pun yang lalu lalang. Jika hendak minta bantuan pada ahli keluarga, mungkin kedudukan kita pada masa itu terlalu jauh pula jaraknya.
Oleh sebab itu ada peribahasa Melayu menyebut sediakan payung sebelum hujan, kita bersiap sedia sebelum datangnya musibah. Paling tidak, sekurang-kurangnya dalam hal ini kita menyimpan nombor Plus di dalam telefon sepertimana yang disarankan oleh saudara Zulkamal Azizi di dalam facebooknya agar tidak melalui pengalaman sukar seperti seorang pakcik yang terpaksa menunggu hingga satu jam untuk mendapatkan bantuan apabila keretanya kemalangan di lebuhraya.
Kebetulan Lalu
“Kesian uncle ni dah sejam accident tahan orang tak berenti… Kebetulan aku lalu dia lambai-lambai tahan aku…Aku tanya tak call plus ke? Dia kata tak tau nombor….
Sebab tu abam setiap kali kalau nampak accident kat highway abam akan call plus .. sebab apa? Takut yang accident ni macam uncle ni la…tak tau apa…
Simpan Nombor 1800-88-0000
Ni aku pesan korang, nombor plus kat bawah ni save in case ada emergency apa-apa dekat highway… sekarang mungkin korang rasa tak penting. Bila sudah kena, baru tahu betapa pentingnya plus line ni…(mintak dijauhkan la) Berguna untuk korang one day…
No plus ni dalam otak aku je. OK lah… abam dah lencun niii. 1800-88-0000
Meninjau di ruangan komen yang dikongsikan di facebook Kisah Dunia, netizen mengakui ada baiknya melakukan apa yang dinasihatkan oleh oleh Zulkamal Azizi itu.
“Terima kasih. Sy terus simpan kat tpon. Penah tayar kereta pecah, kelepek kelepek getah taya tu bpusing. Dah la malam buta. Benti kan kereta, blur taktau nak call sape. Nampak tpon sos tepi jalan tu. Tapi kena jalan kaki ke depan sikit. Bdebo rase. Mase call terasa macam kat public phone zaman 90an. Bergayut dengan buah hati. Alah tiber mengarut. Lepas setel, bgtau kat kilometer berapa tersadai. Abiang plus sampai. Alhamdulillah, selamat didunia masa tu. Terima kasih abiang plus.“-Ayu Ismahani
“Call Plus siap free tow smp tol. Pernah merasa naik kereta tow plus dgn ank2 semasa kereta rosak di ats lebuhraya dr SP menghala ke Alor Star. Masa tu sgt teruja bersama anak2 sebab 1st time merasa naik kereta tow. Dah rasa canggih sgt kereta tu sbb ada aircon & bila duk dlm tu rasa nak mcm naik kereta bomba”-Rafidah Haji Yusof
“Saya pun save no plus hotline ni.. arituh ada tayar lori dekat tengah jalan.. bahaya kot.. teruih call plus hotline.. awk bgtau lokasi km berapa n mengahal ke utara atau selatan.”.-Shima Clara
“Saya pernah kereta rosak jalan kaki dalam 100 meter utk sampai ke telefon kecemasan ada no utk dihubungi di situ. Tengah call ada orang hon dari tempat kereta rosak, rupanya peronda LPT sampai tanpa dipanggil. Mulai hari itu sy tak komplen bayar tol.”-Azlan Selamat
“Saya pernah 1st time balik dari kl, atas haiway dekat bemban kereta tengah jalan ni, tiba2 pedal bahagian minyak tekan, meter tak naik, cepat2 masuk line kiri pergi berhenti ke tepi. Mati sendiri sistem terus down. Tak boleh start terus, Saya pulak haihh, call parents, parents callkan plus. Pakcik plus datang check timing belt putus. So balik la naik towing. Serius kena save no Plus, penting”.-Pqa Fiqa
Kuih Bom antara menu yang boleh disediakan buat sarapan mahupun minum petang. Cukup simple dan tak banyak bahan. Tapi adakalanya tersalah bancuhan menyebabkan kuih ini menjadi keras dan liat.
Untuk ibu-ibu cuba nanti, bolehlah tengok resipi dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha . Selamat mencuba!
Moh la kita main bom petang ni🤭😂…jemput minum geng, kuih bom 💣💣je petang ni..yang pasti lembut gebu,bukannya keras boleh meletop baling ke dinding🤣🤣resepi nanti saya edit,nak minam dulu 😆😆
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.